Kebanyakan wanita sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan khidmat jurusolek untuk menata rias wajah mereka sebelum menghadiri acara tertentu. Namun seorang makeup artist (MUA) profesional, Julie Mochie dikejutkan dengan permintaan bakal pelanggan yang mahu mendapatkan khidmatnya dengan bayaran hanya RM60.
Tidak melatah dengan permintaan harga yang dianggap tidak masuk akal itu, Julie menerangkan kepada individu terbabit bahawa caj bagi solekan jamuan makan malam adalah sebanyak RM150. Sungguhpun demikian, bakal pelanggan itu tidak berputus ada malah tetap cuba membuat tawar-menawar agar bersetuju dengan permintaannya. "Saya nak yang simple je. Tak suka berat-berat mekapnya. Macam ni ya (tunjuk gambar). "Kalau RM60 dapat tak? Simple je. Saya tak nak pakai lens (kanta lekap) dan bulu mata. Tak suka," rayu bakal pelanggan wanita itu kepada jurusolek.
Bagaimanapun setelah melihat kepada foto yang diberikan wanita itu sebagai rujukan, ia sudah cukup membuatkan Julie terkejut. Jelas sekali, jenis solekan yang dijadikan rujukan itu sebenarnya rumit untuk dihasilkan dan langsung tidak sepadan dengan harga yang diminta. Namun Julie yang menyediakan perkhidmatan solekan di sekitar Johor, Melaka dan Negeri Sembilan menolak secara baik. "Minta maaf ya sis. RM60 tak dapat macam ni. Macam ni tak simple sis," ujarnya membalas mesej pelanggan berkenaan. Perkongsian Julie menarik perhatian netizen sehingga meraih hampir 300,000 jumlah tontonan di TikTok. Menyemak pada ruangan komen, rata-rata warga maya memahami mengapa jurusolek itu menolak tawaran tersebut. "RM60 foundation (bedak asas) pun tak lepas awak. "Saya yang tak pandai bersolek pun tahu beza mana simple dan yang susah. "Pelanggan macam ni memang wujud. Sudah selalu terkena. Yang pandai memang akan tahu menilai mekap dan harga MUA dah tetapkan," demikian antara komen netizen. Tidak terhenti di situ, mStar mendapatkan penjelasan Julie tentang servis dan harga yang dikenakannya. Menurut Julie, harga yang ditetapkan adalah berdasarkan pengalamannya yang sudah berkecimpung selama enam tahun dalam bidang solekan. "Mekap sanding biasanya saya caj RM300 saja. Kalau macam yang bakal pelanggan saya minta tu saya ambil sekitar RM350 hingga RM400. "Kadar harga sebenarnya berdasarkan pengalaman MUA tu juga. Upahlah MUA ikut bajet kita. Kalau ada bajet lebih boleh buat permintaan lebih," ujarnya menitipkan pesanan. Sumber: mStar
|
shida81 replied at 16-1-2024 11:13 AM
Menyampah betul ak ngn org yg nk cantik tp nk byr murah... Pastu nk org puji.. Cantiknya ko.. Mcm ka ...
Decaffeinated replied at 16-1-2024 06:09 PM
Mahalnya RM60
Boleh makan McD 4 x
salimrock replied at 16-1-2024 06:19 PM
errmm mahal kan?
kita jantan kalo ada dinner pakai natural beauty je, cuma kadang2 rasa nak ense ...
salimrock replied at 16-1-2024 06:19 PM
errmm mahal kan?
kita jantan kalo ada dinner pakai natural beauty je, cuma kadang2 rasa nak ense ...
Suchi replied at 16-1-2024 12:40 PM
Lain kali mua buat pakej siap2 laa bitau aja takda pakej rega rm60
Pakej serendah rm150 dan ke atas
...
ADVERTISEMENT