CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perang Palestin-Israel: 10 Anak-Anak Gaza Putus Kaki Setiap Hari, Terpaksa Potong Tanpa Bius

10-1-2024 08:40 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5143| Komen: 6



BANDAR GAZA – Lebih 10 kanak-kanak di Gaza hilang sama ada satu atau kedua-dua kaki mereka pada setiap hari sejak tentera Israel mula menyerang Gaza pada 7 Oktober 2023, kata pertubuhan kebajikan Save the Children seperti laporan saluran berita CNN kelmarin.

Menurut Save the Children, lebih menyayat hati, kebanyakan prosedur pemotongan anggota badan itu terpaksa dilakukan tanpa ubat bius.

Memetik statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pengarah Save the Children, Jason Lee berkata, penderitaan kanak-kanak Gaza dalam konflik tersebut tidak lagi dapat dapat diungkapkan dengan kata-kata.

“Perbuatan membunuh dan mencacatkan kanak-kanak adalah pelanggaran serius hak asasi, manakala pelaku mesti dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Beliau merujuk kepada jurucakap Tabung Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), James Elder yang memberitahu, kira-kira 1,000 kanak-kanak putus satu atau kedua-dua kaki mereka sejak perang di Gaza meletus.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula memaklumkan bahawa kebanyakan pembedahan ke atas kanak-kanak dilakukan tanpa bius disebabkan masalah kekurangan bekalan perubatan dan barangan asas di Semenanjung Gaza.

Menurut Jason, dia sendiri melihat bagaimana doktor dan jururawat sukar mengawal perasaan mereka apabila melihat kanak-kanak dibawa ke hospital dengan luka akibat letupan.

“Melihat kanak-kanak berada dalam kesakitan tidak terperi serta tidak mempunyai peralatan mencukupi dan ubat untuk merawat mereka, adalah pengalaman ngeri yang terpaksa ditempuh oleh pengamal perubatan,” ujarnya.

Tambah Jason, kanak-kanak adalah hampir tujuh kali ganda lebih berisiko untuk mati akibat kecederaan disebabkan letupan berbanding orang dewasa.

Ini kerana mereka kurang daya tahan terhadap kecederaan.

“Tengkorak kanak-kanak masih belum terbentuk dengan sempurna, manakala otot mereka belum matang dan kurang menawarkan perlindungan.

“Justeru, letupan lebih berisiko untuk menghancurkan organ dalaman kanak-kanak meskipun tidak kelihatan di bahagian luar badan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, UNICEF turut memberi amaran ancaman tiga kali ganda ke atas kanak-kanak di Gaza yang bukan sahaja berdepan bahaya konflik, tetapi juga kekurangan nutrisi dan wabak penyakit.

“Kes cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak bawah umur lima tahun meningkat 2,000 peratus berbanding sebelum perang.

“Peningkatan ketara wabak penyakit dalam jangka masa singkat adalah bukti kukuh bahawa keadaan kesihatan kanak-kanak di Semenanjung Gaza merosot dengan pantas,” kata agensi PBB tersebut.

Selain itu, 90 peratus kanak-kanak bawah umur dua tahun di Gaza mengalami kekurangan makanan yang serius, meningkat daripada 80 peratus berbanding angka pada dua minggu sebelumnya.

“Apabila semua faktor ini bergabung, kitaran maut akan wujud,” kata UNICEF. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 10-1-2024 08:55 AM
Zaman yg konon nya manusia dah semakin bertamadun tp masih membenarkan genocide dan colonization. UN patut bubar je.
Quote airmineral 10-1-2024 08:58 AM
kesiannya la weiii
zaman skg ni da layak perang da
perangai pencuri jgn dibiarkan dalam generasi turun temurun
kesian kt yg xbersalah
Quote Cassieopeia 10-1-2024 10:13 AM
PBB ke UN ke apa semua tak boleh pakai. apepun tetapla us n isrohell tu buat sukati deme. sesak dada tgk baby n budak2 kne rawat xde bius semua tu
Quote Yoonggi 10-1-2024 10:49 AM
aku mmg x sanggup tgk  berita psl kejadian kt sana sbb multi-feelings, including and not limited to, suffocated, frustrated, heartbroken, upset, sorrowful and infuriated.
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:39 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:39 PM

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.120636 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top