CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Petugas Agensi Pengangkutan Berpaut 6 Km Pada Cermin Kereta

10-1-2024 05:11 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6039| Komen: 11



JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang pemandu merempuh anggota agensi pengangkutan jalan sehingga menyebabkan mangsa terpaksa berpaut pada cermin hadapan kereta sejauh 6 kilometer, lapor program berita Liputan6.

Dalam kejadian pada 3 Januari lalu, pemandu berkenaan pada awalnya diarah keluar daripada kenderaannya oleh beberapa petugas agensi pengangkutan di Jakarta.

Pemandu Toyota Avanza itu merakam detik beberapa anggota meminta dia keluar dan mengetuk cermin kenderaannya.

Namun, dia enggan mematuhi arahan mereka, sebaliknya membuat isyarat lucah kepada kakitangan awam tersebut.

Pemandu  kemudian memecut, menyebabkan seorang petugas terpaksa berpaut pada cermin  hadapan kenderaan tersebut.


Rakaman menunjukkan kenderaan itu dipandu laju dan terhuyung-hayang sehingga menyebabkan petugas berkenaan nyaris  terjatuh.

Ketua Badan Pengangkutan DKI Jakarta, Syafrin Liputo berkata, salah seorang petugas agensi pengangkutan cuba menghentikan kenderaan itu, namun gagal.

Menurutnya, kenderaan tersebut juga merempuh sebuah motosikal dan meneruskan perjalanannya sambil dikejar oleh beberapa pemandu lain.

“Akhirnya, orang ramai berjaya menghentikan kenderaan tersebut di Jalan Menteng, manakala petugas berkenaan berjaya diselamatkan,” kata Syafrin.


Pemandu tersebut ditahan dan dibawa ke Balai Polis Setiabudi sebelum kes itu diselesaikan selepas dia memohon maaf. 

Menurut portal berita Mothership, petugas tersebut berpaut pada cermin kenderaan dari Jalan Denpasar Raya ke Jalan Menteng iaitu sejauh 6.2 kilometer. – AGENSI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cassieopeia 10-1-2024 03:04 PM
baiknya kes diselesaikan selepas mohon maaf. kalau kat sini viral satu hal kne dgn nurtizen satu hal silap2 penjara lg
Quote sharlenetexas 10-1-2024 03:06 PM
Mcm dlm movie.


Quote Yoonggi 10-1-2024 03:13 PM
mudahnya selesai kt sana. mana la org nk serik klu mcm tu
Quote I.K.A888990 10-1-2024 04:09 PM
kenapa kenapa kenapa mas
last2 kau minta maaf
ingatkan hero la sangat
apooooooo
Quote SalenaGomez 10-1-2024 04:45 PM
SG ada baca aritu, lelaki tu x nak berhenti sebab kt sana byk org yg menyamar pakainbaju seperti penguatkuasa. Kalau tgk rakaman lelaki tu kena tahan pon, agak meragukan.
Quote antikorok 10-1-2024 05:04 PM
Jahat giler puak2 Priskies ni.
Mohon maaf konon, padahal cuba tengok video tuh, kat akhir2 video tuh siap sengaja swerve stereng kete tu ke kiri ke kanan nak suh abam penguatkuasa tu jatuh dari kete ke atas jalan

Dengan penguatkuasa negara sendirik pun tak hormat, kat tanah ayer ni lagi la besor kepala kan?!
Quote justchu 10-1-2024 05:08 PM
sampai 6km gila punya jauh dia
bole plak dia tak reti2 nak stop
mengadap muka org tu sejauh 6km
Quote dio5774 11-1-2024 10:12 AM
muka cuak siak
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:38 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:39 PM

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.048032 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top