Pelakon, Emma Maembong menyedari apabila namanya dipetik netizen susulan tular berita mengenai seorang artis wanita yang didakwa terlibat dalam aktiviti bertukar pasangan atau ‘swinger’ untuk melakukan hubungan seks. Bagaimanapun, menurut Emma dia tidak melatah apabila menjadi mangsa tuduhan netizen kerana dakwaan yang dilemparkan kepadanya itu adalah tidak benar sama sekali. Jelasnya, tiada sebab untuk dia mengulas mengenai sesuatu berita yang tidak berasas. "Saya perasan nama saya kena petik dalam berita itu. Tetapi secara peribadi buat apa saya nak melatah bila orang tuduh saya, kerana itu bukan saya dan tuduhan tersebut adalah tidak betul. "Orang akan cakap saya macam-macam tapi macam korang tahu, kalau benda itu tiada kena mengena dengan saya, saya tidak akan respon. Saya tidak layan pun. Buat apa nak melatah? Benda kalau betul, dah viral memang daripada dulu lagi".
"Saya dah ada anak, saya tak mahu anak saya membesar baca benda tak elok. Untuk saya, kalau benda itu betul, saya sendiri yang akan cakap benda itu betul atau tidak".
|
cantthinkofany replied at 21-2-2024 08:45 AM
serious arrr......maknanya....sang suami pun sama onzz la atau wife je?.....dasat jugak ek artis mal ...
epullipan replied at 21-2-2024 09:16 AM
kalau da nama swinger opkos laki bini onz..tp emma ni kalau betul pon tak pelik lah..zaman sblom k ...
cantthinkofany replied at 21-2-2024 09:27 AM
same bilik?.....aku still tak leh brain.....tapi bak kata pepatah....kita tak tau apa yg dia lalui ...
ADVERTISEMENT