CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Lelaki Semua Kacak, Gadis-Gadis Cuba Nasib Nak Jadi Menantu Dr Noor Hisham

18-1-2024 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11015| Komen: 48


Sebut pasal Tan Sri Dr Noor Hisham, pasti rakyat Malaysia tak akan melupakan figura hebat ini yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia selepas menampilkan ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang dalam menangani krisis COVID-19 yang melanda bukan sahaja Malaysia malah dunia.

Menurut Beautifulnara, sebelum ini, anak-anak lelaki Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham pernah menjadi bualan hangat di kalangan netizen kerana mempunyai wajah yang tampan.

Terbaru, Noor Hisham berkongsikan fotonya bersama keluarga sedang bercuti di platform X dan dalam foto tersebut kelihatan ketua pengarah itu bersama tiga anak lelaki iaitu Khalis, Khazin dan Khair meluangkan masa di Hybe Park, London.

"Ia adalah saat berharga dan momen yang tidak dapat dilupakan bersama anak-anak lelaki saya yang sudah dewasa."


Bukan itu saja, Noor Hisham ada juga memuat naik foto selepas itu memaparkan dia bersama isteri, Puan Sri Datin Seri Nik Suwaida Nik Mihammad Mohyideen dan anak-anak lelakinya berehat di sebuah kafe.


Tidak melepaskan peluang selepas melihat wajah tampan anak-anak lelaki Noor Hisham, netizen meninggalkan komen mencuit hati di hantaran tersebut yang mengharapkan agar dapat jadi menantu ketua pengarah itu.



Malah, netizen turut sempat memuji ketampanan anak-anak lelakinya disebabkan mewarisi rupa paras Noor Hisham yang juga kacak biarpun sudah berusia.

Seronok tengok keluarga Dr Noor Hisham, sebuah keluarga yang hebat hasil didikan yang pastinya terbaik! 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 18-1-2024 07:09 PM
Bestnya anak lelaki ramai...
Quote noor2 18-1-2024 07:09 PM
Wife dia pun cantik..mana anak2 x hensem
Quote chacon 18-1-2024 07:17 PM
geng teori konspirasi panggil dia nguyen
Quote mojarean_X 18-1-2024 07:17 PM
noor2 replied at 18-1-2024 07:09 PM
Bestnya anak lelaki ramai...

Kan
Quote c===8 18-1-2024 07:21 PM
yg depan maknya tu sebelum ni sama dgn anak sy kat kmb, last sept budak tu gi manchaster & anak sy gi birm
Quote noor2 18-1-2024 07:38 PM
c===8 replied at 18-1-2024 07:21 PM
yg depan maknya tu sebelum ni sama dgn anak sy kat kmb, last sept budak tu gi manchaster & anak sy g ...

Maknya mmg lawa kan?
Quote dua_chzy 18-1-2024 07:54 PM
Kawin lambat ye heols. Bbnu lagi anaknya semua.
Quote cmf_premierleag 18-1-2024 07:59 PM
Anak2 dia semua boys ke? And ya mmg hensem2...dah le hensem, kaya, pandai, bapak pakar bedah lak tu
Bertuah la ko dikk
Quote blekkep 18-1-2024 08:05 PM
canteknya wife tan sri...sbb tu kot anak2 good looking.. kan anak laki slalu ikut muka mak
Quote sarah_ary2 18-1-2024 08:09 PM
Hybe Park ke Hyde Park sebenarnya?
Quote Suchi 18-1-2024 08:25 PM
Aritu anak ex mnteri agama ni anak ex DG plak

Semua koram nak ye
Nak anak raja memang tak mendapat laa sbb memasing bkn puteri raja
Quote antikorok 18-1-2024 08:40 PM
Make sure yg nak tuhhh dah cok air terpaling suchi terpalinggggg penyelamat ummah dolu barulah boleh verangan nak jadik menantooo
Quote ainonymous 18-1-2024 08:43 PM
helokk betul anak2 dia, pandai pulak tu..bapak doktor, kaya, mak cantik. alahai dikk untung badan. semoga berjaya dunia akhirat ye. meh jadi menantu acik.
Quote lilacomot 18-1-2024 08:49 PM
Herlok ye ank2 nya... Baka menjadi
Quote kakikuDibibirmu 18-1-2024 08:55 PM
Sang Suria/Syria juga dikenali sebagai Syams, matahari

Shamsuddin agama matahari
Kamaruddin agama bulan
Jamalullail unta malam

Nour el syams...wahamas anta habibi



[youtube]rbZPnYK8fcw[/youtube]
Quote sharlenetexas 18-1-2024 08:59 PM
Puan Sri Datin Seri Nik Suwaida Nik Mihammad Mohyideen.

Panjang gelaran isterinya.

Quote sharlenetexas 18-1-2024 09:00 PM
chacon replied at 18-1-2024 07:17 PM
geng teori konspirasi panggil dia nguyen

Kenapa? Nguyen nama vietnam. Apa kaitan?

Quote kakikuDibibirmu 18-1-2024 09:08 PM
sharlenetexas replied at 18-1-2024 09:00 PM
Kenapa? Nguyen nama vietnam. Apa kaitan?

Kacang Ngan Yin buat dekat Mambang Di Awan Kacang Menglembu

Quote tungkai 18-1-2024 09:43 PM
Gelinya baca komen2 menggeletis

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.046974 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top