CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri VIP Sedang Hamil Hidap HIV! Suami Kantoi Ada Boyfriend, Balik Rumah Pukul Bini

12-1-2024 08:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9673| Komen: 55



DI sebalik kedatangan seorang wanita ke klinik untuk mendapatkan rawatan, seorang doktor tidak menyangka menerima satu kejutan.

Dr Ahmad Samhan Awang yang merupakan doktor perubatan popular di media sosial berkongsi pengalamannya mengenai seorang pesakit yang dipukul suami.

"Boleh saya tahu kenapa suami puan pukul puan? Dia mabuk. Memang dia kaki botol?

"Dia bukan setakat kaki botol, tapi selalu clubbing. Balik rumah dengan mabuk," tulisnya menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya.



Bercakap kepada mStar, Dr Samhan berkongsi lebih lanjut mengenai pengalamannya ketika berkhidmat di sebuah hospital beberapa tahun lalu, di mana pesakit berusia 30an itu datang ke bahagian kecemasan kerana isu keganasan rumah tangga.


"Dia mengadu dipukul oleh suami, mengalami lebam di seluruh badan dan muka.

"Wanita itu merupakan suri rumah dan hamil anak sulung," katanya sambil menambah pasangan itu sudah mendirikan rumah tangga selama lima tahun.

Menurut Dr Samhan, pesakit itu mendedahkan suaminya yang berusia 35 tahun merupakan orang kenamaan, berjawatan tinggi dan dihormati.

Namun apa yang membuatkan doktor itu lebih terkejut apabila wanita itu memaklumkan bahawa dia menghidap HIV dan mendakwa mendapat jangkitan daripada suaminya.

"HIV? Mana puan tahu? Saya buat ujian HIV masa buat buku pink," kata Dr Samhan mengimbas kembali perbualan mereka berdua dan buku merah jambu yang dimaksudkan adalah buku rekod kesihatan diri ibu hamil dan bayi.

Berasa was-was mengenai pendedahan itu menyebabkan Dr Samhan yang berpengalaman lebih enam tahun dalam bidang perubatan bertanyakan beberapa soalan untuk mendapatkan kepastian daripada wanita berkenaan.

"Maaf saya tanya, puan ada lakukan hubungan seks dengan lelaki lain selain suami? Maaf sekali lagi, puan syak suami ada hubungan sulit dengan perempuan lain?

"Mana ada doktor. Saya suri rumah sepenuh masa. Hidup saya bergantung sepenuhnya pada suami. Suami saya tiada perempuan lain, tapi dia ada boyfriend," ujarnya.

Mengulas lanjut, Dr Samhan memberitahu pesakit itu pernah memeriksa telefon bimbit suaminya dan menjumpai beberapa gambar sulit.

"Saya terjumpa gambar-gambar dia berselimut bersama boyfriend di hotel. Dia bukan jenis lelaki lembut. Badan sasa, sedap mata memandang. Saya pun terkejut, dia ada nafsu pada lelaki!" kata pesakit wanita itu.

Kes begini sebenarnya banyak berlaku dan tak dilaporkan. DR AHMAD SAMHAN AWANG
Pendedahan yang mengejutkan itu ternyata menimbulkan rasa simpati dalam diri Dr Samhan kerana suami pesakit berkenaan bukan sahaja kaki pukul, malah bernafsu songsang.

"Saya amat bersimpati terhadap pesakit dan keluarganya. Kes begini sebenarnya banyak berlaku dan tak dilaporkan.

"Jika isteri didera, ada unit di kecemasan dipanggil OSCC (Pusat Khidmat Krisis Sehenti) untuk kes penderaan rumah tangga. Jangan malu dan takut untuk mengadu.

"Kepada suami, berbaiklah pada isteri dan bertaubatlah dengan Allah," katanya lagi.

Dalam pada itu, Dr Samhan berkata, kadar jangkitan virus HIV melalui penetrasi dubur (anal sex) adalah 18 kali lebih berisiko dibandingkan dengan penetrasi vagina (vaginal sex).

Menurutnya, ini membenarkan fakta bahawa suatu amalan yang berlawanan dengan fitrah, yang dilarang oleh agama, yang dicela oleh Allah SWT pasti mempunyai sebab kenapa ia dihalang.

"Dubur ialah satu kawasan badan yang tinggi kepadatan salur darahnya berbanding vagina (alat kelamin wanita).

"Secara mudah, kita boleh memahami melalui penyakit buasir (hemorrhoid) iaitu pembengkakan salur darah yang berlaku di dubur, tetapi tidak di vagina walhal kedua-dua organ ini berada di bahagian bawah badan.

"Dubur juga mempunyai dinding lebih nipis yang memisahkan kulit dengan salur darah. Penetrasi dubur oleh zakar dalam hubungan homoseksual lebih banyak menghasilkan kecederaan dengan pecahnya salur darah dan memungkinkan virus HIV masuk melalui salur darah," katanya sambil menasihati golongan berkenaan supaya bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.


Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 12-1-2024 04:52 PM
Kalau dah gayah tu tolonglah jangan kawin x kira la walaupun family ko pressure suh kawin. Ni kawin pun buat aniaya bini je. Even ko bi pun ko tembaklah yg jenis slutty bukan jenis naive.
Quote Buritan 12-1-2024 04:56 PM
Sazreena replied at 12-1-2024 04:52 PM
Kalau dah gayah tu tolonglah jangan kawin x kira la walaupun family ko pressure suh kawin. Ni kawin  ...

Selalunya yg jenis naive akan bodo selamanyaa.. yg slut ok je leh survive.. cth terbaik zarina anjuli.. survive sokmo
Quote Sazreena 12-1-2024 05:05 PM
Buritan replied at 12-1-2024 04:56 PM
Selalunya yg jenis naive akan bodo selamanyaa.. yg slut ok je leh survive.. cth terbaik zarina anj ...

Tu la masaklah nyerr..dia naive bodo tak reti mintak cerai..tetap la jugek tembak dalam sampai benih menyubur.
Kalau bijak, the moment laki ko kantoi ha silalah kumpul bukti utk cerai. Ini idok..nak dikesahkan jugak kata-kata acik bawang kawin cerai.
Lebih baik jadi janda drpd hidup merana. Anjue tu kira street smart. X kesahlah walaupun gambar bogel bertebaran di alam maya yg penting ujung-ujung dapat papa sangap leh jadi tai tai.
Quote exclusive_vvip 12-1-2024 05:06 PM
Dr Samhan ni mmg legit Doktor ke? I penah masuk TikTok dia..tapi tgk byk topik seks la, onani la etc..pastu jual produk pulak..bukan apa, skrg kan ramai je yg berani terang2 claim ada gelaran Dr, Datuk, Datuk Seri la..I pun jd sceptical dah..
Quote ifanonline 12-1-2024 05:07 PM
sebab tu kena istihar perang dgn LGBTQ ni...antara faktor penyebab penyebaran HIV/AIDS yg semakin tidak terkawal
Quote Buritan 12-1-2024 05:08 PM
Sazreena replied at 12-1-2024 05:05 PM
Tu la masaklah nyerr..dia naive bodo tak reti mintak cerai..tetap la jugek tembak dalam sampai ben ...

Sbb tuu org slut dia akan berjaya punyalaa.. yg slut nmpk laki jahak.. koreklaa duit havis habisann.. pas tuu tinggal.. letak je spenda koyak atas katil.. hahaha
Quote Sazreena 12-1-2024 05:57 PM
Buritan replied at 12-1-2024 05:08 PM
Sbb tuu org slut dia akan berjaya punyalaa.. yg slut nmpk laki jahak.. koreklaa duit havis habisan ...

Tapi sebelum leh tinggalkan jantan tu tetap lubang kena hentak sampai rabak.
Quote Suchi 12-1-2024 06:01 PM
exclusive_vvip replied at 12-1-2024 05:06 PM
Dr Samhan ni mmg legit Doktor ke? I penah masuk TikTok dia..tapi tgk byk topik seks la, onani la etc ...

Kan.. ke dah tak jd doktor.
Kurang skit ngn doktor yg kuat main TT ni sebenarnya
Nk plak bila ada pomot2 produk.

Hat tak pomot produk ok lagi dan yg masih bertugas kat hospital.
Quote syamzana 12-1-2024 06:02 PM
baru je komen kat thread pm france gay, masuk sini pun gay jugak.
sana sini gay
Quote Buritan 12-1-2024 07:11 PM
Sazreena replied at 12-1-2024 05:57 PM
Tapi sebelum leh tinggalkan jantan tu tetap lubang kena hentak sampai rabak.

Tak tau le.. kalo gay ni.. dia mana nak dgm pompuan.. dia geli tgk pompuankan.. tgk pompuan pun geli.. kalo pompuan bogel lg lee muntah ijo terus kot..
Quote refleCtion 12-1-2024 07:20 PM
exclusive_vvip replied at 12-1-2024 05:06 PM
Dr Samhan ni mmg legit Doktor ke? I penah masuk TikTok dia..tapi tgk byk topik seks la, onani la etc ...

legit... dia junior iols study usm dulu.. tp x habis, fail 3rd@4th year.. gigihnya heols nk jd doctor lps fail tu apply medic kat mesir start balik dr first year dan berjaya habiskan... demi memenuhi hasrat mak heols katanya.. zman study dulu malu2 je x byk cakap x sangka dah besar ni jadi tiktokers.
Quote sharlenetexas 12-1-2024 07:26 PM
suaminya yang berusia 35 tahun merupakan orang kenamaan, berjawatan tinggi dan dihormati.

Quote wikedsaikel 12-1-2024 07:35 PM
Sazreena replied at 12-1-2024 04:52 PM
Kalau dah gayah tu tolonglah jangan kawin x kira la walaupun family ko pressure suh kawin. Ni kawin  ...

Slutty too smart for them. Tau takuttt
Quote wikedsaikel 12-1-2024 07:39 PM
Suchi replied at 12-1-2024 06:01 PM
Kan.. ke dah tak jd doktor.
Kurang skit ngn doktor yg kuat main TT ni sebenarnya
Nk plak bila ada  ...

Hahaha uols boleh geng dengan tiktoker jennyafee yg buat vtt mythbusting doktor yg sell product kat tiktok. Aku tatau la dia mythbust ke dia lebih pada membahan.

Untuk tidak OT, takde undang2 ke utk protect naive wife yg jd victim macam kes ni?
Quote Perwira2022 12-1-2024 07:44 PM
Memang kesian isteri2 yg suaminya mengamalkan seks dubur dengan lelaki lain.

Gambar hiasan
Quote mojarean_X 12-1-2024 07:48 PM
Perwira2022 replied at 12-1-2024 07:44 PM
Memang kesian isteri2 yg suaminya mengamalkan seks dubur dengan lelaki lain.

Gambar hiasan

Mingguan wanita masih ada lg ke?
Quote mojarean_X 12-1-2024 07:49 PM
sharlenetexas replied at 12-1-2024 07:26 PM
suaminya yang berusia 35 tahun merupakan orang kenamaan, berjawatan tinggi dan dihormati.


Mudanya laki. Sape dia? Kenamaan pula tu
Quote sharlenetexas 12-1-2024 07:52 PM
mojarean_X replied at 12-1-2024 07:49 PM
Mudanya laki. Sape dia? Kenamaan pula tu

Adakah pegawai kpd kenamaan?

Quote sharlenetexas 12-1-2024 07:53 PM
Perwira2022 replied at 12-1-2024 07:44 PM
Memang kesian isteri2 yg suaminya mengamalkan seks dubur dengan lelaki lain.

Gambar hiasan

Kadang2 tgk muka kakwan nmpk lebih maskulin.

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.052324 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top