CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mengidam Nak Cium Bau Tayar, Wani Puas Dapat Hidu Bau

19-1-2024 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13973| Komen: 28


Baling: Lain orang, lain tabiatnya ketika hamil. Begitu juga buat wanita dikenali Wani yang kisahnya tular di media sosial kerana mengidam untuk mencium bau tayar.

Kisah itu mendapat perhatian selepas Wani memuat naik videonya mencium tayar di TikTok dan sehingga kini sudah ditonton lebih 419,000.

Berkongsi kisahnya, Wani yang hamil sulung berkata, keinginannya mencium tayar sejak minggu lalu dan baru dapat dipenuhi selepas suaminya, Syafiq membawa dia ke bengkel motosikal, semalam.

Menurut Wani, pada mulanya Syafiq menghalang dia daripada menghidu tayar kerana kandungan bahan kimia yang boleh membahayakannya.

"Tapi saya pujuk suami dan beritahunya yang saya nak ambil bau saja.

"Tak sampai lima minit cium pun dan tak sehingga beli pun. Cuma tauke kedai minta kami bawa balik (tayar) rumah dulu kemudian pulangkan apabila sudah berpuas hati.


"Namun saya kembalikan tayar itu kerana tak nak ada kesan buruk," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Wani berkata, dia tidak sangka video itu tular, kerana tujuannya memuat naik sekadar suka-suka dan tidak berniat untuk mengaibkan diri sendiri.

"Cuma biasalah, reaksi netizen bercampur baur, ada positif dan sebahagiannya ada yang kecam.

"Tapi saya jenis tak ambil kisah pun kerana bukan nak viral, cuma nak lepaskan mengidam yang pelik itu.

"Semoga mereka yang diuji dengan pasangan mengidam pelik bersabar dan mohon doakan saya kerana kini sedang menghitung hari untuk bersalin," katanya yang dijangka melahirkan cahaya mata bulan depan.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chocobozhere 19-1-2024 09:47 AM
Apa benda ni?
Quote otai_g 19-1-2024 09:48 AM
chocobozhere replied at 19-1-2024 09:47 AM
Apa benda ni?

Entah la. Lapar like kot
Quote kotakbaju 19-1-2024 10:09 AM
Tak buleh ke pi cium hidu diam2 tanpa record? Nak record untuk apa? Kalau aku, aku malu sebab mengidam pelik2,
Quote swateng1 19-1-2024 10:45 AM
kau pergi la cium getah sekerap tu.. lebih asli.
Quote Cyempaka 19-1-2024 10:56 AM
Golongan kebulur perhatian..
Quote blekkep 19-1-2024 11:18 AM
ngidam pelik2 ni sbb sakit mental...kalo mental stabil xde la pikir ngidam benda bodoh
Quote Buritan 19-1-2024 11:21 AM
swateng1 replied at 19-1-2024 10:45 AM
kau pergi la cium getah sekerap tu.. lebih asli.

Getah sekerap tu ok.. tak memudaratkan... Lg byk lg baik
Quote vanillaninja 19-1-2024 11:26 AM
Ada ke acik2 forum yang ngidam pelik2 gini? I takde pulak ngidam apa2 dulu.
Quote Decaffeinated 19-1-2024 11:31 AM
Dia rindu bau kondom la tu. Bila laki nak anak kondom tidak berguna lagi.
Quote plywood 19-1-2024 11:44 AM
ada orang kata ada orang mengidam ni kekurangan substance dalam badan, mungkin juga akibat pergolakan emosi, mengidam tu reaksi badan untuk bagi tau la tu..
Quote sara_thrash 19-1-2024 11:44 AM
bila mengandung ni ramai yang jadi kurang cerdik ke sebab mcm selalu sangat ibu mengandung mengidam yang bukan-bukan.
Quote Belibis 19-1-2024 12:04 PM
otai_g replied at 19-1-2024 09:48 AM
Entah la. Lapar like kot

Lapar pelir dah abis..lapar like pulak.
Maaf,tercarut dihari jumaat.
Quote shernazz 19-1-2024 12:14 PM
Lepas Ni rakam lagi
Konon tak sangka tukar
Quote Ayda89 19-1-2024 01:04 PM
Aku malu la baca berita melayu buat perangai ngidam pelik2 lepastu tak tau malu pi upload kat medsos.. bodoh and peghak tu simpan sendiri2 je tak boleh ke eh
Quote syamzana 19-1-2024 01:47 PM
disarankan stop mengandung lepas ni.
cukup la membebalkan diri sekali, sian anak dpt mak gini
Quote swateng1 19-1-2024 01:51 PM
Buritan replied at 19-1-2024 11:21 AM
Getah sekerap tu ok.. tak memudaratkan... Lg byk lg baik

iyee.. bau pun ori dari bau getah tayar motor campur bahan kimia tu
Quote B40tastePosh 19-1-2024 01:52 PM
Baik taukeh tu kasi pinjam cium tayar tu.

Jangan sampai ada air liur basi dah la.
Quote tikusmontok 19-1-2024 03:42 PM
Wani berkata, dia tidak sangka video itu tular, kerana tujuannya memuat naik sekadar suka-suka dan tidak berniat untuk mengaibkan diri sendiri.

Alahaiiii geletisnya tine garit ni...
Quote areyam 19-1-2024 03:54 PM
dapat anak jadi pelumba motor / pelumba basikal....

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.047356 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top