CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akhirnya Pemilik Kereta Exora Kunci Patah Perjelas Perkara Sebenar, Tiada Niat Tuduh ‘Owner’ Kedai

17-1-2024 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9918| Komen: 30


Tular di platfrom X mengenai sebuah video yang memaparkan pergaduhan di antara pasangan suami isteri dengan pemilik kedai membasuh kereta.

Menerusi video berkenaan, difahamkan bahawa kunci kereta jenis Proton Exora milik pasangan itu telah patah selepas mereka menghantar cuci di kedai tersebut.

Malah, wanita kepada pasangan itu mendakwa dia sengaja merosakkan kunci keretanya sendiri dan menuduhnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyebelahi pemilik kedai tersebut namun ada juga sesetengah yang menyokong pasangan itu.


Selepas isu itu telah viral, pasangan berkenaan tampil memberikan penjelasan panjang dalam sebuah video berdurasi 10 minit yang dimuat naik di Facebook.

Loading FB Post...

Katanya, mereka bukan datang ke kedai tersebut semula untuk menuduhnya menyebabkan kunci patah atau menuntut ganti rugi sebaliknya ingin meminta bantuan.

Tambahan, sewaktu memberi penjelasan wanita itu mendakwa pemilik berkenaan mungkin salah faham dan menyangka dirinya dipersalahkan.

Namun, pasangan itu memohon maaf dan menyatakan mereka tidak akan meminta ganti rugi atau pergi ke tribunal.

Terdahulu, seorang wanita mengadu keretanya dicalar individu dipercayai ‘ulat parking’ kerana enggan membayar RM15 caj parkir yang dikenakan.

Kredit: Platfrom X l Facebook/Ohmedia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 17-1-2024 01:17 PM
Ooo..minta bantuan gitu bahasanya.
Quote honey_yayan 17-1-2024 01:31 PM
Oo Dia ni la yg kemain memekik siap tunjuk jari atas mula owner
Quote adizero11 17-1-2024 02:02 PM
Kak, biar muka tak cantik, tapi perangai..........................
Quote lilacomot 17-1-2024 02:13 PM
lorrr dh ckp pun terpekik terlolong siap tunding2 jari bkn menuduh katanya ...kalu haku pun x hingin nk layan org biadap cmni
Quote KamikuP 17-1-2024 02:41 PM
mUKA AKAK NI MCM muka bohsia pencen.. ekekek
Ada ke nak mintak bantuan mcm nak ajak gaduh.. apoooo
Quote kucingitam 17-1-2024 03:08 PM
laki dkk eh...tak heran la bini putar belit gitu..hmm..
Quote zasssssss 17-1-2024 03:13 PM
nk mintak tolong kena cakap baik2 kak...bukan terjerit terlolong gitu..
Quote chinta89 17-1-2024 03:17 PM
mana videonya nk tgk
Quote Dovahkiin 17-1-2024 03:50 PM
Muka huduh, perangai huduh. Duduk dlm hutan je la sorang2.
Quote ChildrenOfBodom 17-1-2024 04:07 PM
penafian semat2. kalau tgk video tu berapa puluh kali dia dok ulang kata mamat botak tu yg patahkan
Quote tungkai 17-1-2024 04:31 PM
Mintak bantuan dengan jerit2...??
Quote miznora 17-1-2024 04:34 PM
Kalau tengok video semalam terpekik telolong celah mana yang kata nak minta tolong. Yang dengar disoal berulang2 kali sapa patahkan kunci. Siapa yang start kete.
Video penjelasan ni malas nak tengok
Quote me12345 17-1-2024 04:37 PM
Edited by me12345 at 17-1-2024 05:39 PM

Serba serbi buruk...bahasa buruk, perangai buruk menjerit2 esp pompuan..kt rumah dh biasa menengking2 laki ke kak...mmg sekufu perangai berdua
Quote vanillaninja 17-1-2024 04:40 PM
Gaduh beria siap record bagai hujung2 claim datang meminta bantuan je. Wtf is this sorcery

Anyway, tak buat proofreading ke before publish article ni? Apa maksud wanita kepada pasangan?

Malah, wanita kepada pasangan itu mendakwa dia sengaja merosakkan kunci keretanya sendiri dan menuduhnya.

Quote hotmak 17-1-2024 04:53 PM
try tgk, bingit, tak tau apa butir ckp terjerit2 je
Quote JunkMail 17-1-2024 05:17 PM
Entah apa hal aku pergi click tengok pulak bideo terpekik terlolong sebab kunci sebatang. Kete kau dah lama kot dik... Harus la semua reput repai...kau dah keluar dari kedai dia, tanggungjawab dia dah habis. Eh kunci besi pun boleh reput eh? Ke Exora pakai kunci lain? Ke aku tak faham? Eh tah lahhh
Quote sukacactus 17-1-2024 05:34 PM
Aku xtgk videonya tp terdengar audio masa laki aku tgk tt kes ni
Bingit sore pompuan mcm ajak bergaduh, br ku tau camtu cara dia 'mintak tlg'
Quote jihyomelly 17-1-2024 05:39 PM
terjerit2 terlolong2..tunjuk2 jari bagai..dari nak tlg terus x jadi tlg..kunci reput ke boleh patah? masih pakai persona dah 10 thn pakai anak ke skolah ke market..xde pulak kunci reput..
Quote lostnfaun 17-1-2024 07:21 PM
Mula² mcm beria benor nak lawan bagai sudahnya minta maaf. Mcm pelik jer couple nie?

Ke si isteri yg bt salah tapi takut kena maki dgn laki.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.072002 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top