PENYANYI Ismail Izzani terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi sekitar pukul 9 malam Khamis. Pengurus Ismail dikenali sebagai Gizmo bagaimanapun memberitahu penyanyi berusia 24 tahun itu tidak mengalami kecederaan serius. “Ya betul dia terlibat dalam kemalangan. Dia cuma mengalami kecederaan ringan. “Tiada kecederaan yang serius. Dia kemalangan lebih kurang pada 9 malam tadi,” katanya ketika dihubungi mStar. Gizmo memberitahu ketika ini dia masih belum mendapat maklumat penuh punca kemalangan.
“Saya tidak pasti dekat mana berlaku. Hanya tahu dekat Kuala Lunpur sahaja. “Saya pun tidak tahu puncanya sebab apa. Saya masih belum mengetahuinya,” ujarnya lagi. Sebelum ini, Ismail menerusi Instastory miliknya memaparkan beberapa gambar selepas dia mengalami kemalangan. Menerusi gambar tersebut, Ismail dilihat menghadapi kecederaan di bahagian kedua-dua belah tapak tangannya. Sementara itu, keadaan motosikalnya pula dilihat mengalami kerosakan pada bahagian depan dan sisi. Sumber : mStarOnline |
fossil replied at 12-1-2024 09:37 AM
kelakar ingat dulu anju kutuk2 kata mael chek-in hotel dgn gf tapi anju yg bayar hotel tu..order mak ...
ezacbee replied at 12-1-2024 09:40 AM
Ni paling lawak.
Kita tunggu komen mak mael.
belacan_gurl replied at 12-1-2024 09:29 AM
nasib baik kepala x kena divider besi tu...aku pernah tgk kemalangan motor tapi pemandu tu x bernasi ...
Dolmat replied at 12-1-2024 12:51 PM
Syukur just a minor accident.. GWS.
Nasib tak major one coma ICU lungs collapse sebab sesak napas l ...
ADVERTISEMENT