CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bakal Berkahwin Bulan Hadapan, Pengantin Mengaku Salah Rogol Gadis Bawah Umur

15-1-2024 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9079| Komen: 42



Muar: Seorang lelaki yang dijadual melangsungkan perkahwinan bulan depan, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol kenalan bawah umur hingga melahirkan anak, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Haidil Haiqal Abdullah, 20, yang ditemani tunangnya, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan, dia yang bekerja di kebun kelapa sawit didakwa merogol mangsa yang berusia 13 tahun di sebuah rumah di Kluang, dengan kejadian itu berlaku antara Mei hingga November 2022.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa mangsa sudah melahirkan bayi pada Mei iaitu seminggu selepas dia ditahan polis pada 30 April tahun lalu.


Hujahnya, hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas bayi yang dilahirkan mangsa mendapati, ia sepadan dengan tertuduh.

"Dalam kes ini, mangsa masih di bawah umur dan kesalahan ini adalah serius. Pihak pendakwaan memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh," katanya.

Selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan, mahkamah memutuskan untuk tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Mahkamah menetapkan 27 Februari ini untuk fakta kes, hukuman serta laporan sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat memandangkan tertuduh pesalah muda.


Sumber : Harian metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 15-1-2024 03:18 PM
utk tunang heols, salam takziah. mohon fikir blk lah dik psl nak kawen tu.
Quote miracle_forever 15-1-2024 03:55 PM
vaveee tonyok! mereput la dalam penjara. kalau tunang tu nak proceed jugak nikah, mmg bangang.
kesian mangsa rogol & anaknya. muda sgt lagi
Quote afie_m 15-1-2024 03:58 PM
2thn lps maksudnya lelaki ni umur 18thn lah ya...
Quote SalenaGomez 15-1-2024 04:00 PM
BoongaKertas replied at 15-1-2024 03:18 PM
utk tunang heols, salam takziah. mohon fikir blk lah dik psl nak kawen tu.

Stress nya baca berita ni. Kesian baru umur 13 dah ada anak. Now budak tu dah umur 15 tahun la kan.

Btw, rasanya bertunang lepas kes kot. Sbb kes happen 2 tahun dulu
Quote BoongaKertas 15-1-2024 04:02 PM
SalenaGomez replied at 15-1-2024 08:00 AM
Stress nya baca berita ni. Kesian baru umur 13 dah ada anak. Now budak tu dah umur 15 tahun la kan ...

haah kot chuols bertunang lps kes tp sbb ayat news kata tunang okt ni hadir, maka iols bersimpati dan mohon tunang heols fikir leklok psl isu ni.
Quote SalenaGomez 15-1-2024 04:04 PM
BoongaKertas replied at 15-1-2024 04:02 PM
haah kot chuols bertunang lps kes tp sbb ayat news kata tunang okt ni hadir, maka iols bersimpati  ...

Maksud nya tunang mmg tahu dah ada kes dan planning nak kawen next month…tunang pon berani memperjudikan nasib masa depan sendiri. x tau nak komen camne
Quote yururi 15-1-2024 04:05 PM
mesti budak tu tak tutup aurat, sbb tu kena rogol, ujar usetat lowbuy ketum
Quote duri_durians 15-1-2024 04:07 PM
ditemani tunangnya


speechless....
Quote gerbera.memopad 15-1-2024 04:13 PM
So si tunang dan mangsa tu orang yang berlainan kan?

13 tahun ya. Baru setahun tinggalkan sekolah rendah
Quote Decaffeinated 15-1-2024 04:13 PM
Tunang tu mangsa ka?
Quote dua_chzy 15-1-2024 04:17 PM
Ditemani tunangnya gais. Ditemani tunangnya.

Stinki ngok2 pon tadak tunang. Perogol can do better than nate beghok jahane mahkluk hino tu.
Quote Jitu 15-1-2024 04:17 PM
mcm tipikal mat rempit je ni

Quote caprut 15-1-2024 04:18 PM
dua_chzy replied at 15-1-2024 04:17 PM
Ditemani tunangnya gais. Ditemani tunangnya.

Stinki ngok2 pon tadak tunang. Perogol can do better t ...

Tu aku ckp kebanyakan perempuan ni dah tahu perangai hazebadah laki masing2 sebelom kahwin
Quote sufi^_^ 15-1-2024 04:37 PM
Wait, kenapa aku rasa tunang dan mangsa adalah orang yang sama?

Dicaj rogol sebab mangsa bawah umur, padahal suka sama suka?

Btw, nak tengok jugak rupa paras tunang dia yang tasty sangat dengan muka sememeh cam ni. nampak busuk ewwwww.
Quote cik_ingeniare 15-1-2024 04:43 PM
speechless.. tunang pun fikir apa lagi.. kau ingat ni novel melayu? happily ever after punya pengakhiran? mau fikir masak masak.. kesian sungguh dengan budak perempuan tu & baby dia..
Quote AyeL87 15-1-2024 04:49 PM
sufi^_^ replied at 15-1-2024 04:37 PM
Wait, kenapa aku rasa tunang dan mangsa adalah orang yang sama?

Dicaj rogol sebab mangsa bawah umur ...

Quote mamajawie 15-1-2024 04:57 PM
kenapa ye tunang tu bodoh siap temankan okt ni..dah sah2 la dna matching betina ni asalkan berjantan agaknya..bodoh piang
Quote doubleA 15-1-2024 07:05 PM
Tunang pun… nak kata kaya taua hensem sgt pun tak rupa rempit je, nak kata sado jauh sekali, ada pula rekod rogol siap beranak apa la ko pikir ni perempuan?
Quote jazaa100 15-1-2024 09:23 PM
BoongaKertas replied at 15-1-2024 04:02 PM
haah kot chuols bertunang lps kes tp sbb ayat news kata tunang okt ni hadir, maka iols bersimpati  ...

Sedangkn pantai berubah.... Ini kan pula hati orang....
Setiap org melakukn kesilapan, tak baik kita menghukum sebegitu....
Sedangkn nabi ampunkan umat.... Siapa lah kita nk bersangka buruk sesama insane.....

Aku gerenti, ni le ayat yg tuna g dia hapal.... Sbb tu sanggup dtg hari perbicaraan

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.067899 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top