TOKYO – Rekrut baharu tentera Jepun akan dibenarkan menyimpan rambut panjang dalam usaha kerajaan untuk menarik minat lebih ramai golongan muda bagi menyertai pasukan tersebut, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin. Pengumuman itu dibuat ketika Jepun bergelut dengan masalah kekurangan askar di tengah-tengah kebimbangan meningkat mengenai ancaman China dan Korea Utara. Sebelum ini, hanya potongan rambut paling pendek dibenarkan untuk rekrut lelaki, manakala rekrut wanita dikehendaki memotong rambut pendek. Namun bermula April depan, peraturan itu akan dilonggarkan di mana askar lelaki dibenarkan menyimpan sedikit rambut di bahagian sisi, belakang dan atas. Askar wanita pula dibenarkan mempunyai rambut panjang, namun tidak boleh melepasi paras bahu apabila diikat. Menurut laporan agensi berita Kyodo, berita mengenai peraturan itu pertama kali dilaporkan Januari lalu semasa satu mesyarat panel pakar yang ditugaskan untuk meningkatkan bilangan tentera bagi Pasukan Pertahanan Diri (JSDF) Jepun.
“Memandangkan negara kita menghadapi kekurangan tenaga kerja yang serius, kita menyedari persaingan dengan pihak lain termasuk sektor swasta. Justeru, usaha untuk mendapatkan sumber manusia semakin meningkat,” kata Menteri Pertahanan, Minoru Kihara. – AGENSI |
epullipan: aik..dorang da boleh ke buat t ...
Kurex replied at 19-2-2024 11:29 AM
iols lebih suka askar rambut kemas mcm dekat tanah air.. nampak jantan. dulu pernah nampak 2 abg ter ...
epullipan replied at 19-2-2024 05:54 PM
aik..dorang da boleh ke buat tentera..bukan ke larangan kepada Jepun..cuma yang ada jietai je
ADVERTISEMENT