Sharifah Shahirah tidak berniat mengaibkan Aman Graseka susulan berkongsi mesej pelakon era 90-an itu meminta bantuan kepadanya di Instagram. Shahirah atau Kak Rara, 50, menjelaskan dia bertindak sedemikian memandangkan sudah tidak mampu memberikan bantuan berterusan kepada Aman.
Malah Shahirah, perkongsiannya sebelum ini dibuat selepas mendapat izin daripada Aman sendiri. “Saya ada rasa was-was juga tapi saya tidak kisah, tak rugi pun sebab saya transfer duit tak banyak. “Sebenarnya niat saya bukan mahu mengaibkan sebab ramai tuduh saya begitu. Sebaliknya saya kongsi sebab sudah tak larat nak tolong... dia mendesak. “Sewaktu bercuti di Dubai baru-baru ini pun dia mesej saya berulang kali. Saya faham kalau orang susah dalam keadaan terdesak,” katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Shahirah berkata dia juga ada menghantar mesej kepada Aman untuk mendapatkan kepastian sama ada dia adalah individu sebenar di sebalik WhatsApp yang dihantar.
Jelas Shahirah, Aman tidak menafikan perkara itu dan meminta penyampai radio berkenaan untuk tidak mengambil pusing dengan kata-kata yang dilemparkan orang ramai. "Saya ada mesej bertanyakan kepadanya sama ada dia adalah Aman yang sebenar atau tidak dan dia mengakui dirinya Aman Graseka. "Malah dia meminta saya abaikan laporan berita di mStar yang mengatakan dia dan keluarga berada dalam keadaan baik. "Saya rasa mungkin dia malu kerana siapa yang suka apabila orang kata kita meminta-minta. Kalau saya susah pun, saya malu kerana orang akan hina kita sekiranya kita meminta-minta," ujarnya. Mengulas lanjut tentang perkara itu, Shahirah mendedahkan ramai dalam kalangan rakan artis menghadapi situasi sama apabila menerima pesanan mesej daripada Aman yang ingin meminta bantuan kewangan. "Selepas saya kongsi di media sosial, ramai rakan artis mesej saya memberitahu mereka juga menerima mesej sama. Rupanya perkara ini berlaku sudah dua tahun. "Sebenarnya bukan teman rapat saja, tetapi ramai yang dapat mesej itu tidak mengenali Aman Graseka... Tetapi mereka tetap bagi, cuma apabila terlalu kerap mendapat mesej tersebut mereka rasa seperti ada yang tidak kena," jelasnya. Sementara itu, Shahirah meluahkan keinginan untuk bertemu sendiri dengan Aman bagi melihat keadaan terkininya dan keluarga. Kata Shahirah, dia ingin tahu kenapa Aman bertindak demikian namun mendoakan agar aktor berkenaan diberikan rezeki bergiat aktif semula dalam bidang lakonan. "Kalau boleh saya mahu berjumpa juga dengan Aman walaupun dia tinggal jauh. Nak juga lihat bagaimana keadaan dia dan keluarga. "Saya pun jenis artis yang ambil tahu tentang orang sekeliling. Kalau boleh saya memang ingin melihat keadaan sebenar, kenapa dia sampai terdesak minta bantuan. "Saya doakan yang terbaik juga untuk Aman dan semoga dia dapat kembali aktif dalam industri lakonan," katanya. Sebelum ini, Shahirah ada memuat naik hantaran di Instagram berhubung Aman meminta bantuan bagi memberi anak-anaknya makan. Bagaimanapun, ketika dihubungi mStar, Aman memaklumkan dia dan keluarga berada dalam keadaan baik. Kata Aman, dia masih mempunyai pekerjaan iaitu berniaga ketupat dan lontong selain berita ditularkan mengenainya tidak benar. Sumber: mStar
|
prince_marhaen replied at 9-1-2024 10:18 AM
baguslah rara hebohkan.... dalam pada kesian tu, mana tau mintak situ sikit, sana sikit, sinun sikit ...
dewi_rina replied at 9-1-2024 10:22 AM
Takpe bukak je, kurang2 orang tahu perangai bini kampung kuala ketil pakcik aman tu
izat123 replied at 9-1-2024 10:07 AM
Elok lah dia war war kan macam ni. Ada juga member jenis diam diam rupanya dah minta ramai orang ni. ...
vee_zara replied at 9-1-2024 03:07 AM
Ohhh patut laaa org kgggg kuala ketil rupanya. Patut berangai bifoti
akies replied at 9-1-2024 11:09 AM
Elok la makcik rara ni hebohkan.
Ntah2 asal hujung bulan , dia dpt wasap minta sumbangan duit.
sekal ...
prince_marhaen replied at 9-1-2024 11:51 AM
dengar citer dengan pelakon artis2, crew2, director2 drama heols berlakon pun tetiap bulan meminta ...
Suchi replied at 9-1-2024 12:02 PM
Mcm mana dia dapat semua no tel artis2 termasuk yg tak rapat?
Cth dgn sarimah ibrahim tu mcm bukan ...
Tunakimchi replied at 9-1-2024 12:21 PM
Pelik kalau betul wife yg mintak. Takkanlah aman x tau. Ke dua2 sama je suke dapat sumbangan.
prince_marhaen replied at 9-1-2024 12:15 PM
Maybe DM kat social media kot... tapi meols curious...ntah2 binik bifoti kekwat dia tu yang DM... ...
ADVERTISEMENT