CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pernah Jadi Sahabat Baik! Zarina Anjoulie Dedah Sikap Sebenar Fathia Latiff, Busuk Hati Punca Putus Kawan

10-1-2024 09:26 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10770| Komen: 30



PERNAH bersahabat baik sebelum ini, pelakon Zarina Anjoulie mendedahkan sikap sebenar Fathia Latiff yang dikenalinya secara peribadi.

Zarina atau lebih mesra disapa Anju, 37, berkata salah satu perangai Fathia yang kurang disenangi adalah sikap suka membanding-bandingkan dan berprasangka buruk.

Malah, sikap busuk hati Fathia menjadi punca tercetus perbalahan sehingga mereka putus kawan.

Fathia (kiri) dan Zarina pernah berkawan baik sebelum ini.


"Dulu saya pernah kawan dan gaduh dengan dia... disebabkan perkara ini. Kalau lihat video itu, anda boleh nampak busuk hati dia, sebab itu saya berhenti berkawan dengannya.


"Bila saya lepak dengannya, dia asyik cakap saya rapat sebab followers dia tinggi. Lima tahun saya melihat dia tiada perubahan," katanya.

Zarina berkongsi perkara itu menerusi satu rakaman video siaran langsung di Instagram pada Selasa.

Tambah Zarina lagi, dia juga pernah menerima nasib yang sama seperti Zahirah MacWilson sebelum ini namun enggan berkongsi kepada umum.

Jelasnya, Fathia masih sama seperti individu yang dikenali lima tahun lalu dan tidak berubah sikap.

Zarina bagaimanapun mengakui terkejut apabila Fathia tiba-tiba menghina Zahirah MacWilson tanpa sebab yang jelas.

"Saya terkejut dia all out kecam Zahirah. Dulu saya nak jelaskan tapi mungkin orang tidak percaya.

"Masa akan tiba sebab orang macam dia tidak boleh nak sorok perangai itu lama-lama," jelasnya.

Sebelum ini, tindakan Fathia melabelkan Zahirah sebagai seorang yang berwajah seperti pembantu rumah atau bibik menjadi bualan netizen.

Pelakon Ariana Rose ini juga mendakwa isteri kepada aktor Aiman Hakim Ridza itu melakukan pembedahan plastik pada bahagian bibir.



Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 10-1-2024 09:29 AM
mOHON tekya check in kat Tanjung Rambutan bole berkawan ngan Yasin..ekekekek
Quote telracs 10-1-2024 09:35 AM
Dialog dalam cerita Tarantula:
"Kalau nak tahu kebaikan seseorang, tanya kawan baiknya. Kalau nak tahu keburukan seseorang, tanya musuhnya."

Ini, orang tak tanya pun, ko dah buka keburukan bekas kawan baik.

What eva laaa...
Quote mamajawie 10-1-2024 09:52 AM
kau pun busuk anjoling
Quote esbok 10-1-2024 09:52 AM
Edited by esbok at 10-1-2024 09:53 AM
Pelakon Ariana Rose ini juga mendakwa isteri kepada aktor Aiman Hakim Ridza itu melakukan pembedahan plastik pada bahagian bibir.

Kerja reputs ni memang bahaya

Setakat aku dengar dari bideo tikitok tu, sebutnya did her lips, reputs translate jadi pembedahan plastik

Kau google je puts, pembedahan plastik tu apa, google juga estetik, pembedahan kosmetik sekali
Ke memang dia sebut pembedahan plastik? Daku tak tengok penuh bideonya
Quote roti_banjir 10-1-2024 10:03 AM
aku tak nampak celah mana Anju bukak keburukan si pathia ting tong nih, lebih kepada si pathia ting tong bukak aib sendiri..... macam anju ckp, hasad dengki dia tebal naunau and dia sgt delusional+narsistik.... so, anju just bgtau, now semua orang nampak perangai sebenar si ting tong nih....

despite mcm tuh, still Anju doakan yang baik2 jer utk si ting tong tuh.... spi kat ting tong, direct terus doakan hidup anju tak berkat, bermasalah and so on.... kat sini ketara yg si ting tong memang ada masalah hati.... siap ungkit pasal anju pi umrah bagai.... ko dah kenapa pompuan wei...

anyway, aku stop minat pompuan ting tong nih since aku nampak sendiri cara dia layan si AH and kengkawan dia..... muka cantik tapi hati buruk, tak guna dik non weii...

Quote doubleA 10-1-2024 10:07 AM
See, memang tekya ni trapped 10 years back di zaman ariana rose. 10 thn pelbagai fasa kehidupan org lalui, dlm kerjaya, peribadi, org lain life moved on sheols je dok trobek kehidupan lalu so takde la pencapaian skg, semua berdasarkan masa lalu.

Paling vangang brag pasal followers ig, sedih hidup ko tekya. Tapi iols pun doakan tekya yg baik2 la semoga sheols berubah
Quote watachiwa 10-1-2024 10:17 AM
roti_banjir replied at 10-1-2024 10:03 AM
aku tak nampak celah mana Anju bukak keburukan si pathia ting tong nih, lebih kepada si pathia ting  ...

setuju. Anju siap cakap jangan kecam bekas bestie dia tu.
Siap dia cakap lagi Tekya tu tu x de kawan n dia rasa takde org sayang dia.
padahal ramai je orang sayang dia kalo dia x hasad dengki tu
Quote jalfa 10-1-2024 10:29 AM
mencapup je keja..
Quote AkokKocik 10-1-2024 10:38 AM
esbok:  Edited by esbok at 10-1-2024  ...


Ha ah kan...bedah plastik lain...bedah kosmetik lain, apolah netizen nih...
Quote girlfridayz 10-1-2024 10:41 AM
roti_banjir: aku tak nampak celah mana Anju bukak keburukan si pathia ting tong nih, lebih kepada si pathia ting tong bukak aib sendiri..... macam anju ckp, hasad  ...


Dia layan AH n kengkawan cemana uols?
Quote girlfridayz 10-1-2024 10:42 AM
telracs replied at 10-1-2024 09:35 AM
Dialog dalam cerita Tarantula:
"Kalau nak tahu kebaikan seseorang, tanya kawan baiknya. Kalau nak ta ...

Kawan baik turned musuh gittew... Tu la paseinya..

Quote Dolmat 10-1-2024 11:02 AM
telracs replied at 10-1-2024 09:35 AM
Dialog dalam cerita Tarantula:
"Kalau nak tahu kebaikan seseorang, tanya kawan baiknya. Kalau nak ta ...


Alahhhh Si Anjulucah pun Sama lah perangai... Berkawan baik pun sebab kerana nak membatu fly highhhh.   

Anjulah jenis kawan, manusia yg paling tak bleh percaya.. her past records is even worst! Lah ni nak konon spokesperson bagai... Influencer bagai..tak fake cakap yg benar bagai.. ya lah tu.. dia pun sama besar nyer fake fukc! Hal umahtangga laki, mertua semua bleh dia kutuk berceriter, hal orang lain sibuk mengutuk berceriter... Hal kawan baik , orang lain dia kutuk berceriter... Contoh baik ke tu????


Mak Pak pun samaaa tak kosa nak layannnn ya kan aje sebab anak! Kalo member mau dah campak dalam longkang! Siang2 dah buang cuci kasi abort!

Yg adore dia pun samaaaaa venggong!

Dua2 sama aje record rosak!





Quote sukanyanyi 10-1-2024 11:23 AM
esbok replied at 10-1-2024 09:52 AM
Kerja reputs ni memang bahaya

Setakat aku dengar dari bideo tikitok tu, sebutnya did her lips, rep ...

dia kata she did her lips...in australia. lebih kurang gitu yg aku ingat, tgk skali je vid tu smlm. n mengikut pemahaman aku, suntik kolagen la kn? xtaula kalo suntik gitu pun dianggap pembedahan kosmetik? tp kalo tuduhan teya tu x betol n bibiaq ZM mmg asli, sheol buleh saman kan?
Quote sharlenetexas 10-1-2024 11:27 AM
Sama je perangai. 2x5, 5xb*bi.


Quote sharlenetexas 10-1-2024 11:28 AM
Tapi ada juga forumer yg seolah2 mengatakan zahira ni tingtong.


Quote sharlenetexas 10-1-2024 11:29 AM
jalfa replied at 10-1-2024 10:29 AM
mencapup je keja..

Pagar rumah dia dah siap ke belum?


Quote VespaSilbe 10-1-2024 11:53 AM
Parah dah ni.. bersambung2.. camna nak dapat suami
Quote justchu 10-1-2024 12:03 PM
Mohon parents FL heret anak tu balik kurung jgn bg keluar
buat malu bethol ada anak sewel mcm ni

dlu igtkan bff nau dgn Anju sampai muka pun dah sama
perangai pun sama sewel
Quote jalfa 10-1-2024 12:26 PM
sharlenetexas replied at 10-1-2024 11:29 AM
Pagar rumah dia dah siap ke belum?

Dah siap le agaknya sampai nak memgabdikan diiri jadi surirumah utk dato janggut sejemput tu

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.092293 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top