CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gila Baju-T Vintaj Berharga RM10,700, Lelaki Ini Sanggup Beli Kerana Minat

7-2-2024 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10159| Komen: 17

Description: Batu Pahat: Keinginan mahu memiliki mendorong Amirul Shazali Azman membeli baju-T vintaj Nike Geisha pada harga RM10,700, dua tahun lalu.


Batu Pahat: Keinginan mahu memiliki mendorong Amirul Shazali Azman membeli baju-T vintaj Nike Geisha pada harga RM10,700, dua tahun lalu.

Amirul Shazali, 24, yang menetap di Kampung Parit Jelutong, di sini, berkata, pakaian keluaran 1970-an itu dibeli daripada peniaga baju terpakai ketika sesi siaran langsung di satu platform laman sosial.

Menurutnya, baju-T itu dibeli menggunakan wang simpanan hasil usahanya menjual pakaian terpakai.

"Berat hati juga nak beli kerana harganya bukan murah, tapi kerana teringin sangat jadi saya nekad saja waktu itu.

"Saya bayar menerusi kaedah kiriman wang ke akaun bank dan yakin (untuk beli) kerana tahu penjual itu boleh dipercayai.

"Mereka yang menonton siaran langsung waktu itu juga terkejut, tetapi sebagai penggemar baju vintaj, saya sangat puas dapat memilikinya kerana dalam negara memang ada, tapi tak semua nak menjualnya, jadi bukan semua orang ada," katanya.


Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, dia masih menyimpan baju-T itu sehingga kini dan belum terfikir menjualnya.

"Buat masa ini, ia masih ada dan mungkin tak dijual tetapi boleh jadi sebaliknya, mana tahu satu hari saya perlukan duit.

"Bukan hanya Nike Geisha kerana saya pernah beli sehelai lagi baju-T berharga RM14,000 yang pernah dijual orang lain dengan harga RM18,000," katanya.

Dalam pada itu, Amirul Shazali berkata, dia kini mencari rezeki dengan menjual pakaian terpakai secara dalam talian dan melakukannya secara sepenuh masa sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) empat tahun lalu.

Bagaimanapun, perjalanannnya tidak mudah kerana pernah bekerja sebagai tukang kebun di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, selepas tamat persekolahan, kru pembersihan serta mengambil upah mencuci pinggan sebelum menjadi peniaga pakaian terpakai sepenuh masa.

"Sebenarnya, sejak sekolah lagi saya menjual baju terpakai dan asalnya nak cari duit poket.

"Selain itu, ia juga salah satu cara saya merasa (beli baju) kerana dulu nampak orang lain pakai baju mahal, tapi tak ada duit nak beli.

"Lagipun, ayah dulu kerja pemandu bas dengan gaji tak seberapa, jadi nak minta (duit) dengan ayah malu, tapi apabila berniaga, saya dapat pakai (baju) dan pulangan duit hasil jualan," katanya.

Katanya, pada mulanya keluarga tidak memberi galakan, malah ada yang memperlekehkannya dengan mendakwa tidak boleh menjadi kaya raya dengan menjual pakaian terpakai.

"Tapi, syukur (dengan rezeki ini) dapat juga beli kereta, tanah dan kini ada tiga pejabat hasil titik peluh berniaga," katanya yang merancang membuka butik dan membawa ibu bapanya mengerjakan umrah di Tanah Suci, tahun ini.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 7-2-2024 07:15 PM
buruknya baju kalau aku terjumpa mmg tak reti nak nilai silap2 aku buat kain lap je
Quote B40tastePosh 7-2-2024 07:19 PM
Anything related to Japanese memang mahal.

Sebab Bangsa Jepun ni ada value, ada brand, marketable....sebab tu budaya diorang sangat INFLUENTIAL dan masyarakat dunia boleh APPRECIATE mereka.

Bukan macam Etnik Melayu...jauh beza.
Quote Perils 7-2-2024 08:18 PM
B40tastePosh replied at 7-2-2024 07:19 PM
Anything related to Japanese memang mahal.

Sebab Bangsa Jepun ni ada value, ada brand, marketable.. ...


Cari skandal yg melayu plak erk....kohkoh~dasarr
Quote B40tastePosh 7-2-2024 08:20 PM
Perils replied at 7-2-2024 08:18 PM
Cari skandal yg melayu plak erk....kohkoh~dasarr

Memang pun Etnik Melayu value dia tak boleh marketable. Kena buat sesuatu.

Jawa dan Bali lebih marketable dari Melayu.

Quote _blackbird 7-2-2024 08:45 PM
Aku tak caya baju "vintage collection" pasal bundle ni keaslian nya. First of all, ramai gila prg jual baju yg sama claim "original vintage" seluruh dunia pulak tu. Ikut logic la kan, come on lahh mcm mana vintage collection begitu byk stock yg ada. Kalau easily avaiable celah mana vintage dan rarity ni
Quote Samerosie 7-2-2024 09:01 PM
Cuma nak ckp, tak tergamak nak pakai baju bundle yg jual kat malaysia.  Mostly sebab hygiene la.
Quote ifanonline 7-2-2024 09:12 PM
Katanya, pada mulanya keluarga tidak memberi galakan, malah ada yang memperlekehkannya dengan mendakwa tidak boleh menjadi kaya raya dengan menjual pakaian terpakai.


mentaliti di atas ada pada majoriti bangsa melayu di malaysia, sebab tu melayu sukar berjaya
Quote ultra78 8-2-2024 07:11 AM
Hanya collector yg sanggup bayar harga sebegitu. Dia sendiri pun berniaga benda sama jadi tak hairanlah.
Quote nikaido 8-2-2024 07:56 AM
Yg buat hype & naikkan harga ni sesama diorang je. Tengok dia sendiri jual bundle. Nanti bila dia jual, yg beli pun puak2 niaga bundle jugak
Quote green~tea 8-2-2024 08:17 AM
Tak lawa pun tshirt tu????
Quote green~tea 8-2-2024 08:19 AM
Edited by green~tea at 8-2-2024 08:23 AM
nikaido replied at 8-2-2024 07:56 AM
Yg buat hype & naikkan harga ni sesama diorang je. Tengok dia sendiri jual bundle. Nanti bila dia ju ...


Jutawan bundle.. jutawan sampah... aiols ada sedara acah2 jutawan bundle la.. skali ada kebakaran habis musnah kedai bundle heols tu.. pastu bertukar jadi jutawan kosmetik pulak laki bini

Tp aiols syak heols laki bini cuci duit dadah ayah dia... untouchable sbb akrab dgn kerabat... aiols nak borak pasal bisnes dgn dia pun tak sanggup... benak level CELAKA... bodoh sgt.. amende ko bisnes juta2 tp audit acc, management acc, cash flow apa sume tatau???? Tiap2 bulan ko kena tengok kot... tiap2 tahun kena bayar cukai submit audit acc kot???

Cara dia laki bini gebang bisnes adalah tunjuk keta sports, range rover velar je...  pehtu bini unboxing handbag dior, chanel.. takde tips bisnes apa2..


Quote plywood 8-2-2024 08:24 AM
nikaido replied at 8-2-2024 07:56 AM
Yg buat hype & naikkan harga ni sesama diorang je. Tengok dia sendiri jual bundle. Nanti bila dia ju ...

ikutlahkan..

..tp bagi aku tak nak lah aku ada minat kepada benda murah spt kain lap rupanya tapi dinaikkan harga beribu kali semata-mata kerana hype ker, marketing ker, budaya ker..tak berbaloi langsung kerana pasaran nak jual balik tu susah, tak ramai ada minat yg sama

apalagi jika pendapatan itu setakat spt makan gaji 3, 5 ribu sebulan... fikirlah banyak kali klu nak belanja duit spt minat atas kain buruk kerana semata-mata ada orang menggambarkan itu spt emas..






Quote vanillaninja 8-2-2024 08:35 AM
Macam mana theyols ni verify benda tu memang produced and manufactured in the 70s? Nike sendiri yang buat verification? Or sape?
Quote salimrock 8-2-2024 08:38 AM
plywood replied at 8-2-2024 08:24 AM
ikutlahkan..

..tp bagi aku tak nak lah aku ada minat kepada benda murah spt kain lap rupanya tapi ...

baik beli emas mmg nilai dia diterima semua...

Quote salimrock 8-2-2024 08:43 AM
green~tea replied at 8-2-2024 08:17 AM
Tak lawa pun tshirt tu????

hanya jauhari mengenal manikam...

ntah la diorang mgkn mencipta sesuatu yg berharga kot


cth mcm baju2 ciptaan pereka fesyen tu,  kalo dibuat oleh pereka fesyen yg ternama jd 15k baju tu, pereka feseyen baru nak up, mgkn 2000, kalo di buat oleh tukang jahit arked mara, mgkn upah dgn kain 300-600 ..
Quote Neraka Bulan 8-2-2024 08:49 AM
B40tastePosh replied at 7-2-2024 08:20 PM
Memang pun Etnik Melayu value dia tak boleh marketable. Kena buat sesuatu.

Jawa dan Bali lebih ma ...

Melayu kena buang agama isle jauh jauh, dan naikkan semula budaya dan tradisi lama yang ditelan oleh agama isle dan budaya pak arab..baru boleh ada nilai yang marketable. Ini melayu semakin lama semakin sibuk hendak jadi pak arab celop, padahal pak arab pandang melayu macam sampah aje.
Quote B40tastePosh 9-2-2024 04:26 PM
Neraka Bulan replied at 8-2-2024 08:49 AM
Melayu kena buang agama isle jauh jauh, dan naikkan semula budaya dan tradisi lama yang ditelan ol ...


Islam tu dah tentu lah kan menyebabkan diorang dah tak lagi Authentic dan tak boleh lagi kita Appreciate...ni makanan Melayu pun dah tak authentic.

Contoh kalau pergi Pasar belum tentu boleh jumpa Umbut Kelapa, Batang Pisang untuk Gulai, Terung Asam, Telur Tebu etc.

Kalau sebut belum tentu Melayu sekarang boleh kenal dan tahu nak masak.

Sebab ape, sebab diorang hanya kenal Tomato, Anak Jagung, Kobis, Bunga Kobis, Brokoli dan Carrot je.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.057630 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top