CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Mas Idayu Tak Tahu Cara Cari Bapa, Sudah 6 Tahun Aman Graseka Block Nombor

12-1-2024 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13855| Komen: 46

Description: Anak perempuan Aman Graseka sedia memberi bantuan sekiranya aktor popular era 90-an itu kini benar-benar dalam kesusahan.
Anak perempuan Aman Graseka sedia memberi bantuan sekiranya aktor popular era 90-an itu kini benar-benar dalam kesusahan.

Nur Dayini Asyiqah, 26, bagaimanapun berkata, dia sendiri tidak dapat menghubungi Aman dan nombor telefonnya juga sudah disekat selepas bapanya itu berkahwin semula pada 2018.


Foto: mStar

"Selepas papa berkahwin lain, saya sudah tidak berjumpa dia. Rasanya sudah enam tahun juga kami tidak berhubung. Nombor telefon saya pun sudah disekat dan saya tidak tahu papa di mana.

"Sebagai anak mestilah saya akan bantu sekirnaya dia benar-benar dalam kesusahan tetapi bagaimana saya nak bantu jika tak dapat hubungi dan berjumpa.

"Saya tahu kisah dia hidup susah dan meminta bantuan pun melalui cerita di media," katanya ketika dihubugi mStar pada Khamis.

Tambah Dayini dia juga terkejut mendapat tahu kisah bapanya yang meminta bantuan kewangan daripada rakan-rakan artis seperti yang tular sebelum ini.


Dalam masa sama dia turut meragui kesahihan perkara tersebut kerana beranggapan penghantar mesej berkenaan bukanlah bapanya.

"Saya kenal bapa saya, saya tahu cara dia menghantar mesej. Dia pun lebih suka call berbanding hantar mesej. Saya tidak rasa itu dia. Mungkin pihak lain.

"Apabila mendapat tahu tentang isu ini saya pun terkejut. Setahu saya papa bukanlah seorang yang suka meminta dan dia boleh sahaja mendapat bantuan daripada ahli keluarga sekiranya benar-benar hidup susah," ujarnya.

Sementara itu, ditanya punca nombor panggilan disekat, Dayini juga tidak pasti kenapa ia terjadi sedangkan tiada isu antara mereka sebelum ini.

Dia tidak menolak sekiranya ada pihak lain yang cuba menjadi orang tengah memutuskan hubungan dengan bapanya itu.

"Bukan nak menuduh, tetapi saya rasa mungkin dia (isteri Aman). Sebab selepas bapa kahwin lain kami memang tidak berhubung langsung.

"Selepas bapa kahwin saya ada menerima mesej namun saya tahu itu bukan dia. Tak lama selepas itu terus nombor saya di sekat," ujarnya.

Menurutnya dia hanya mendapat tahu bapanya itu kini tinggal di Kedah namun tidak dapat dipastikan kawasan sebenar.

Untuk rekod Dayini merupakan anak Aman hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi Mas Idayu.

Aman dan Mas Idayu bercerai pada 2007, dan pelakon itu kemudian mendirikan rumah tangga dengan Nurul Amrina pada 2018.

Manakala Mas Idayu pula bertemu jodoh dengan penerbit eksekutif TV3 Muhammad Sufian Che Isa pada 16 September 2022.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annadonna 12-1-2024 09:20 AM
Bodohnya bini aman graseka ni. Bodoh bodoh bodohhh... Memalukan suami sendiri.
Quote chandrahusin 12-1-2024 09:23 AM
Mmg ada pempuan mcm ni
Sebijik mcm yg aku kenal
Insecure smpai menyusahkan semua org
Yg jantan plk menyerah je
Quote IzzahF 12-1-2024 09:27 AM
mmg ada yg mcm ni hati tak tenang, tu nasib mommy senyap2 kan aje. cuba mommy sejenis kejap2 petik nama AG tu sah2 mommy dan anak dituduh kacau rumah tgga dia
Quote pocongkiutss 12-1-2024 09:30 AM
B4b1 pun lg baik dari mak tiri perangai camni
Quote ezacbee 12-1-2024 09:32 AM
Cian dia dapat mak tiri mental.

AG pun mengikut je kata bini.
Quote AKAZ85 12-1-2024 09:37 AM
Tengok muka bini aman ni pon cam stok2 bodoh2.. Lembam je...
Quote azimodin 12-1-2024 09:48 AM
Kesiannya. Masa membesar ok je jumpa bapak walaupon parents bercerai. Datang mak mude terus kena block. Insecure benar mak mude tu.
Quote naina 12-1-2024 09:49 AM
AKAZ85 replied at 12-1-2024 09:37 AM
Tengok muka bini aman ni pon cam stok2 bodoh2.. Lembam je...

Stok orang kampung yang jakun dapat kawan retis..tua dan sendu pun takpolahh. Lagi2 nama ada Syed..keturunan raja..nahh kau
Quote airmineral 12-1-2024 09:57 AM
masalah betul la bila bapa xcari anak
Quote chekacheku 12-1-2024 10:05 AM
Psiko nmpk mak tiri ni..nmpk jelas kt raut wajah tu
Quote Themilo 12-1-2024 10:09 AM
naina replied at 12-1-2024 01:49 AM
Stok orang kampung yang jakun dapat kawan retis..tua dan sendu pun takpolahh. Lagi2 nama ada Syed. ...

Patutnyahh kahwin dengan Aman Palestin, bukan Aman Graseka
Quote EJALTI 12-1-2024 10:25 AM
Lahanat pangai cuba putus hubungan anak & bapa/ibu
Quote lilacomot 12-1-2024 10:52 AM
jahat ek mak tiri gini..nasib ank dh besar..kot kecik abes di dera nye kalu dok skali
Quote asma87 12-1-2024 10:59 AM
Aman geng samsol yusof?? Block nombor bapak n bini. Patutla huru hara hidup engkorang
Quote Diamondmoney 12-1-2024 11:00 AM
Fmly bini aman ni takde nasihat ank pompuan korang yg biol bodo ni ke. Pd aku bini baru aman ni jahat. Kalau baik tak kn dgn ank dia sndiri ko tak kasi berhubung


Ko suka laki ko buat dosa ke
Quote purplelilac 12-1-2024 11:04 AM
Tah2 dh kne mak esah si AG ni.. belah2 sana ulu banat kan?
Quote Oroi8887 12-1-2024 11:21 AM
Bini aman ni ingat laki dia tu dambaan semua wanita ke apa,insecure sangat tu. Bsuk betol hati
Quote dewi_rina 12-1-2024 11:36 AM
Tulah main angkut je pempuan bodoh buat bini, ni mesti jenis sekolah tak habis pempuan ni.. Jenis pegi sekolah kain singkat, datang sekolah pun bawak masalah

Macam jering tu
Quote dewi_rina 12-1-2024 11:38 AM
naina replied at 12-1-2024 01:49 AM
Stok orang kampung yang jakun dapat kawan retis..tua dan sendu pun takpolahh. Lagi2 nama ada Syed. ...

Jenis bangga tunjuk canang satu kampung, laki aku retis keturunan raja pulak tu.. Bangga betul pempuan ulu banat kola ketil ni
Sape dok sana pegilah tengok pempuan ni, dia selalu pegi dobi sambil dok arah laki dgn anak2 dia

1 2 3 , ACTION!

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.085529 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top