MENJADI lumrah buat pasangan suami isteri, setiap perkahwinan pasti tidak terlepas berdepan pelbagai ujian. Namun jika ia diharungi dengan penuh kesabaran, ujian yang berlaku sepatutnya boleh mematangkan setiap pasangan untuk menempuhi hari-hari akan datang. Terbaharu, seorang lelaki tular di media sosial apabila mendedahkan dia baru sahaja menempuhi ujian yang cukup berat dalam perkahwinannya. Tanpa mendedahkan identiti, lelaki itu mendakwa isterinya menjalinkan hubungan terlarang dengan rakan sekerja sehingga terjebak dalam perbuatan zina. "Aku betul-betul menggeletar sekarang. Aku terjumpa video seks bini aku dengan kawan tempat dia kerja.
"Aku tak tahu nak buat apa sekarang. Marah? Jerit kat dia? Tinggalkan rumah? Bunuh diri? Dakwa isteri nusyuz, satu apa pun dia tak layak dapat... daripada harta, nafkah atau anak-anak. NETIZEN "Tapi kami dah ada anak kecil umur tiga tahun. Aku kusut sangat sekarang," luah pemuda itu menerusi hantaran di laman X pada Selasa. Kisah mengenai lelaki itu turut dikongsi ke laman Facebook sehingga ia menerima ratusan respons daripada netizen. Rata-rata pelayar Facebook memberi nasihat kepada lelaki itu agar tidak menggunakan kekerasan, sebaliknya menyelesaikan kes berkenaan mengikut saluran undang-undang. "Ambil video tu semua, pergi mahkamah syariah, dakwa isteri nusyuz. Satu apa pun dia tak layak dapat... daripada harta, nafkah atau anak-anak. "Cerita betul melibatkan keluarga terdekat aku. Memang kesian. Apa yang boleh buat pun cuma failkan di mahkamah. Boleh lapor pejabat agama. "Kalau ada bukti video, senanglah di mahkamah nanti," pesan beberapa netizen. Namun, ada juga netizen yang menyelar perlakuan isterinya dan meminta lelaki itu agar menayangkan video tersebut kepada ibu dan bapa mentuanya. "Tunjuk video tu kat mak bapa dia. Baru dia tahu perangai anak dia. "Alahai, sampai hati isteri buat macam tu kat suami dia," tulis beberapa netizen lagi. Sumber : mStar |
AkokKocik: Edited by AkokKocik at 11-1-2024 05:54 PM Perkara mcm ni dh slalu berlaku skrg, istri yg disondol...xheran dh ...yg aku heran, mana sorang istri le ...
ADVERTISEMENT