CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beribu Ikan Terdampar Di Sebuah Pantai Di Filipina, Petanda Apakah?

10-1-2024 08:49 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7135| Komen: 29




PETALING JAYA – Tular satu klip video di media sosial ketika ini yang menunjukkan ribuan ikan didakwa terdampar berdekatan sebuah pantai di Masiim di wilayah Sarangani, Mindanao, Filipina.

Klip video kejadian tersebut mula ditularkan oleh seorang wanita di Facebook dan dilaporkan kejadian aneh itu berlaku pada 7 Januari lalu.

Berdasarkan gambar dan video yang dimuat naik oleh wanita terbabit, dapat dilihat ribuan ikan yang terdampar itu masih hidup dan melompat-lompat.

Difahamkan penduduk di kawasan tersebut juga dilihat berkumpul di kawasan pantai berkenaan bagi menangkap ikan-ikan dan menganggap kehadiran ikan itu sebagai rezeki tahun baharu.

Rata-rata pengguna media sosial juga menyifatkan kejadian pelik itu kemungkinan permulaan kepada berlakunya sebarang bencana alam seperti mana yang pernah berlaku sebelum ini.

“Kejadian ni sama seperti yang berlaku sebelum bencana tsunami di Jepun awal 2000-an dulu. Jangan seronok sangat, diharapkan tiada apa yang teruk berlaku,” kata Semusa Marco.


“Sama-sama kita berdoa agar bumi kita dihindari bencana besar,” tulis salah seorang pengguna Facebook.

Namun ada juga penduduk sekitar yang khuatir yang kemungkinan kejadian aneh itu merupakan petanda bencana besar bakal berlaku.


Terdahulu, portal berita Sky News telah melaporkan, kejadian sama turut berlaku di tepi sebuah pantai di utara Jepun.

Menurut laporan itu, bangkai-bangkai ikan yang kebanyakkan terdiri daripada spesies ikan sardin dan tenggiri itu ditemui terdampar di Hakodate, sebuah pulau utama di utara Hokkaido.  



Sumber : KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 10-1-2024 09:21 AM
Malaysia pun harus berhati2 jua, kedudukan di luar lingkaran api pasifik pun tak menjamin keselamatan 100%
Quote Cpkay 10-1-2024 10:42 AM
moga dijauhkan dari bencana alam
Quote Simunggu 10-1-2024 10:44 AM
kerajaan tebuk atap akan memerintah...
Quote VespaSilbe 10-1-2024 10:56 AM
Nak tsunami  ke
Quote gigahertz 10-1-2024 03:07 PM
kena tengok aktiviti kerbau dan gajah termasuk burung di kawasan tu.
kalau lari ke bukit atau gunung. paham paham la.
Quote venom1 10-1-2024 03:11 PM
Semoga Malaysia selamat. Aminnn
Quote gigahertz 10-1-2024 03:17 PM



agak agak ada kaitan tak ?
Quote reddots 10-1-2024 03:19 PM
dah kena gempa pun semalam.

A magnitude 6.7 earthquake struck off the coast of the southern Philippines on Tuesday, the US Geological Survey said, but according to local authorities there were no reports of casualties or damage.

The quake struck at a depth of 70 kilometres (43 miles) about 100 kilometres southeast of Sarangani municipality off Mindanao island, the USGS said.

It did not trigger a tsunami alert, according to the US Tsunami Warning System and the Philippine seismological agency.

"By the grace of God it was not that strong in our province," said Chief Master Sergeant Ian Roy Balandan of the Sarangani provincial police office on Mindanao.

Balandan told AFP there had been no reports of casualties or damage to infrastructure or houses.

"It was really mild. People hardly felt it," he said.
Quote I.K.A888990 10-1-2024 03:19 PM
semoga tiada apa2 yg berlaku
Quote Skuau 10-1-2024 03:30 PM
pilak akan beramai ramai msk sabah..dan dapat IC....semoga dipermudahkan.
Quote Kurex 10-1-2024 05:28 PM
Skuau replied at 10-1-2024 03:30 PM
pilak akan beramai ramai msk sabah..dan dapat IC....semoga dipermudahkan.

rata2 parasit pilipina yg masuk sini berlagak walaupun kerja dekat sini sekadar pelayan restoran jah
Quote nw111 10-1-2024 06:00 PM
Tsunami coming???
Quote MarryPottet 10-1-2024 06:21 PM
Edited by MarryPottet at 10-1-2024 06:25 PM

Petanda Allah Maha Baik lagi Maha Pemurah
Menghantar rezeki kepada sesiapa yg dikehendakiNya baik mereka yg beriman mahupun tidak
Quote Suchi 10-1-2024 06:42 PM
Petanda makan nasi lauk ikan hari2 dan anak2 akn cerdas mindanya kerana ikan bagus utk otak.
Quote kakikuDibibirmu 10-1-2024 07:13 PM
Petanda Maha Pencipta
Quote VespaSilbe 10-1-2024 08:20 PM
Edited by VespaSilbe at 10-1-2024 08:21 PM
gigahertz replied at 10-1-2024 03:17 PM
agak agak ada kaitan tak ?


Cam jauh je beb..
Edit balik.. bukan pilipin pun ada volcano nak meletop ke..
Quote anony-mous 10-1-2024 08:36 PM
Bakalan gempa bumi lg a few months? Mcm dkt jepun baru2 ni.
Quote ninja boy 10-1-2024 08:41 PM
Stok sebulan hari2 makan ikan 5 kampung
Quote dua_chzy 10-1-2024 09:06 PM
Ikan selayang fresh tu dek. Dap2.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.048362 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top