CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Bayar Sini RM100, Bayar Di Balai RM300.", Pelancong Dari UK Kongsi Rakaman Polis Trafik Minta RM100

29-1-2024 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12079| Komen: 86


KUALA LUMPUR: "Bayar sini RM100, bayar di balai RM300."

Itu ungkapan seorang lelaki dipercayai anggota polis trafik ketika menahan sepasang warga asing yang juga pempengaruh media sosial tanpa mengetahui perbualan itu dirakam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata pihaknya mengesan video mengenainya yang tular di media sosial hari ini.

Katanya, PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota yang kononnya menawarkan diskaun saman trafik kepada pasangan warga asing ketika ditahan di lokasi kejadian.

"Jam 4.30 petang hari ini, JSPT mengesan video tular di platform YouTube dan lain-lain media sosial mengenai tindakan anggota trafik menyaman dan menawarkan diskaun ke atas pasangan dari United Kingdom (UK) yang sedang melakukan edisi jelajah Malaysia itu.

"Siasatan terperinci sedang dijalankan bagi menyiasat dakwaan itu dan tidak akan bertoleransi ke atas anggota dan pegawai terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Kejadian itu tular selepas video memaparkan tindakan anggota polis terbabit dimuat naik menerusi halaman YouTube pasangan berkenaan sejak semalam sebelum dikongsi beberapa pengguna media sosial.

Loading FB Post...

Pasangan terbabit ditahan seorang individu dipercayai anggota polis kerana didakwa memandu melebihi had laju.

Anggota terbabit mendakwa pasangan berkenaan memandu selaju 80 kilometer sejam (km/j), melebihi had laju di laluan itu iaitu 60 km/j lalu mengeluarkan saman.

Bagaimanapun, anggota terbabit menawarkan diskaun saman daripada RM300 menjadi RM100 jika dibayar terus kepadanya.

Menerusi klip video itu, pasangan berkenaan menjelaskan keliru dengan tindakan anggota terbabit namun memilih untuk menerima tawaran diskaun berbanding membuat pembayaran di balai.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketambangkang 29-1-2024 10:33 AM
pehh mane nk letak muke wehhh
Quote plywood 29-1-2024 10:33 AM
[youtube]rkK8oWxPZcU[/youtube]
Quote MissYouSayang 29-1-2024 10:35 AM
Kalo polis tu herlok dimaapkan
Quote Yoonggi 29-1-2024 10:35 AM
makin merudum ler imej polis. sbb nila setitik...
Quote JunkMail 29-1-2024 10:38 AM
Ni bukan nila setitik dah...ni dah kategori nila sebelanga
Quote prettyuglybabe 29-1-2024 10:40 AM
nampak tak kenapa elok gomen hapuskan sistem pencen..
Quote Mayonis2020 29-1-2024 10:51 AM
Tu sbb polis kite kene pakai bodycam macam polis US tu. Kalau off bodycam masa kerja, kene tindakan. And kalau polis takde bodycam tahan kite, kite tak perlu layan. That means bukan waktu kerja diorang.
Quote zarulnazmi 29-1-2024 10:51 AM
jatuh limej polis trafik di mata dunia
Quote pokokmeranti 29-1-2024 10:54 AM
'bayar sini' ada resit tak? klu xde resit nanti si pemberi yg kena serkup dek sprm
Quote liton 29-1-2024 10:54 AM
Sebab tu sekarang ramai warga asing takde lesen /road tax bawa kereta/motor. Kena tahan, bayar. Lagi ramai warga asing mcm ni, lagi masyuk lah polis ni semua.
Dia org mana nak fikir rakyat. Haritu kat tpt aku indon bawa kereta masuk simpang, mati penunggang motor. Indon lari. Polis cari ikut nama owner, owner ckp dah tak guna kereta tu.
Quote tungkai 29-1-2024 10:58 AM
Masakkk.....lagi jatuh merudum imej polis
Quote CiliApiPedas 29-1-2024 11:01 AM
Pergh consider done mcm tu je ekk
Quote matseh 29-1-2024 11:45 AM
Aku sll tgk video depa ni kat youtube. Depa jelajah dunia guna camper van.
Full video , depa kena semasa turun CH nak ke ipoh.

Quote hyie 29-1-2024 11:48 AM
nothing new yach buat-buat terkejut boobies pulak iya..gitulah perangai orang yang diberi kuasa. Cash la kau dapat malu
Quote nw111 29-1-2024 11:48 AM
Mayonis2020 replied at 29-1-2024 10:51 AM
Tu sbb polis kite kene pakai bodycam macam polis US tu. Kalau off bodycam masa kerja, kene tindakan. ...

Nak ke dia org implement kat msia ni...yg atas2 pun 2x5
Quote mawardia 29-1-2024 11:58 AM
Kerana nila sebelanga, rosak susu setitik. Tak gitteww pdrm
Quote ulamalu 29-1-2024 12:09 PM
Sebab tu ada orang x nak bermenantukan anak polis.  Very the obvious.  
Quote Decaffeinated 29-1-2024 12:17 PM
Bodoh tak sekolah punya polis. Zaman media social tapi dia masih tertinggal dalam gua.

Buku bertemu ruas lah jumpa youtuber dengan followers satu dunia. Aku tunggu versi takde sensor harap omputih ni jangan ada mercy.
Quote Abahmung 29-1-2024 12:31 PM
[youtube]rkK8oWxPZcU[/youtube]

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.055579 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top