Cyberjaya: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian tidak akan mengambil gaji bagi jawatan yang disandangnya sejak November 2022 itu selagi ekonomi negara tidak pulih sepenuhnya. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pendirian sama turut diambil oleh Jemaah Menteri berhubung pemotongan gaji masing-masing sebanyak 20 peratus setiap bulan. Bercakap pada sidang media sempena program Permukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan 2024 di sini hari ini, Anwar berkata pendirian itu akan kekal dilaksanakan kerajaan sehingga ekonomi negara kembali pulih. "Setakat ini, saya umumkan saya tidak ambil gaji, dan potongan 20 peratus bagi yang lain (Jemaah Menteri) selagi ekonomi tidak pulih sepenuhnya... ada perubahan (ekonomi), tetapi belum boleh lagi (ambil gaji)," katanya. Pada sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri pada 24 Noember 2022, Anwar berkata beliau tidak akan mengambil gaji bagi jawatan itu dan menyifatkan ia sebagai langkah pertama bagi menarik keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya.
Sumber : HarianMetro |
dewi_rina: Alhamdulillah, jadi mcm mana b ...
Buritan replied at 19-1-2024 05:16 PM
Cmn dia belanja belli beeas.. laki aku kalo tak amik duit gaji aku ni nak tutup punai pun pakai da ...
Buritan replied at 19-1-2024 05:16 PM
Cmn dia belanja belli beeas.. laki aku kalo tak amik duit gaji aku ni nak tutup punai pun pakai da ...
jazaa100 replied at 19-1-2024 09:47 PM
Dorang bkn mcm kita....
Kita ni klu tak de gaji harap allowance, memang mampuih lah.....
VespaSilbe replied at 19-1-2024 09:40 PM
Depa tak yah beli groceries sis.. ada je hantar rumah.. baru niat makan doyan musing king nanti ta ...
Buritan replied at 20-1-2024 05:22 AM
Eii bencinyaa aku.. aku nak mkn kena simpn duit.. depa nak mkn wish aje.. celaka betul..
bakingsoda replied at 20-1-2024 10:28 AM
alah kalau acik2 boleh dapat extra 22k sebulan, acik2 sanggup tolak ke? ada je org kaya sampai ke se ...
ADVERTISEMENT