CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penganjur Acara Kerap Jumpa Naqiu Sebab Ada Niat Lain, Konsert Boboy Hanya Tinggal Janji

12-1-2024 09:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9662| Komen: 3

Description: Naqiu mendedahkan pernah berdepan dengan seorang pengajur acara yang hanya memberi janji kosong untuk mengadakan konsert kumpulan Boboy.Naqiu atau Wan Naqiudin Mohd Najib, 38, dia mula berjumpa indivi ...
Naqiu mendedahkan pernah berdepan dengan seorang pengajur acara yang hanya memberi janji kosong untuk mengadakan konsert kumpulan Boboy.

Naqiu atau Wan Naqiudin Mohd Najib, 38, dia mula berjumpa individu berkenaan pada penghujung tahun 2021 namun selepas beberapa kali pertemuan konsert yang dijanjikan tetap tidak terlaksana.



Foto: IG

"Rasanya saya hanya jumpa dia dan buat kemunculan percuma. Dah banyak kali berjumpa dan beberapa tarikh dicadangkan, namun semua tidak menjadi.

"Dia sekadar beri janji palsu dan saya rasanya tujuan berjumpa adalah untuk dekat dengan saya. Dia 'pancing' ajak jumpa dan bercakap tentang konsert sekejap sahaja. Selebihnya berbual berkaitan perkara lain.

"Jadi sebab itu saya jadi tawar hati dengan penganjur berkenaan. Kalau dia mahu tawarkan sekali lagi mungkin saya akan tolak," katanya kepada mStar.

Naqiu ditemui ketika majlis bersama media sempena penganjuran majlis After Hours Bersama Hetty Konsert Endang (AHBHKE) yang diadakan di Kuala Lumpur pada Khamis.


Tambah vokalis band Boboy ini, apabila melibatkan persembahan atau konsert bersama kumpulan itu dia cukup teliti dan mahu mengetahu setiap perancangan yang dibuat.

Baginya Boboy adalah sudah punya nama dan kelompok peminat tersendiri yang seharusnya diambil kira oleh setiap penganjur.

"Semestinya saya mahukan sebuah konsert bersama Boboy. Sebab itu jika ada penganjur yang berminat saya akan libatkan diri dalam perancangan. Jika hanya melibatkan persembahan solo saya akan serahkan kepada pengurus.

"Saya bukannya minta bayaran terlalu tinggi atau layanan berlebihan. Cuma penganjur harus tahu kumpulan ini sudah mula sejak tahun 2001 dan tak mungkin saya boleh diterima jika diberikan harga seperti awal kemunculan dahulu.

"Kalau bercakap tentang Boby saya amat teliti. Jangan main-main sebab kumpulan ini sangat bermakna dalam hidup saya," tegasnya.

Sementara itu bercakap tentang acara AHBHKE yang bakal berlangsung pada 24 Februari ini, Naqiu meluahkan rasa teruja apabila dapat berkongsi pentas bersama figura terkenal itu.

Baginya Hetty bukan sahaja menjadi juri sepanjang penglibatan dalam program Gegar Vaganzaa sebelum ini, malah turut dianggap sebagai guru yang banyak memberi bimbingan.

"Sejujurnya komen-komen Hetty banyak membentuk diri saya sekarang ini. Dia bukan sahaja juri malah saya anggap sebagai ibu juga.

"Hetty banyak mengajar dalam setiap persembahan. Kalau sambil berbual pun dia akan sempat berkongsi ilmu. Jadi pastinya saya bangga dapat membuat persembahan bersama," jelasnya.

Acara tersebut bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor dan tiket boleh dibeli secara atas talian di www.tix-box.com.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 12-1-2024 09:28 AM
Dah macam ponen kecut Roslan Shah dah qiuqiu ni... padahal takyah mekap tebal siap eye makeup smokey sgt pun dah okey je.. skrg kerap mekap tebal ye heols
Quote sleepandream 12-1-2024 12:30 PM
baikla suggest dekat astro buat konsert utk finalis mega GV... macam GV1&2 buat dekat istana budaya dolu... 3 malam full house... selection lagu pun lain2 tiap malam...
Quote kaedahnya 12-1-2024 08:42 PM
siapa penganjur konsert nak mengorat dia tu?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.061373 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top