CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘"Pagi-Pagi Dah Buat Baran. Memang Biadab! Membabi Buta Percaya Ni Tak Elok’ – Shila Amzah Selar Individu Fitnah Amylea

29-1-2024 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12160| Komen: 42



Penyanyi Shila Amzah menyelar seorang warganet yang meninggalkan komen berbaur fitnah terhadap rakan seindustri Amylea Azizan.



Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Shila memuat naik tangkap layar yang memaparkan seorang individu mendakwa Amylea meminta bantuan untuk bapanya.

"Baru-baru ni aku tengok Amelya ni minta bantuan ayah dia sakit..tengok dia nikah mewah pula".

Bagaimanapun, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah menafikan dakwaan tersebut dengan menyifatkan kenyataan individu berkenaan sebagai satu fitnah.

"Itu fitnah. Bapa dia dah meninggal dah. Lain kali jangan main Facebook (FB), tu semua fitnah orang yang sakit otak sanggup guna gambar bapa dia semasa sakit untuk buat cerita bodoh macam ni. Membabi buta percaya ni tak elok".


Pelantun lagu Masih Ku Cinta ini turut menyeru agar warganet menilai kebenaran sesuatu berita itu sebelum mempercayainya.

"Pagi-pagi dah buat baran. Kenapa manusia tak boleh gembira dengan kebahagiaan orang lain? Tu lah banyak sangat masa main FB".

"Geram tau bila orang suka percaya gosip atau baca berita online tanpa cari kesahihan berita tu.

"Yang dekat FB pun cari duit cara fitnah orang. Memang biadab".

Terdahulu, penyanyi berusia 33 tahun itu bersama suami, Ubai MZ menghadari ke majlis resepsi Amylea dan pasangannya Mohammad Aqbar Mohamad yang diadakan di Bizmilla Wedding Hall, Subang pada Sabtu.

Untuk info, bapa Amelya telah menghembuskan nafas terakhir pada 11 Ogos 2021 akibat komplikasi jantung dan buah pinggang di Institut Jantung Negara (IJN).

Sumber: Instagram Shila Amzah/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cantthinkofany 29-1-2024 04:05 PM
Edited by cantthinkofany at 29-1-2024 04:06 PM

sape yg patut baran ek?...sebelum nak smash orang...buat la homework dulu.....gugel je keluar citer raising white flag tu....ape la...jgn la buat perangai pelik2...kenan kang....
Quote cikatilia 29-1-2024 04:17 PM
mmg dia ada mintak bantuan kan zaman2 covid tu..
https://says.com/my/news/m-sian-singer-raises-white-flag-on-instagram-to-ask-fund-for-father-s-medical-treatment
Quote watachiwa 29-1-2024 04:30 PM
zaman kobit dgn dia menikah ni beza sehari ke?
dia dah kenal husband dia masa zaman kobit pak dia sakit tu?
Quote maylink23 29-1-2024 05:39 PM
Hari tu kan dia minta time covid sebab takde katil kat hospital kerajaan. Doktor nasihat suruh pergi swasta kan

Sekarang dah 2024, husband pun umur rasanya dlm 40an, kerja beruniform kat Singapura, mesti berduit. Amylea pun mcm dah rancak buat lagu semula lps covid.

Majlis pun mcm buat kat Bizmila. Mesti Mila buat extra special untuk kawan2 AF dia kan tu nampak mcm mewah.

Apa yg Shila royankan tu betul. Kat fb sekarang byk sgt posting mematikan artis, cerita buruk artis nak bg orang klik link affiliate shopee

Quote hotmak 29-1-2024 05:43 PM
nampak kat tt mila, amy text dia tgh malam minta tlg sebab takde dress pengantin lg

pelik juga sebab malam esoknya sanding, baju tak ada? tapi taktau detail sebab mila tak ckp kenapa
Quote Perawankota 29-1-2024 05:45 PM
hotmak: nampak kat tt mila, amy text d ...
ni kawen last minutes ke
Quote emera 29-1-2024 05:59 PM
Amylea ni mmg nmpk mcm x berduit pun kan?
Quote heythere123 29-1-2024 06:11 PM
dah tu engko vavi butakan orang tu elok ke? dah la tengah pregnant tapi mulut cam apa

ubai tak sempat nak review ke komen bininya? kata suami terpaling sopan santun
Quote MisXoXo 29-1-2024 09:53 PM
Pastu anxiety..sendiri pun muluttt boleh tahan
Quote she 29-1-2024 09:58 PM
Tenang2 sudah
Takkan nak kena hisap weed
Baru fikiran aman damai
Eh tiberrrr
Quote sayawifenikmie 29-1-2024 09:59 PM
hotmak replied at 29-1-2024 05:43 PM
nampak kat tt mila, amy text dia tgh malam minta tlg sebab takde dress pengantin lg

pelik juga seba ...

aik .. bukan sekali dengan baju sanding ke ?
Quote sleepandream 29-1-2024 10:19 PM
10 tahun dolu org dah tinggal facebook...
yg tinggal sana acik2 kepam sajork
Quote jalfa 29-1-2024 10:55 PM
Tapi memang betul kan amylia mintak sumbangan netizen masa tu...pitnah apenya silalat oii..terpaling bekap ko ni..
Quote NazRysha 30-1-2024 08:36 AM
terpaling anak lalat
dah la derhaka kat mak sendiri
Quote chinta89 30-1-2024 09:53 AM
NazRysha replied at 30-1-2024 08:36 AM
terpaling anak lalat
dah la derhaka kat mak sendiri

terpaling tu yes tp derhaka kat mak big no. keluarga dia tocer dia teruk kot, mak dia pun sama je aniaya anak acah2 mak tersakiti.
Quote jihah_kudat 30-1-2024 10:05 AM
hotmak replied at 29-1-2024 09:43 AM
nampak kat tt mila, amy text dia tgh malam minta tlg sebab takde dress pengantin lg

pelik juga seba ...

nampak gile amylea sejenis buat kerja last minute..tertunggu jugak kot2 dia kena scam pasal baju ke takde plak..sebaik la mila ni jenis berdedikasi nak bagi the best to customer usaha jugak walaupun pagi buta..belum
lagi part makeup dengan alha pun mila cari jugak kan..siap bagitau masa wedding dia makeup sendiri sebab tak jumpa mua yang boleh makeup tan skin..aku syak dia jenis suka buat kerja last minute  + kedekut mungkin..
Quote pocongkiutss 30-1-2024 10:22 AM
Laki dia kan koje bomba kat singapore..entry level gaji bomba kat sana tu SGD4588 , lebih kurang RM16K duit kita di zaman madanon ni

https://www.salaryexpert.com/salary/job/firefighter/singapore

Jadi apa yg peliknya dia buat majlis kt Bizmila pun...marhaen pun ada buat kt situ kan..lain la kalau buat kat Grand Hyatt ke tah memano hotel 5 star tu baru le pelik
Quote pocongkiutss 30-1-2024 10:23 AM
hotmak replied at 29-1-2024 05:43 PM
nampak kat tt mila, amy text dia tgh malam minta tlg sebab takde dress pengantin lg

pelik juga seba ...

Eh bukan bizmila tu biasanya bg pakej skali dgn baju pengantin ke..ke amylea ni bajet2 tak sudi sewa baju pengantin pastu tetibahh takde baju sbb last minute sgt br nk tempah
Quote roti_banjir 30-1-2024 11:29 AM
mila ada bgtau, yg baju amylea tuh last minit ada problem, tuh sebab amylea tuh roger dia kol 10 malam nak mintak tolong......

aku ada rasa cam tuh hanyalar marketing, tapi nampak lar yg reramai kengkawan yg support Amylea nih..... dia pon tak byk bunyik, tak byk demand.... nampak chill jer.....

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.066803 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top