CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Temui 90 Gambar & 3 Video Lucah Dalam Telefon Bimbit Ebit Lew - Saksi Kelapan

11-1-2024 08:11 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14222| Komen: 25



Saksi kelapan bagi kes kes dakwaan gangguan seksual melibatkan pendakwah bebas, Ebit Lew iaitu Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Yip Chang Ching mendakwa terdapat 90 gambar dan tiga video berunsur lucah ditemui dalam telefon bimbit yang didaftarkan atas nama pendakwah berkenaan.

Memetik laporan Sinar Harian, Chang Ching memaklumkan perkara tersebut ketika Timbalan Pendakwa Raya, Zahidah Zakaria memintanya untuk memberitahu hasil analisi yang dilakukannya terhadap pemacu kilat yang mengandungi fail yang diekstrak daripada telefon bimbit tersebut.

Menurut Chang Ching, telefon bimbit berkenaan telah pun didaftar serta digunakan oleh penama yang menggunakan e-mel [email protected] berserta dua nombor telefon.

Dalam telefon bimbit ini saya telah menemui 90 gambar dan tigo video yang disyaki berunsur seksual seperti gambar menampakkan kemaluan lelaki, buah dada perempuan dan lain-lain.


Tambah Chang Ching, terdapat 17 keping gambar daripada 90 gambar tersebut adalah kemaluan lelaki.

Dalam pada itu, pihak mahkamah meminta Chang Ching menjelas mengenai laporan analisis daripada LGMS terhadap telefon bimbit tersebut berdasarkan carian kata kunci terhadap nombor telefon Ebit dan pengadu.

Walau bagaimanapun, Chang Ching menjelaskan bahawa tiada sebarang mesej atau media seperti dokumen, pautan dan gambar yang dijumpai.

Terdapat dua panggilan keluar yang dijawab selama 136 saat dan 1,346 saat pada tarikh 1 Mei 2021 jam 7.28 pagi dan pada tarikh 20 Mei 2021 jam 7.50 pagi.

Walau bagaimanapun tiada sebarang mesej perbualan yang membawa maksud kemungkinan telah pun dipadam dan tiada ‘backup’ dalam telefon bimbit tersebut.

Oleh itu, data yang dikeluarkan didapati tidak menjumpai sebarang mesej perbualan antara kedua-dua telefon tersebut.

Chang Ching turut memaklumkan bahawa analisis yang dilakukan kemudiannya disimpan ke dalam almari besi sementara menunggu pegawai penyiasat untuk mengambilnya pada 10 Januari 2023.

Sekadar info, Ebit kini berdepan dengan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan sekiranya Ebit didapati bersalah, pendakwah bebas itu bakal berdepan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 11-1-2024 09:42 AM
Obses amik gambar cendawan pink sendiri ke setaddd?? Hahahaha lucu la Bebird Leww ni..
Quote bbasir 11-1-2024 03:54 PM
punnn masih ada yg terpaling back-up...
Quote surfin_net82 11-1-2024 04:43 PM
Simpati kepada Inspector Chang Ching. Mesti berbulan hilang selera makan.
Quote eyansss 11-1-2024 07:10 PM
weih korang…  ni semua fitnah kat yustaz ni!!!!  wakakakakakakakaka…
Quote ladyxez 11-1-2024 07:44 PM
Perempuan indonesia yg tatoo tu kat mana
Quote mojarean_X 11-1-2024 08:16 PM
surfin_net82 replied at 11-1-2024 04:43 PM
Simpati kepada Inspector Chang Ching. Mesti berbulan hilang selera makan.

Inspektor chang ching tu lelaki ke pompuan?
Quote isbritneybich 11-1-2024 08:49 PM
pun masih ada yang bekap ha nak kata superimpose jugak kah
Quote 3chanceno 11-1-2024 09:47 PM
Bila lah kes dewasayu nie nak habis?  
Pasal audited financial report yayasan dah submit ke belum
Quote makadek 11-1-2024 10:10 PM
Ghindu dooh dgn dewasayu.. Lama tk bersayu sana sini kan
Quote makadek 11-1-2024 10:11 PM
Tp bebird dia herlok
Quote gideoncross 11-1-2024 11:57 PM

Tringat plak kat video dia berehem2 smbil bgi kiss kat camera
Quote gideoncross 11-1-2024 11:58 PM
makadek replied at 11-1-2024 10:10 PM
Ghindu dooh dgn dewasayu.. Lama tk bersayu sana sini kan

Klau dulu sntiasa sebak2 dia ni, smbil dduk ats tin biskut Jacob
Quote gideoncross 11-1-2024 11:58 PM
isbritneybich replied at 11-1-2024 08:49 PM
pun masih ada yang bekap ha nak kata superimpose jugak kah

Tukang backup mmg smpai bila2 akan membackup, mcm org gila
Quote gideoncross 11-1-2024 11:59 PM
ladyxez replied at 11-1-2024 07:44 PM
Perempuan indonesia yg tatoo tu kat mana

D katakan dia tu YT-ber juga
Quote dua_chzy 12-1-2024 12:50 AM
Ha kan! Betul la porumer Cari suma teka yang perempuan pun sama naik sama sundal bagi gambar buah dada gitu!
Quote DeLuna85 12-1-2024 07:17 AM
Kat fb masih ramai pemuja ye dia ni
Quote sayurmayur88 12-1-2024 07:48 AM
tak nak komen psl heolls ni, iolls just nak komen, sejauh mana kuat pun iman kita, tuntutan naruni biologi kita tu kuat ye
Quote midori888 12-1-2024 08:29 AM
wonder how dia nie dpt gelaran ustaz...apa education background dia, adakah dia seorang Al Hafiz?
Quote renko 12-1-2024 09:00 AM
bbasir replied at 11-1-2024 03:54 PM
punnn masih ada yg terpaling back-up...

dekat fb siap pencacai tuduh polis cina tu nk kena kan jabit
bangang

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.046610 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top