Pengguna media sosial meluahkan rasa terkejut selepas tularnya foto sekeping MyKad milik seorang wanita Sabah yang diberi nama Baby Girl Binti Ariffin. Menurut pelayar Facebook dikenali sebagai Nina Othman, pemilik nama unik itu merupakan salah seorang peserta yang menyertai program keusahawanan kendaliannya baru-baru ini.
"Hari ini saya berdosa besar. Rasa bersalah sangat. Saya cakap kat peserta-peserta program, cuba guna nama profesional letak di Facebook atau Whatsapp, untuk tujuan pengenalan diri apabila bergelar usahawan nanti. "Saya minta kalau boleh janganlah pakai nama-nama seperti 'Sweet Girl', 'Pinky Comel', 'CuteBear33' sebagai nama anda. Untuk aktiviti ini, pakai nama betul, tapi nama pendek la. Yang penting bukan nama samaran ya. "Sekali masa sesi perkenalkan diri dan bisnes, ada seorang peserta ni dia letak nama dia Baby. Dalam otak dan hati saya dah mula nak naik darah dah," ujarnya memulakan cerita.
Nina kemudiannya terus bertanya kepada wanita itu sebelum dimaklumkan dia memang dilahirkan dengan nama Baby Girl. Nina juga sempat berborak dengan wanita itu selepas kelas selesai sebelum diceritakan tentang asal-usul namanya. "Saya interview Puan Baby selepas kelas. Dia anak perempuan pertama, tapi makcik dia yang bagi nama, bukan mak ayah dia. "Tapi dalam adik-beradik, dia seorang saja nama unik begini dalam lima beradik. Anak-anak makcik dia tu pun nama normal. "Dan Puan Baby ada namakan anak perempuan pertama dia 'Baby' juga. Tapi Baby Nisa," ceritanya. Tambah Nina, dia juga sudah memohon maaf kepada peniaga kuih itu atas salah faham yang berlaku semasa program tersebut. "Sorry Puan Baby Girl, saya betul-betul minta maaf. By the way, dia buat dan jual onde-onde purple gergasi ni," ujar Nina lagi. Hantaran tular di Facebook itu turut dihujani komen netizen yang rata-ratanya kagum dan terhibur dengan keunikan nama wanita berkenaan. "This is Sabah! Dekat belakang rumah saya ada nama 'Hulk Hogan' for real. Ada nama Bahagian Bin Cawangan. Ada nama yang agak kotor untuk disebut namun itulah nama dalam kad pengenalan. "Begitulah yang dihadapi oleh guru-guru sekolah. Cuma kami tak marah, rasa terhibur. "Baby Girl. Tidak akan tua sampai bila-bila. "Awak akan jumpa macam-macam lagi nama unik, selamat datang ke Sabah," tulis beberapa netizen. Sumber: mStar
|
A-Are replied at 9-1-2024 10:16 AM
dulu dekat sekolah i olls ada anak orang asli...unik2 nama dorang antaranya bom bin atom...
KamikuP replied at 9-1-2024 04:26 PM
Cuolls jgn tak tau, org asli ada juga nama Sharifah Aini yaach sbb masa zaman dulu depa nak buat IC ...
ultra78 replied at 10-1-2024 12:06 AM
Adakah nama betul @dua_chzy pelik juga? Baby Chazey?
"This is Sabah! Dekat belakang rumah saya ada nama 'Hulk Hogan' for real. Ada nama Bahagian Bin Cawangan. Ada nama yang agak kotor untuk disebut namun itulah nama dalam kad pengenalan.
dulu dekat sekolah i olls ada anak orang asli...unik2 nama dorang antaranya bom bin atom..
A-Are replied at 9-1-2024 10:16 AM
dulu dekat sekolah i olls ada anak orang asli...unik2 nama dorang antaranya bom bin atom...
seri_mawr replied at 10-1-2024 01:28 PM
adoi..
nak panggil pun riso ni klu aku cikgunya....
ADVERTISEMENT