CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Sepanjang Kahwin Aku Tak Pernah Naik Suara..” – Baru Setahun Bersama, Lelaki Kecewa Isteri Curang Dengan Rakan Universiti

16-2-2024 11:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28278| Komen: 25


Baru-baru ini seorang lelaki telah berkongsi kisah di aplikasi X peritnya apabila mendakwa isterinya tidak jujur dan curang bersama lelaki lain. Yang lebih menyedihkan apabila wanita tersebut tergamak bermain kayu tiga meskipun perkahwinan mereka baru setahun.

Menurut sang suami ini, dia berkata bahawa isterinya itu mula sibuk semenjak bulan Disember lalu dan sering outstation untuk bekerja. Satu malam, lelaki ini terbangun sekitar 3 pagi untuk menunaikan solat Tahajud dan terlihat telefon isterinya menerima banyak notifikasi dipercayai daripada individu itu.

"Dah kahwin tahun lepas bulan Februari. Baru-baru ini start bulan 12 wife aku asyik outstation, kerja busy katanya."

"Semalam aku tiba-tiba bangun pukul 3 pagi lebih macam tu sebab nak Tahajud. Time aku solat, phone wife aku asyik berbunyi notifikasi spam."   

"Aku tergerak hati nak check. Ada nama dia save D******. Aku speechless kejap."



Susulan itu, si suami ini telah bertanya terus kepada isterinya tentang kejadian tersebut dan isterinya pula dengan nada tengking, menafikan dan berkata itu hanyalah rakannya dari universiti.

Lelaki ini juga berkata bahawa dirinya terlalu sayangkan isterinya yang memang sopan dan baik sebelum mereka berkahwin. Difahamkan juga, lelaki ini telah meletakkan nama isterinya pada sebahagian harta miliknya.

"Nak tahu apa dia cakap? Itu kawan lama dia time dekat universiti dulu. Cakap dalam nada tengking, tinggi. So far sepanjang aku kahwin, aku tak pernah naik suara, pukul dia".   

"Aku kalau boleh taknak cerai. Doakan aku dapat selesaikan masalah ni".

Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gideoncross 18-2-2024 12:57 AM
Cara crita pun mcm nak sma, Hasanah
Quote iza_just2c 19-2-2024 10:26 AM
gideoncross: Cara crita pun mcm nak sma, Hasanah


tu la kalau jenis tak reveal nama macam saja reka cerita je
Quote mojarean_X 19-2-2024 10:32 AM
Rakan U tu herlokk, chuols pula byk duit. So both dia nak. Jgn kecewa sgt
Quote KamikuP 19-2-2024 02:39 PM
Bini dia cengey mcm kak km kot.. ekekeke
Quote ekselen 19-2-2024 06:34 PM
kalo betul..ko cerai je lah... tak kira laki pompuan.. kalo dah start curang dia akan mencurang selama2nya.. syg kau tu buang ketepi.. syg diri kau dulu. kalau ada jodoh minta dikurniakan org yg lebih baik.. org skrg bkn kira, dah kawin pun masih menjalang carik b***ng lain... jenis x bersyukur... elok ko buang awal2 dr merana di kendian ari. noktah.
Quote Zack8hunter 19-2-2024 06:42 PM
br sethn kawen org lain masih tak habis fasa honeymoon.. kalau dah start mencurang tu maknanya mmg dia tak chentakan ko la bang..move on jer la
Quote insulin 19-2-2024 07:32 PM
mojarean_X replied at 19-2-2024 10:32 AM
Rakan U tu herlokk, chuols pula byk duit. So both dia nak. Jgn kecewa sgt

Maksud moja, si bini bernafsu tamak?
Quote mojarean_X 19-2-2024 07:33 PM
insulin replied at 19-2-2024 07:32 PM
Maksud moja, si bini bernafsu tamak?

Nafkah zahir si suami, nafkah batin rakan U
Quote insulin 19-2-2024 07:44 PM
mojarean_X replied at 19-2-2024 07:33 PM
Nafkah zahir si suami, nafkah batin rakan U

Dahsyat.
Quote mojarean_X 19-2-2024 07:47 PM
insulin replied at 19-2-2024 07:44 PM
Dahsyat.

Lg dahsyat x lama lg....
Difahamkan juga, lelaki ini telah meletakkan nama isterinya pada sebahagian harta miliknya.
Quote insulin 19-2-2024 07:50 PM
mojarean_X replied at 19-2-2024 07:47 PM
Lg dahsyat x lama lg....
Difahamkan juga, lelaki ini telah meletakkan nama isterinya pada sebahagi ...

Kena la usahakan untuk buang nama bini dekat hartanya tu. Sementara masih hidup ni.
Quote mojarean_X 19-2-2024 07:55 PM
insulin replied at 19-2-2024 07:50 PM
Kena la usahakan untuk buang nama bini dekat hartanya tu. Sementara masih hidup ni.

Kena cepat sblm isteri dia bg mkn nasi kangkang
Quote insulin 19-2-2024 07:58 PM
mojarean_X replied at 19-2-2024 07:55 PM
Kena cepat sblm isteri dia bg mkn nasi kangkang

Melampaunya kalau dah sampai tahap nasi kangkang.
Quote cm_vungtau 19-2-2024 11:11 PM
Mana tahu dia curang? Baru dapat mesej aje kot
Quote tumpanglalu74 19-2-2024 11:23 PM
Ni aku baru tengok tadi.  Meluat gile tengok bini dia..  Siap ajak skendel zantan dia tu minom arak lagi.

[youtube]kqc8zQ-3k5k?si=32CfhxNlb2MzmhE8[/youtube]
https://youtu.be/kqc8zQ-3k5k?si=32CfhxNlb2MzmhE8

Aku ulangi lagi di forum ni:

Korang pompuan baek2 korang kasi frust.  Betine sundal yang korang kutip wat bini.  Mendapat la kan?
Quote areyam 20-2-2024 09:37 AM
redha jelah bermadu...
Quote Dwdrum 20-2-2024 09:39 AM
Bagi harta kepada spouse selapas mati lah... Sekarang regret tidak guna...
Quote ifanonline 20-2-2024 09:43 AM
para isteri ni antara penyambung zuriat suami...sebab tu jgn kawin dgn pompuan2 kotor dan tak suci...rosak keturunan laki tu
Quote ezacbee 20-2-2024 11:05 AM
Adalah bini ko x puas ati dengan ko. Bincang jelah klo xnak pegi kaunseling. Klo ko xnak bercerai, bolehlah poligami. Sanggup ke?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.073902 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top