CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

]Bayi 6 Bulan Digigit Hingga Luka Di Rumah Pengasuh, Seorang Lagi Anak Ada Kesan Lempang Di Muka

15-1-2024 09:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4366| Komen: 15

Hari pertama seorang wanita menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh bertukar tragedi apabila bayinya yang berusia enam bulan didakwa digigit anak pengasuh.

Bukan satu, tapi dakwa wanita itu terdapat lebih lapan gigitan pada bayinya sehingga menyebabkan kecederaan.


Kejadian itu dikongsikan ibu mangsa menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad tanpa mendedahkan lokasi rumah pengasuh.

Foto: mStar

“Hari pertama di rumah pengasuh berakhir dengan tragedi yang perit bagi aku dan anak-anak. Baby Luth yang baru enam bulan digigit oleh anak pengasuh.

“Lebih lapan gigitan sehingga terkoyak kulit berdarah di baju,” tulisnya.

Wanita itu mendakwa terdapat kesan lapan gigitan pada badan bayi lelakinya.

Menurut wanita berkenaan, seorang lagi anak lelakinya pula didakwa dilempang sehingga trauma.

“Abang Nuh pula kesan lempang berbirat jari orang dewasa di muka. Sampai sekarang abang Nuh masih trauma hingga demam-demam.


“Dia sendiri saksi nampak adik dia kena gigit.. Doakan Luth dan Nuh cepat sembuh luka, demam dan trauma,” ujarnya tanpa menyatakan umur seorang lagi anaknya.

Di ruangan komen, wanita itu memaklumkan pengasuh memohon maaf dan memberikan wang untuk merawat anak-anaknya.

“Dia minta maaf dan bagi RM50 untuk rawatan serta ubat sapu,” katanya lagi.

Menerusi perkembangan terbaharu, wanita itu memaklumkan laporan polis sudah dibuat susulan kejadian itu.

Selain itu katanya, kedua-dua anaknya juga sudah menerima rawatan.

“Doakan semuanya dipermudah dan anak-anak cepat sembuh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, semakan mendapati laporan polis berhubung kejadian telah dibuat ibu bayi itu pada pukul 5.30 petang, Rabu lalu.

"Laporan dibuat wanita berkenaan mengenai kes anak yang berumur enam bulan mempunyai kesan gigitan di badan disyaki digigit oleh anak pengasuh yang berusia tiga tahun.

"Hasil siasatan, pengasuh merupakan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 20-an dikenal pasti dan akan dirakam percakapan pada Isnin bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Beliau berkata, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum penjara boleh sampai 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 15-1-2024 10:47 AM
aNAK pengasuh 3 tahun yg gigit tu autisma ke? satu lagi yg melempang budak tu tengah meroyan ke baran?
cer reveal muka pengasuh dan anak dia 3 tahun yg perangai cam zionis israel tu.. pastu bagi RM50 utk duit rawatan.. choii apakah ini?
Quote Simunggu 15-1-2024 10:49 AM
sila tangkap pengasuh setan tu..
Quote chinta89 15-1-2024 02:47 PM
dia biarkan je ke anak dia gigit anak asuhan....
Quote Tiggybiru 15-1-2024 03:59 PM
Gigit sampai lebam tu…aduhhh
Quote jue10 15-1-2024 04:05 PM
X kan la ko tgk je anak ko gigit budak tu. Bodoh nye. Kalau anak aku aku gigit balik budak tu.
Quote Firenzza 15-1-2024 04:11 PM
Klau buat report pulis nk amik tindakan cmne? Tangkap anak pengasuh? Jel maknya sbb x tegah anak gigit? Kes2 mcm ni biasanya NFA je la
Quote afie_m 15-1-2024 04:32 PM
ish 8 gigitan, tak kan lah pengasuh tak perasan
Quote shy79 15-1-2024 04:41 PM
jgn tarik kes..biar tinggal spender..
dah tau xdak duit nk cari rezeki tp buat anak org mcm celaka pulak..
ingat maaf boleh hilang sakit & trauma budak2 tu ke
Quote diss69 15-1-2024 04:44 PM
Kesiannya..smpai 8 gigitan xkan laa pengasuh tu xdngr baby menangis...
Quote fcl29 15-1-2024 04:58 PM
gila ke apa.. bukan biasa2 punya gigitan tu.. dah tu yg bs suka2 pulak ye lempang budak tu.. br 1st day dah tunjuk belang..
anak beranak bermasalah ni
Quote Carcosa 16-1-2024 02:24 AM
Anak pengasuh yg menggigit tu umur berapa?? Bapak besar mcm tu! Kau sebat kan anak pengasuh tu pulak, tgk cemana pengasuh tu meroyan. Anak engko kemain buas menggigit. Kena ajar drpd kecik. Kalau masih kecik la! Besar ko punya RM50 tu! YIHHHHHH, kalau aku, lumat pengasuh tu aku pijak2, mcm pijak anggur utk jadikan wine.
Quote kaedahnya 16-1-2024 11:51 PM
cian baby dah la badan kecik je
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:28 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:28 PM

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.064420 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top