KLANG – Perselisihan faham menyebabkan seorang lelaki sanggup mengelar isterinya dengan pisau di dalam sebuah kereta di bahu jalan Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) berdekatan Gravit 8, Kota Bayu Emas di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, wanita berusia 49 tahun berkenaan bagaimanapun terselamat selepas berjaya melarikan diri. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Foong berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek berusia 50 tahun sedang menuju ke kedai makan dengan menaiki kereta Mazda CX5. Jelas beliau, lelaki itu kemudian memberhentikan kereta akibat perselisihan faham lalu mengelar isterinya beberapa kali dengan pisau pemotong. “Mangsa yang ketakutan kemudian keluar untuk meminta bantuan orang awam manakala suspek melarikan diri dengan kereta tersebut. “Bertindak atas maklumat, kereta itu ditemukan di Jalan Batu Nilam dan suspek dalam keadaan tidak sedarkan diri sehingga cermin terpaksa dipecahkan anggota polis bagi menyelamatkannya,” katanya hari ini.
Menurut Hoong Foong, lelaki berkenaan turut didapati dalam keadaan berlumuran darah dipercayai akibat mengelar tangannya sendiri. “Pemeriksaan mendapati mangsa cedera di leher, bahu kiri, tangan, kaki dan belakang badan manakala suspek luka di kedua-dua tangannnya. “Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan dilaporkan stabil,” ujarnya. Sumber -KOSMO!ONLINE |
shernazz replied at 20-1-2024 01:44 PM
Yenna ka tu?
Adoi..main kelar2 plak..
Dah MCM kelar ikan plK
LoveSungmin replied at 20-1-2024 03:04 PM
chinese sis..
shida81: Klang ni dah ramai Sgt org lua ...
Buritan replied at 20-1-2024 04:05 AM
Gaduh psl tak puas seks.. hahaha
Buritan replied at 20-1-2024 12:05 PM
Gaduh psl tak puas seks.. hahaha
tikusmontok replied at 21-1-2024 02:17 PM
Tak reti2 nak tanya jahpamtek? Segala obat mati putik mati pucuk ada, sekali ngan doa konex pun ad ...
ADVERTISEMENT