CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jijik! Penghuni Muka Cantik Tapi Bilik Macam Tong Sampah

12-1-2024 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12088| Komen: 11



JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah bilik sewa yang dihuni seorang wanita berada dalam keadaan berselerak,  kotor dan dipenuhi sampah, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Berdasarkan video yang dikongsi  pemilik bilik sewa tersebut di platform TikTok, dia berkata, penghuninya  ialah seorang pelajar perempuan yang cantik dan sentiasa berpakaian menarik.

Namun, dia tidak menyangka sikap sebenar penyewa tersebut berbeza dengan penampilannya  setiap hari.

“Penghuninya cantik dan sentiasa kelihatan kemas apabila berada di luar. Namun, di dalam bilik,  pakaian dan barangnya bersepah. Kebetulan pintu tidak dikunci,” kata pemilik tersebut.

Dalam video itu, periuk nasi dilihat di atas lantai dalam keadaan  tidak dibasuh bersama  sisa nasi yang sudah kering.

Turut kelihatan  adalah batu lesung masih basah serta piring dengan sisa lauk yang belum dibuang.


Antara sampah lain seperti bungkusan makanan, plastik serta kesan kotor makanan pada permaidani selain almari pakaian turut berisi sampah.

“Terhidu bau busuk di luar bilik dan keadaan sangat kotor. Tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata,” kata pemilik  itu menerusi komen pada hantaran tersebut.

Video itu menerima pelbagai komen netizen.

“Almari pakaian dijadikan tong sampah,” kata seorang netizen.

“Terus usir sahaja kakak,” kata pengguna media sosial  lain. – AGENSI  



Sumber : Kosmo Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 12-1-2024 10:58 AM
mmg org pengotor ni bukan bole dibuat-buat dah lepas kawen baru jadi rajin sebab aku pernah jumpa perangai pemalas pengotor lepass tu kata dh kawen nti rajinla tidaknya mau..disiplin kena prektis dari awal takde maknanya dah kawen baru nk pandai buat itu ini tu pasla jadi stress sebab tak reti buat keje semua jadi lembab slow terhegeh nk masak satu lauk berjam2 pastu anka nangis baru terhegegh2 tukar lampin buat susu eh kt dapo plak tengah goreng ikan dah hangit tgk2 jam dah pukul 3 ptg tak siap lagi.

moral of the stori aku nk cakap masa bujang orang lalu bilik pun dah bau harum sebab bilik tu sentiasa kemas dan wangi. ni kalu bilik busuk ko kat luar pun dah bau kepam jika dari bujang kau dah prektis disiplin bila kawen atau pun hidup sorg sbgi single parents takde stress sebab semua tu dah biasa mengamalkan disiplin kemas dan teratur. ni kang esok dah kawen espect laki buat semua ok takpe kalu dpt laki rajin ni kalu laki sama2 pemalas alamat berulat dan busukla laki bini.

Quote shernazz 12-1-2024 11:23 AM
Bilik Trisna ke Ni .
Friska tak mungkin sebab dia mana ada rumah sendiri
Quote Supersirap 12-1-2024 11:42 AM
Pentingnya kena ada sifat menjaga kebersihan
Quote wajaman 12-1-2024 03:38 PM
nk gambo penghuninya...
Quote rospinki 12-1-2024 03:51 PM
ooo indon rupanya ni sah bilik piska sebok berporem membongak bilik bersepah @Friska
Quote Jitu 12-1-2024 04:19 PM
cantik ke

klu betul cantik tak jd la nak hencap
Quote dani-rox 12-1-2024 05:06 PM
zaman sekarang, tikus pun reti berkemas dekk

[youtube]jLDPzQ42kws[/youtube]
Quote Kipaskiok 26-1-2024 11:25 PM
mmg mcm ti..yg cantik, elok..keluar bersiap dgn bermake up..kbykn mereka ni pengotor..itu zmn2 muda2 laa..klu duk umh sewa..sewa dgn perempuan beramai2...pernah tu..yg cantik molek ni, rendam periuk nasi tu..smpi periuk nasi tu naik lumut hijau tau..geli nk mati
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:30 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:30 PM

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.054806 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top