MISTERI kehilangan seorang bintang YouTube Brazil akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemukan ditanam di halaman belakang rumah jirannya. YouTuber Carlos Henrique Medeiros, 26, dilaporkan hilang pada Hari Krismas selepas dia gagal pulang daripada majlis makan malam bersama rakan-rakannya. Keluarga mangsa terus membuat carian sebelum melihat timbunan tanah misteri di halaman belakang rumah jiran mereka. Baju yang dipakai mangsa turut dijumpai di kawasan itu sebelum mereka membuat laporan polis mengenainya. Hasil siasatan, pasangan yang memiliki rumah itu - Renan José, 28, dan Caroline Mello, 24, mendakwa YouTuber itu sebenarnya meninggal dunia ketika mengambil dadah dan melakukan hubungan seks dengan kakak Mello, kata polis. "Mereka mengebumikan YouTuber itu kerana mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan mayatnya.
"Dia mengalami overdose dadah semasa melakukan hubungan seks dengan adik Caroline Mello," kata Ketua Polis Luís Roberto Faria Hellmeister kepada JAM Press. Pasangan itu menyerahkan diri kepada pihak berkuasa di Itapecerica da Serra, di luar São Paulo, pada Ahad. Bedah siasat akan menentukan punca kematian, tetapi polis berkata mereka tidak menemui bukti kesan tikaman, cekik atau tembakan pada badan si mati. "Sekiranya laporan itu menunjukkan kematiannya secara tidak sengaja, pasangan itu akan didakwa menyembunyikan mayat. "Sekiranya terbukti dia dibunuh, lelaki dan wanita itu akan didakwa membunuh," kata Hellmeister. - New York Post. Sumber : mStar |
vanillaninja: Ramai ke subscribers heols. Content apa je yang heols buat? Muda2 dah mati. Tu la, abuse lagi drugs.
ADVERTISEMENT