CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Selesai Baca Semua Ayat, Atuk Aku Cuba Tarik Perlahan-Lahan Tangan” – Wanita Cerita Longgokan Baju Tak Berlipat Tempat Kesukaan Jin?

2-2-2024 09:07 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10369| Komen: 33

=

Rasanya ramai saja yang mempunyai sikap, di mana akan membiarkan baju bersih bertimbun di dalam bilik kerana terlalu malas untuk melipatnya.

Seorang individu di TikTok baru-baru ini telah membuat pengguna berasa seram sejuk apabila mendakwa longgokan baju yang enggan dilipat merupakan tempat kesukaan jin.

Kisah berkenaan dikatakan dicerita sendiri oleh datuknya ketika menjumpai kanak-kanak hilang dalam timbunan baju yang tidak berlipat.


Datuk wanita itu berkata seorang pakcik berjumpa dengan kerana bimbang cucu tidak dijumpai selama tiga hari, lalu datuknya ambil keputusan untuk membantu dengan datang ke rumah pakcik berkenaan dan memasuki biliknya.


Difahamkan, bilik yang dimasuki oleh datuknya bukanlah tempat tidur dan kelihatan longgokan baju tidak berlipat di atas katil dalam bilik berkenaan.

Ketika datuk wanita itu menyeluk di dalam longgokan baju tersebut, tangannya direntap hingga membuatkan dia tersembam di atas timbunan baju tetapi tetap melawan benda ghaib itu, hinggalah dia mendengar suara raungan datang dari disebalik baju-baju itu.

"Selesai baca semua ayat, atuk aku cuba tarik perlahan-lahan tangan ni masa ni memang nampak ada satu lagi tangan budak kecil ikut sekali. Atuk aku cepat-cepat tarik tangan budak sampai badannya keluar sekali".

Tuan rumah memberitahu mereka sering membiarkan timbunan baju tidak berlipat dan disebabkan itu, datuk wanita terbabit menasihati agar tidak membiarkan ia berlaku kerana jin suka ‘duduk’ di tempat-tempat seperti itu.

SUMBER : TikTok/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 2-2-2024 10:15 AM
Engkorang yang buat bideo2 ni, boleh tak record tu jauh sikit dari muka. Daku distracted dengan bentuk mulut terkumat kamit, gigi, lidah panjang pendek. Ada time, daku yang rasa mengah tengok cara tiktokers bercakap.
Quote A-Are 2-2-2024 12:05 PM
esbok replied at 2-2-2024 10:15 AM
Engkorang yang buat bideo2 ni, boleh tak record tu jauh sikit dari muka. Daku distracted dengan bent ...

xbolehla promote muka kalau rakam jauh2...
Quote habisnamadahni 2-2-2024 12:21 PM
maybe sorok badan yg gems..mcm bdk yg viral suara jantan tu..mostly post dia semua kat muka je..skali sapa ntah amik dia jd model bju pengantin..nohhh terkezut mak nyahh..xpe dia kata tahun depan dia diet..sian dia..ada jgk yg body shamingnya..
Quote chikumanis 2-2-2024 12:29 PM
esbok: Engkorang yang buat bideo2 ni, boleh tak record tu jauh sikit dari muka. Daku distracted dengan bentuk mulut terkumat kamit, gigi, lidah panjang pende ...


hahahaaa..i feels u! silap2 ada sisa taik hidung pun tersentil kat situ. tu belum lagi yg penuh karang gigi. me? done scalling setiap 5m walau bukan 3m or 6m ya. sukati me lah nak scalling berapa lama pun.
Quote SedihPedih 2-2-2024 01:26 PM
Ntah2 atuk dia cerita sb nk suruh family dia lipat kain aja.

I ada tgk org baju berlongok2 xde pula jd apa2.
Quote esbok 2-2-2024 01:48 PM
A-Are replied at 2-2-2024 12:05 PM
xbolehla promote muka kalau rakam jauh2...

Ada orang bila bercakap cantik tersusun segala memek mulut . Ada orang bila bercakap macam mengunyah sireh, ada yang bercakap macam ada air liur bertakung kat rahang bawah. Daku bukan mulut shaming , cuma tu lah, bukan semua cantk dilihat jarak dekat
Quote esbok 2-2-2024 01:54 PM
habisnamadahni replied at 2-2-2024 12:21 PM
maybe sorok badan yg gems..mcm bdk yg viral suara jantan tu..mostly post dia semua kat muka je..skal ...

Daku minta hampun le juge, bukan nak mulut shaming. Macam sample kat atas ni, dah haku dok fokus gigi bawah dia, sambil dengar cerita dia haku ternanti-nanti bila gigi atas dia nak buat kemunculan . Dalam penantian tu, ternampak pulak lidah dia macam terlebih-lebih.
Haku bukan nak mulut shaming, jarak le sikit dengan camera kot ye pun .

Quote esbok 2-2-2024 01:54 PM
chikumanis replied at 2-2-2024 12:29 PM
hahahaaa..i feels u! silap2 ada sisa taik hidung pun tersentil kat situ. tu belum lagi yg penuh ka ...

Dari nak dengar cerita atuk, haku tak dengar pun sudah nya
Quote zuriey 2-2-2024 02:08 PM
Hasanah sungguh...
Quote A-Are 2-2-2024 02:43 PM
esbok replied at 2-2-2024 01:48 PM
Ada orang bila bercakap cantik tersusun segala memek mulut . Ada orang bila bercakap macam menguny ...

yer betul...i olls pon jenis gitu..kalau bercakap rakam dan tgk balik rasa nak baling je fon tu kasi pecah betapa burok nya tgk mulot udah rupa mcm mengunyah sireh bak kata u olls
Quote habisnamadahni 2-2-2024 04:22 PM
esbok replied at 2-2-2024 01:54 PM
Daku minta hampun le juge, bukan nak mulut shaming. Macam sample kat atas ni, dah haku dok fokus g ...

hahaha...weii aku p tgk blk video tu ..lain mcm kau punya fokus
Quote esbok 2-2-2024 05:41 PM
A-Are replied at 2-2-2024 02:43 PM
yer betul...i olls pon jenis gitu..kalau bercakap rakam dan tgk balik rasa nak baling je fon tu ka ...

Nak cari hos rancangan makan-makan pun bukan nya semua hos boleh buat kita jadi selera nak makan. Cenggitu sekali memek mulut ni main peranan.
Ada orang walau muka jelita bak bidadari, kacak bak bidadara, sekali tengok dia mengunyah, kita pun tak ingat dia dari kayangan. Terus rasa setaraf je rupanya .

Quote sharlenetexas 2-2-2024 05:44 PM
Bukan ke azilah hadri dulu menyorok di bawah timbunan kain kat rumah kelamin skandal dia?

Quote blekkep 2-2-2024 06:23 PM
Hodohnye filler ko dekkkk
Quote Perwira2022 2-2-2024 06:25 PM
B40 kurang pencapaian hidup mmg suka cerita2 mistik
Quote syamzana 2-2-2024 06:26 PM
mak sedara iols sedari iols kecik smpai dekat2 nak pencen dia timbun baju ikut bakul anak masing2
kalau anaknya rajin sila lipat sendiri (pompuan lipat la yg laki haremmm). koser dia kata nak lipat.
baju dia+pakcik iols dia gntg je semua sng nak iron.
tade plak dgr kes antu jin setan dok dlm timbunan kain tu.
dah pencen lakibini tiap kali iols p umah depa, manjang dok lipat kain dua2 org
seronok katanya smbil borak tgk tv lipat kain

***iols pun malas sgguh lipat kain baju tp sakit mata terpaksa la lipat
Quote damian_lee 2-2-2024 06:33 PM
SedihPedih replied at 2-2-2024 05:26 AM
Ntah2 atuk dia cerita sb nk suruh family dia lipat kain aja.

I ada tgk org baju berlongok2 xde pul ...

sebenarnya simple je
kalau pengotor memang dia sendiri species jin
aku pernah pegi rumah orang yang bilik air licin sampai berlumut

bukan nak menyombong
tapi memang aku x minum bila dihidang

and yang ada kucing sampai bau hancing  bulu kucing merata2
itu pun aku xleh terima
Quote noor2 2-2-2024 06:56 PM
Muka dia menyeramkan masa cerita pasal hantu
Quote noor2 2-2-2024 06:57 PM
Merepek ada jin dlm timbunan kain...kalau ular dgn tikus percayala jugak aku

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.044638 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top