CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Neelofa Insan Hebat - PU Riz

19-2-2024 10:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 37168| Komen: 95


Pendakwah bebas yang juga pelakon, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 29, menyifatkan isterinya yang juga selebriti terkenal, Neelofa sebagai figura terpenting dalam hidupnya.

Bersempena ulang tahun Neelofa yang ke-35 hari ini, PU Riz memberikan kata-kata penuh romantis buat isterinya itu.

"Beberapa tahun kebelakangan ini antara saksi mata ini melihat keikhlasan pengorbanan sang isteri.

"Daripada tanggungjawab sehinggalah jagaan anak-anak, awaklah (Neelofa) antara yang terhebat terpahat di hati saya... Dan disyukuri setiap saatku melaluinya," katanya.


PU Riz berkongsi ucapan romantis itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, semalam.

Dalam masa sama, PU Riz turut berterima kasih kepada Neelofa kerana melahirkan zuriat serta mampu menjaga anak-anak dengan baik.

"Isteri yang bertanggungjawab sehinggalah jagaan anak anak. Dikalaulah antara yang terhebat. Terpahat di hati dan disyukuri setiap saatku melaluinya.

"Februari bertarikh 10 hari bulan, bukan sahaja tarikh penting buat dirimu akan tetapi kesyukuran buatku.

"Syukurnya Tuhan zahirkan insan solehah bersama melayari bahtera rumah tangga.

"Tidaklah ku harapkan apa-apa darimu cuma secebis doa cinta dan kasih sayang. Terima kasih melahirkan anak-anak kita. Memiliki ibu sepertimu adalah satu keuntungan buat mereka," katanya.

Sementara itu, Neelofa memuat naik semula hantaran suaminya di Instastory miliknya dengan disertakan emoji semut yang membawa maksud kemanisan kata-kata diungkapkan oleh si suami.

"Terima kasih atas ucapan yang manis dan indah sayang," tulisnya.

Untuk rekod, Haris mendirikan rumah tangga dengan Neelofa pada 27 Mac 2021.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas yang kini berusia tujuh bulan.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MyLadyMarmalade 19-2-2024 10:34 PM
Dah lama jah x mencemar duli kat sini..
Tgk birthday pics jah, perasan lemak pusing tepi dlm gambar family tu..ko dh kenapa nak?

And jah, kemon, bukak la cadarmu jahhhh..aku yg pakai tudung biasa je ni pun will never tuck in my front shirt dalam skirt..
Anyways pideday jah..semoga mengandung lg tahun ni, aamiin.
Quote kmelankolia 19-2-2024 10:39 PM
hb mamatin eh lop ke ni igtkan mamatin
Quote AkokKocik 19-2-2024 10:46 PM
Laaa...bini jah baru 29 tahun rupanya...ingatkn dh akhir 30-an.
Quote shernazz 19-2-2024 10:49 PM
Perlu ke posing gitu tunjuk kaki ke depan?
Posing biasa Udah le
Tetap gitu jugak jah
Quote Whitney72 19-2-2024 10:50 PM
Dah 'terkahwin'...kna lar puji kan
Quote prizadane 19-2-2024 10:56 PM
Kenapa Jah nampak pendek?
Quote fido_dido 19-2-2024 10:58 PM
gundunya acik hajah baju oren tu
Quote Manusiabesa 19-2-2024 10:59 PM
Meluwat aku klu dgr purit ni becakap ke. Baca dia tulis ke. Ayat tunggang langgang huru hara disaster. Maksud xsmpai.. mcm budak bodoh bljr takat upsr tu pun dpt 5E. Nk tulis pape pun hope purit bg la jah yg tulis lebih kemas, jelas , ringkas, padat.
Quote gekkou 19-2-2024 11:00 PM
akhirnya
ada juga citer jah
lama x naik kat forum

happy birthday jah
semoga pregnant lagi tahun ni
Quote Nanadjo 19-2-2024 11:15 PM
Gambar blur tu billy atau dolla? Takkan dolla pulak kan dah besar gitu, tapi pelik pulak kalau tetiba blur muka billy padahal sebelum ni dah tunjuk
Quote Nanadjo 19-2-2024 11:19 PM
Agahahgagahaa lemak oiii, dah kenapa kau bergambar macam gitu? Dah serupa penampakan saka dah gayanya
Quote HappyGumbira 20-2-2024 12:00 AM
Lemak xpayah fake la bgambar xnak tayang muka for the sake of emosi la apa la....
Quote doodlediddle 20-2-2024 12:06 AM
Kejadah gmba kedua laki bini xde sensitivity berpakaian???????? Kate ucetad n ucetajahhhhh?
Quote bintangct 20-2-2024 12:44 AM
isshhh mata iols terzoom kat situ plak.. apa pakai suar mcm tu ustaz oii
Quote Dolmat 20-2-2024 12:50 AM
Harrrrrrrey betollll... terbonjol!

Beragaaaaammmaaaaaa lah sangat.

Phuiiiiitttt

Quote doubleA 20-2-2024 12:58 AM
Iols terganggu dengan benjolan seluar puyu tu, dan pakaian jah skg menampakkan dia gundu rendang. Memang rendang la kan yg puyu tu apsal benjol je korang sebelum upload tak semak ke dua2 bebal sungguh
Quote I.K.A888990 20-2-2024 01:05 AM
burung dia nak lepas terbang balik ke apa tu
Quote Realpeople17 20-2-2024 01:08 AM
Wehhhh bila ada yg sebut ada something trbonjol trus tgk blk gmbr. Apaaaa ituuuuu
Quote MyLadyMarmalade 20-2-2024 01:30 AM
bintangct replied at 20-2-2024 12:44 AM
isshhh mata iols terzoom kat situ plak.. apa pakai suar mcm tu ustaz oii

After effect isterix le tuuu..jah la walking testimony

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.073224 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top