CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Meremang Dengar Jeritan Dari Kubur

9-1-2024 09:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8153| Komen: 25

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut setelah mendengar satu suara bagaikan jeritan menusia ketika pulang daripada menziarahi kubur ibunya.

Menurut hantaran @najwanaajiah di laman TikTok, suara jeritan yang didengarinya itu bagaikan suara orang meminta tolong.




“Haritu ziarah kubur mak. Masa hendak balik, terdengar bunyi pelik ini. Korang tahu ke bunyi apa?,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Tanah Perkuburan Islam Sungai Merab Luar, Kajang.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai tidak menafikan suara yang dirakam tersebut umpama laungan seorang lelaki meminta tolong.


“Saya dan adik pernah juga kena begini, sebelah kubur arwah mak. Kami sedekahkan bacaan Yasin untuk arwah. Alhamdulillah, selepas itu tidak dengar lagi,” kata Leyna Lynn.

“Rumah saya tepi kubur. Biasanya kalau ada kematian baru, mesti boleh dengar sayup-sayup suara seakan-akan macam ini, kadangkala berlarutan sampai 2 hingga 4 hari,” kata Pok.

“Ini memang suara dari kubur. Saya pernah dengar pukul 3 pagi. Rumah nenek saya sebelah kubur. Kadang-kadang ada dengar suara lelaki minta tolong. Meremang dan insaf mendengarnya,” kata Shashaa.

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Queenmomma 9-1-2024 01:44 PM
Ya Allah.. jelas sungguh yerr.: seram nya!
Quote Herlina 9-1-2024 02:54 PM
Itu pun nak kongsi ke
Nyaris la tak dibuka hijab nampak segala 'benda2' tu...kalau tak mesti setiap pelusuk tempat kat kubur tu dia ambik gambar dan pos. pos gambar batu nesan org..katanya ada budak kecik mencakar2 batu nesan tu, pos gambar pokok sena captionnya ada lembaga itam tgh bersandar kat situ, gambar pokok pulai...captionya ada benda putih bergaayut...bla bla bla
pastu org pun komen la iya...kat kat kawasan kubur kampung aku pun ada pokok sena..seram je bile tgk, bla bla bla
Quote sharlenetexas 9-1-2024 03:02 PM
Scary.


Quote kotakbaju 9-1-2024 03:03 PM
Herlina replied at 9-1-2024 02:54 PM
Itu pun nak kongsi ke
Nyaris la tak dibuka hijab nampak segala 'benda2' tu...kalau tak mesti setiap  ...

Haha.

Tapi kalau yang betul2 boleh 'nampak' ni biasanya leklek je. Sebab dah biasa sangat alaminya. Jadi tak rasa apa yang special.

Tapinya kalau yang macam uols tulis tu, dia baru boleh 'nampak' ni, silap2 tak sempat nak update post segala mala dia nampak, tengok2 dok berkelubung atas katil takut
Quote kotakbaju 9-1-2024 03:05 PM
Iols cuma bimbang yang kawan tu dengar tu boleh jadi betul2 orang dalam kubur tu masih hidup lagi.
Quote Herlina 9-1-2024 03:34 PM
kotakbaju replied at 9-1-2024 03:03 PM
Haha.

Tapi kalau yang betul2 boleh 'nampak' ni biasanya leklek je. Sebab dah biasa sangat alamin ...

Penat sebenarnya bila boleh nampak benda2 ni. Mula2 mmg boleh demam segala, meracau2. Lama2 dah biasa mcm awak tulis la..leklek je jadinya.

Tapi penat...dapat lak benda yang nak berkawan, mengekor je selagi kita ada kat tempat dia. Nak syoh kan...hahaha mendapat lak nanti
Quote johan-adx 9-1-2024 03:36 PM
kotakbaju replied at 9-1-2024 03:05 PM
Iols cuma bimbang yang kawan tu dengar tu boleh jadi betul2 orang dalam kubur tu masih hidup lagi.

dok dlm tanah 7kaki..tutup lg dgn papan..jerit boleh dngr ke agak2
Quote pokokmeranti 9-1-2024 04:16 PM
Minta tolong apa tu? Kn senang klu beritahu apa yg diperlukan.
Quote kotakbaju 9-1-2024 04:33 PM
Herlina replied at 9-1-2024 03:34 PM
Penat sebenarnya bila boleh nampak benda2 ni. Mula2 mmg boleh demam segala, meracau2. Lama2 dah bi ...

Uols boleh nampak eh
Quote kotakbaju 9-1-2024 04:34 PM
johan-adx replied at 9-1-2024 03:36 PM
dok dlm tanah 7kaki..tutup lg dgn papan..jerit boleh dngr ke agak2

Ok. Maafkan saya.

Sekadar menyuarakan pendapat saja tadi.
Quote Antifake 9-1-2024 04:52 PM
Pantang betulla TT vid secoet aje. Dengar last tu pulak suara budak. Haishh. Nak post tapi tak berani
Quote bulanbulat 9-1-2024 08:59 PM
Bunyi mcm burung ja?
Quote Herlina 10-1-2024 08:48 AM

Bukan saya, anak buah yg boleh nampak..pastu menurun ke anak dia umur 3 tahun (bukan jiran si Sting..)
puas berubat, tak maunya. Dia la citer..mmg penat bila nampak benda2 ni.

31/12 ritu masuk gua tempurung lagi banyak...dia buat tak tau je..nak citer ngan sepupu2 ngan bapak sedara yg bawak takut semua cemas pulak. Lagi siksa bila benda tu tau dia boleh nampak...asik la ngekor dia je, nak berkawan... Ya ampoon

Quote Dwdrum 10-1-2024 09:29 AM
Bunyi binatang..... Dekat kubur terus jadi mystery... Ini di hutan jika dengar laughing fox akan ingat hantu... Salamander anak hantu menangis
Quote kotakbaju 10-1-2024 11:42 AM
Herlina replied at 10-1-2024 08:48 AM
Bukan saya, anak buah yg boleh nampak..pastu menurun ke anak dia umur 3 tahun (bukan jiran si Stin ...

Haha sempat lagik uols selit pasal sting tu.

Benda tu memang suka nak berkawan dengan manusia ek. Anak buah uols ada citer tak muka2 makhluk ni macam mana, muka diorang memang mengerikan ke macam mana?
Quote kotakbaju 10-1-2024 11:47 AM
Dwdrum replied at 10-1-2024 09:29 AM
Bunyi binatang..... Dekat kubur terus jadi mystery... Ini di hutan jika dengar laughing fox akan ing ...

Ni pasal takde pengetahuan. Kalau kita tahu tu bunyi sekian sekian, takde timbul la pasal misteri bunyi tambah2 kat kawasan cam kubur tu.

Dulu2 iols penah dengar bunyik cam mengilai dalam hutan. Siang2 pulak tu. Rupanya bunyi lotong. Ingat ponti ke apa.
Quote Dwdrum 10-1-2024 01:06 PM
kotakbaju replied at 9-1-2024 07:47 PM
Ni pasal takde pengetahuan. Kalau kita tahu tu bunyi sekian sekian, takde timbul la pasal misteri  ...

Jika takut and tidak tahu memang boleh jadi takut... Ter utama nya dalam hutan... Bunyi bunyi binatang boleh jadi menakut kan  sebab sudah fikir tentang donia ghoib...
Pernah 1 kali dalam tent tiba tiba hutan jadi silent seperti dalam berada dalam soundproof studio... Ketika itu tidak tahu memang fikir merepek sehingga ada yang explain kata nya if big cats lalu semua binatang ... Juga bugs akan diam... Hutan yang aku masuk ada panther... Maybe panther buat tour di campingside....
Quote Herlina 10-1-2024 02:11 PM
kotakbaju replied at 10-1-2024 11:42 AM
Haha  sempat lagik uols selit pasal sting tu.

Benda tu memang suka nak berkawan dengan manu ...

Dia nak kawan ngan org yg boleh 'nampak' dia je biasanya.
Biasa2 kanak2 yg boleh nmpk ni tapi tak semua la. Tu yg selalu kita dengar citer budak2 berbual ngan 'kawan khayalan'. Padahal kita tak nampak 'kawan dia tu.

Yg anak buah tu...mcm2 dia dah nampak..yg buruk seburuk2 muka atau yg cantik (bunian)
Yg anak dia pulak...budak 3 tahun apa dia tahu..semua nak cakap, nak tanya.
Contoh masa pegi umah sepupu kat kmpg..kena lalu satu umah tinggal ni..tiba dia senyum dan pandang2 tangga umah tinggal tu. Dah cuak dah masa ni. Pastu dia kata cantik la kakak kat tangga tu. Aduh kitorang patah balik la. Cantik ke tak, tak berani weh.
Yang kedua...masa dinner kat Lepak Kampung Talang, KK. dia tanya kat adik bongsu saya apa tu..sambil tunjuk atas atap stall jual bakso. Adooiiii. Padahal org lain tak nampak apa2 pun.

Quote kotakbaju 10-1-2024 04:33 PM
Dwdrum replied at 10-1-2024 01:06 PM
Jika takut and tidak tahu memang boleh jadi takut... Ter utama nya dalam hutan... Bunyi bunyi bina ...

Oo kalau ada spesis big cats ni lalu akan auto jadi silent rupanya. Iols baru tau ni. Thanks share.

Kalau iols la, mau menggeletar pengsan la

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.058518 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top