Pelik tapi benar. Begitulah situasi yang berlaku terhadap seorang wanita berusia 73 tahun apabila dia tanpa sedar mengandungkan bayi selama 35 tahun. Pendedahan tersebut dibuat oleh seorang doktor menerusi aplikasi TikTok selepas wanita terbabit dikejarkan ke jabatan kecemasan kerana mengalami sakit perut yang teruk.
Selepas melihat imbasan dan mendiagnosis masalah kesihatan yang dialami wanita dari Algeria itu, doktor terkejut apabila mendapati 'bayi batu' terdapat dalam tiub fallopionya. Mereka kemudian menjalankan kajian perut terhadapnya dan mendapati dia mempunyai 'lithopedion' iaitu keadaan yang sangat jarang berlaku dan merujuk kepada kematian janin semasa kehamilan ektopik perut. "Jika janin yang mati terlalu besar untuk diserap semula oleh badan ibu, ia menjadi bendasing kepada sistem imun ibu. "Janin kemudiannya 'dimumiakan' secara semulajadi dalam badan ibu," katanya.
Sumber: Unilad
|
ADVERTISEMENT