CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Rusia Ini Jumpa Jodoh Dengan Guna ChatGPT

7-2-2024 03:42 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7439| Komen: 9

Description: Moscow: Seorang lelaki Rusia mendedahkan menggunakan ChatGPT untuk menapis 5,239 profil janji temu wanita sehingga menemukan bakal isterinya.


Moscow: Seorang lelaki Rusia mendedahkan menggunakan ChatGPT untuk menapis 5,239 profil janji temu wanita sehingga menemukan bakal isterinya.

Oddity Central melaporkan, Alexander Zhadan, 23, menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) itu selepas kecewa dengan aplikasi janji temu popular.

Ia kerana selepas bersembang secara dalam talian dengan pasangan yang berpotensi, orang itu akan 'hilang' begitu sahaja.

Baginya, ia satu pembaziran masa, tetapi selepas membiasakan diri dengan ChatGPT, dia tertanya-tanya sama ada terdapat cara untuk menggunakan teknologi AI itu untuk menjadikan pengalaman janji temu dalam talian menjadi lebih berkesan.

Zhadan bermula dengan meminta ChatGPT menyaring 5,239 profil wanita, mengikut kriteria seperti kurang daripada dua gambar profil, rujukan astrologi, rujukan agama dan kenyataan properang.

Menurut Zhadan, ini bahagian penting dalam proses untuknya dan gadis itu, kerana mereka tidak membuang masa untuk berinteraksi walaupun tidak sepadan.


Katanya, bahagian paling sukar adalah melatih ChatGPT untuk berkomunikasi bagi pihaknya, dengan individu yang berpotensi menjadi teman wanitanya.

Dalam temu bual dengan Settlers Media, Zhadan memberitahu dia mengambil masa kira-kira 120 jam untuk menjadikan usaha mencari pasangan menerusi AI itu mencapai tahap memuaskan.

Suatu ketika, ChatGPT menetapkan janji temu dengan seorang gadis tanpa benar-benar memberitahunya mengenai perkara itu, yang menyebabkan gadis itu terpaksa menunggunya selama lebih satu setengah jam.

Pada masa lain, program AI itu menjadualkan janji temu di hutan yang menjadi tempat pembunuh bersiri terkenal membuang mayat mangsanya pada tahun 2000-an.

Secara keseluruhannya, ChatGPT membantu Zhadan mengadakan 12 janji temu, termasuk satu dengan Katerina, bakal pengantin perempuannya.

AI itu juga sangat terbabit dalam proses janji temu termasuk, menasihati lelaki itu untuk bercakap mengenai zaman kanak-kanak, ibu bapa dan matlamat hidup, di samping menilai sejauh mana setiap calon sesuai untuk hubungan jangka panjang.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 7-2-2024 04:25 PM
Uoulls kalau nak beli kereta boleh guna A.I juga
A.I boleh kantoi kan masalah masalah yang biasa terdapat pada kereta & enjin.
Quote anony-mous 7-2-2024 05:02 PM
gigahertz replied at 7-2-2024 04:25 PM
Uoulls kalau nak beli kereta boleh guna A.I juga
A.I boleh kantoi kan masalah masalah yang biasa ter ...

Bg full tips pelase. Gimana nk guna AI utk masalah kereta
Quote plywood 7-2-2024 05:31 PM

Karina is yet to comment about her fiance's unconventional use of AI
Quote chacon 7-2-2024 07:17 PM
ini macam kisah wanita berkahwin dengan pokok la kan
Quote B40tastePosh 7-2-2024 07:21 PM
Handsome sangat

Dan canggih
Quote gigahertz 7-2-2024 11:29 PM
anony-mous replied at 7-2-2024 09:02 AM
Bg full tips pelase. Gimana nk guna AI utk masalah kereta

guna co pilot sis.taip je kat google search tu nanti keluar co pilot
ni contoh soalan.

Quote orangbiasaje 8-2-2024 12:32 AM
Boleh lah budak ni jual kat company matchmaking. Biar cantik sikit results diorg.
Quote anony-mous 8-2-2024 01:31 AM
gigahertz replied at 7-2-2024 11:29 PM
guna co pilot sis.taip je kat google search tu nanti keluar co pilot
ni contoh soalan.

Tq so much uols. Laju sgt teknologi AI dah xterkejar. Dlu ada chatgpt je kan?
Quote gigahertz 8-2-2024 04:46 PM
anony-mous replied at 7-2-2024 05:31 PM
Tq so much uols. Laju sgt teknologi AI dah xterkejar. Dlu ada chatgpt je kan?

dulu chat GPT je

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.044695 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top