CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kuat Kuasa Serta Merta, Pelancong Terkejut Kini Perlu Bayar RM128 Untuk Masuk Hagia Sofia, Turkiye

18-1-2024 07:03 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11064| Komen: 21



Kalau pergi melancong ke sesebuah negara mestilah kita mahu melawat tempat-tempat peninggalan atau lokasi  yang terkenal dan ikonik di negara tu kan?

Macam contoh pergi ke Eiffel Tower jika di Paris, Menara Condong Pisa jika ke Itali, Acropolis of Athens di Greece atau Shibuya Street di Tokyo.

Tarikan pelancongan di Turki dah tak percuma lagi?

Pelancong yang melancong ke Turki pula sudah tentulah mahu melawat ke tempat bersejarah terkenal, Hagia Sofia di Istanbul.



Menurut laporan terkini, pelancong kini akan dikenakan tiket masuk ke Hagia Sofia sebanyak €25  (RM128) setiap seorang dan ia berkuat kuasa serta merta pada 15 Januari.


Tiket tersebut memberikan pengunjung akses ke terowong terbuka di mana mereka boleh melawat Hagia Sofia tanpa mengganggu solat.


Ramai tak setuju?

Media tempatan juga melaporkan pintu utama Hagia Sofia pula kini diutamakan khas buat rakyat negara berkenaan dan pelancong akan menggunakan pintu masuk di bahagian tepi.

Sementara itu, umat Islam yang bukan warganegara juga akan dikenakan caj masuk, walaupun mereka hanya mahu menunaikan solat.


Perubahan secara tiba-tiba itu mengejutkan pelancong malah pada Isnin lalu (hari pertama tiket masuk dikenakan), tidak ramai pelancong yang dilihat melawat lokasi terkenal tersebut.

Semalam percuma (masuk Hagia Sofia)…Terkejut..”

Bukan itu sahaja, perubahan tersebut dikatakan telah mencetuskan kritikan daripada kerajaan Barat, negara Rusia dan Kristian.


Ia kerana tiket yang dicaj kepada pengunjung itu memberikan akses masuk kepada galeri di tingkat atas dan muzium di tapak Warisan Dunia UNESCO yang diibaratkan sebagai magnet kepada pelancong.

Iyelah, kalau dah kenakan caj nanti ramai pula yang tak sanggup bayar untuk masuk. Bila pengunjung berkurang, lama-lama nanti tinggal sepi jelah Hagia Sofia, galeri atau tapak warisan dunia tu kan.


SUMBER : The Star/Beautifulnara
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 18-1-2024 07:16 PM
bapak mahal..kalau kat malaysia buat macam ni bayar rm5 pun mau kena kecam
Quote Azharitubunga 18-1-2024 08:40 PM
Turkish lira merundum
Logik juga tiket naik harga
Quote pearl.silver 18-1-2024 09:02 PM
Haritu nk masuk punya la panjang org beratur. Berliku2. Hilang selera nk beratur
Quote kakikuDibibirmu 18-1-2024 09:05 PM
Ingat Türkiye ingat burger benjol, apa punya turrrrrr..., inilah akibatnya kalu buku bertemu dengan ruam lampin, itupun ada hati nak interview jadi cikgu katanya! Pepatah Jawa ada mengatakan crab wants to teach its children how to walk in straight line, edayildiz tersenyum sinis
Quote kitaserupaaa 18-1-2024 09:13 PM
Time aku gi turki dulu, masa tu hagia sofia masih dijadikam museum,  tour guide warga turki tak sokong hagia sofia convert ke masjid semula. Dia kata istanbul tu dah banyak sgt masjid. Blue mosque kan across hagia sofia je. Maybe pihak hagia sofia nak control crowd & maintain masjid ni bila caj entrance fees
Quote nikaido 18-1-2024 09:26 PM
kitaserupaaa replied at 18-1-2024 09:13 PM
Time aku gi turki dulu, masa tu hagia sofia masih dijadikam museum,  tour guide warga turki tak soko ...

Yup byk masjid. Dah la design lebih kurang je color pun sama dinding warna kelabu gitu
Quote nikaido 18-1-2024 09:27 PM
Masa pegi istanbul dulu musim bunga. So cantik jugala area dataran dpn hagia sofia tu byk bunga tulip
Quote sayurmayur88 19-1-2024 07:46 AM
mahal nyer tapi alang2 dh melancong ke turkiye, boleh je masuk tgk keindahan masjid tu..
rindunya nk melancong semula ke timur tengah
Quote Dwdrum 19-1-2024 07:48 AM
Acik acik ingat hagia sofea maintenance free ka?....
Quote kakikuDibibirmu 19-1-2024 08:19 AM
Isketambola Aku Datang tersenyum sinis
Quote kakikuDibibirmu 19-1-2024 08:19 AM
Lisa Kayuhani tersenyum sinis
Quote kakikuDibibirmu 19-1-2024 08:20 AM
[youtube]vmz9oLtmuoM[/youtube]
Quote Tinot7 19-1-2024 08:25 AM
Kalau tak ramai org masuk, ok la..
Quote KamikuP 19-1-2024 10:14 AM
Ot jap,
Cuolls yg selalu pegi melancong ke Turki pegi DIY atau ikut tour agency? Meolls teringin nak pegi huhuhuhu
Quote ezacbee 19-1-2024 11:05 AM
Mujur aku pegi dulu aman2 je.. jenuh naik sampai ke atas.. berpusing2.. sempat amik gambar GLI.. kemain muka serius. Padahal pak guard je.

Quote cantthinkofany 19-1-2024 11:09 AM
alaaaaaaaaaaaahhh...tiket and accommodation and shopping boleh je bayar ribu riban...setakat RM128 tu apa la sangat.....tak membebankan pun...potong je duit nak beli souvenir utk orang kampung....tunjuk gambar je....
Quote newyork 19-1-2024 11:47 AM
Rm 50 sudah lah..byk bukan main
Quote Decaffeinated 19-1-2024 12:31 PM
pelancong kini akan dikenakan tiket masuk ke Hagia Sofia sebanyak €25

Percubaan halus Turkiye untuk mengurangkan kebanjiran ummah caprut nusantara ja ni. Ummah eurozone pejam mata ja bayar.
Quote emera 19-1-2024 01:26 PM
Alaa 25yuro jek

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.107858 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top