Achey Bocey meluahkan rasa kesal apabila ada pihak mempertikaikan hadiah kereta jenama Ford Ranger yang diterima daripada seorang usahawan dikenali sebagai Fariz Azri. Menjawab tuduhan berkenaan, Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, berkata pemberian kereta itu daripada sahabat baiknya yang sudah lama berhajat memberikan hadiah berkenaan.
“Kereta yang saya dapat ni memang kroni sebab ia hadiah pemberian diatas apa yang saya lakukan terhadap Fariz sebelum ini dan dia rasa berbaloi untuk hadiahkan kereta ini buat saya. “Kalau cakap kroni memang ya sebab saya sebahagian daripada pasukan dia dan untuk jadi sebahagian pasukan tu saya lakukan kerja dengan bersungguh-sungguh sebab itu ini hasilnya. “Pada yang bercakap tu hanya mampu bercakap dan komen saja dan selagi awak menidakkan hak rezeki orang jadi dekat situ saja tempat awak, bukan nak merendahkan kalau ada yang terasa minta maaf tapi jangan pertikaikan apa yang saya dapat,” kata Achey.
Sumber: mStar
|
Carcosa replied at 12-1-2024 11:51 PM
Hamboi. Dlm nak defend action kawan dia tu, terus menghina yach Netz.
Lepas tu coverina dgn kata "Bu ...
ADVERTISEMENT