CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Istiadat Perkahwinan Putera Mateen Dan Dayang Anisha Bermula

8-1-2024 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13306| Komen: 16

Bandar Seri Begawan: Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bakal bernikah dengan Dayang Anisha Rosnah Adam, Khamis ini.

Siaran berita RTB Brunei melaporkan, istiadat perkahwinan pasangan diraja itu akan berlangsung selama 10 hari.


Katanya, ia dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada semalam (7 Januari) diikuti Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari.

Foto: Harian Metro

Acara kemuncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja dijadualkan berlangsung di Istana Nurul Iman, pada 14 Januari.

Seterusnya, pasangan itu bakal menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.

Majlis Persantapan Diraja pula akan diadakan pada 15 Januari diikuti Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari.

Untuk rekod, Mateen, 32, ialah anakanda kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.


Selain itu, pengantin wanita pula ialah cucu penasihat khas kepada Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa.

Menurut laporan The National News, Mateen anak ke-10 Sultan Hassanal Bolkiah.

Beliau adalah keenam dalam giliran pewaris takhta, namun dilihat sering mengiringi ayahandanya ketika lawatan rasmi ke luar negara.

Mateen adalah lulusan dalam politik antarabangsa dari King's College London. Ketika ini, beliau adalah juruterbang helikopter untuk Tentera Udara Diraja Brunei, yang berpangkat Mejar.

Selain itu, putera ini juga adalah pemain polo dan mewakili negaranya dalam acara sukan itu pada Sukan Asia Tenggara pada 2017 dan 2019.

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote A-Are 8-1-2024 02:08 PM
cantiknya bila freehair
Quote airmineral 8-1-2024 02:19 PM
cantik sepadan
Quote plywood 8-1-2024 02:28 PM
A-Are replied at 8-1-2024 02:08 PM
cantiknya bila freehair

orang cantik pakai apa pun akan kelihatan cantik.

ada forumer kata hari tu pakai karung pun tetap cantik kalau memang cantik.

Quote A-Are 8-1-2024 02:41 PM
plywood replied at 8-1-2024 02:28 PM
orang cantik pakai apa pun akan kelihatan cantik.

ada forumer kata hari tu pakai karung pun teta ...

yer betul...letak tudung saji ats kepala pon tetaplah cantik
Quote nazzse 8-1-2024 03:17 PM
No. She pakai tudung utk majlis khatam tak cantik. Nampak tua
Quote mejaputih 8-1-2024 03:33 PM
perasan tak mata dia tak sama saiz...
Quote missyL 8-1-2024 06:05 PM
Lah 32 dah mateen.
Rase cm bdk2 lg haha
Ptt la dah nk nikah. Sepadan
Sama2 elok

Kaya pn sama
Quote cmf_premierleag 8-1-2024 06:08 PM
Pandai gak Anisha ni mengaji..tgk dia khatam Quran hari tu...ingatkan muka pan asian bagai x reti mengaji ke
Quote beautifulorchid 9-1-2024 05:35 PM
cmf_premierleag replied at 8-1-2024 06:08 PM
Pandai gak Anisha ni mengaji..tgk dia khatam Quran hari tu...ingatkan muka pan asian bag ...

kalau tak silap kat brunei tu kalau budak islam wajib belajar mengaji.. kalau tak silappp ya.. sesiapa boleh confirmkan tak?
Quote rospinki 9-1-2024 09:43 PM
Twngok pada muka matin ni bakalan pasang 4 - 5 bini jugak mcm bapak dia. Bak kata pepatah mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi
Quote shop_girl 10-1-2024 04:50 PM
Anisha nampak lain..ke sebab dia lagi kurus dari dulu
Quote nw111 10-1-2024 06:18 PM
rospinki replied at 9-1-2024 09:43 PM
Twngok pada muka matin ni bakalan pasang 4 - 5 bini jugak mcm bapak dia. Bak kata pepatah mana tumpa ...

Abang heols yg bakalan jadi king nanti, still bertahan dgn sorang je kan..sarah tu
Quote kakikuDibibirmu 10-1-2024 07:15 PM


Quote rospinki 11-1-2024 11:37 AM
nw111 replied at 10-1-2024 06:18 PM
Abang heols yg bakalan jadi king nanti, still bertahan dgn sorang je kan..sarah tu

Abg heols muka mak bini pertama mateen ni anak dgn bini ke 2 kan? 2nd child of his 2nd wife kalau tak salah. Muka matin dan fizikal semua amik bpk..mmng copy paste skli dgn character soon or later will be forever and ever.
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:44 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:44 PM

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.063261 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top