Baru-baru ini, tular satu video mempamerkan seorang lelaki warga asing yang menjawab tentang berapa rakaat bagi setiap solat fardhu dan ia telah meraih perhatian warganet. Isyak sampai 17 rakaat Individu yang bertanya kepadanya itu terkejut apabila warga asing berkenaan menjawab jumlah rakaat yang dilakukannya malah ada yang sehingga berbelas rakaat. Jawapan yang diberikan olehnya, solat Subuh empat rakaat, zohor 12 rakaat, asar empat rakaat, maghrib pula sebanyak lima rakaat manakala isyak 17 rakaat. Itulah Mazhab Hanafi Bagaimanapun, seorang lelaki tampil memberikan penjelasan lanjut selepas video tersebut tular di media sosial dan ramai yang mentertawakan warga asing terbabit. Katanya, jawapan diberikan warga asing itu tidak salah kerana ia benar mengikut Mazhab Hanafi di mana mereka mengerjakan solat sunat rawatib itu seperti ia wajib.
"Mereka tidak pernah tinggalkan Rawatib, mereka tidak pernah meninggalkan Qabliyah dan juga Ba’diyah termasuklah solat sunat witir. Sebab itu brother ini sebut Subuh empat rakaat, bermaksud Subuh dua rakaat dan digabungakan dengan dua rakaat Qabliyah Subuh". Sumber : TikTok |
kucingitam replied at 30-1-2024 12:14 PM
ni yang orang kata raikan perbezaan.. ilmu baru sebab tak ramai pun yang tau perbezaan mazhab ni..ta ...
ADVERTISEMENT