PENDEDAHAN keuntungan yang diperoleh kerajaan Thailand hasil kunjungan rakyat Malaysia sepanjang tempoh percutian hujung tahun lalu, mengundang pelbagai reaksi warga maya. Antara faktor yang diketengahkan adalah waktu daftar masuk lewat dan keluar awal yang ditetapkan di Malaysia berbanding negara jiran berkenaan. Menyedari perkara tersebut, seorang pelayar Facebook tampil menjelaskan situasi yang berlaku dan punca kebanyakan hotel tempatan menetapkan waktu daftar masuk lewat manakala daftar keluar lebih awal. Malah dia turut meluahkan rasa hairan kerana warga maya seolah-olah tidak memahami kesukaran tugas pekerja pembersihan.
“Kenapa check in pukul 2 petang? Kalau bilik semalam penuh, semua orang check out pukul 12 serentak... housekeeping kena tukar semua cadar, cuci toilet, sapu, mop dan kemas-kemas. “Satu bilik ambil masa dalam 10 hingga 20 minit. Kenapa tak hire ramai pekerja? Susah nak cari pekerja, kalau ada pun sehari dua datang kemudian ghaib sebab housekeeping kerja yang penat. “You all kemas satu rumah pun penat, bayangkan nak kemas berpuluh bilik. Hotel besar punya staf pun seorang kena kemas berbelas bilik ye... jadi hotel kecil-kecil ni rasanya berapa orang je stafnya,” tulisnya di Facebook. Menurut lelaki ini, waktu daftar keluar lebih awal disebabkan pihak pengurusan perlu memberikan masa untuk kerja-kerja pembersihan sekali gus memberi keselesaan kepada tetamu seterusnya. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pandangan yang diberikannya. Bagaimanapun, terdapat segelintir yang masih mempersoalkan kewajaran tindakan berkenaan dan mendedahkan situasi yang dialami. “Masuk check in lambat pun, nanti tengok rambut banyak... cadar pun ada stain. “Kalau macam tu, kira per jam je... apabila kira hari, pelanggan bayar untuk tempoh tu tetapi duduk tak sampai sehari. Masalah staf bukan hal pelanggan. “Cuba dengar luahan pelanggan juga, harga bayar mahal tapi tak berbaloi dan tak enjoy langsung. Lebih baik tumpang masjid atau surau,” ujar beberapa warga maya. Sumber : mStar |
A-Are replied at 8-1-2024 10:19 AM
saperla yg memulakan checkin pkol 3 ni....dulu2 rasa check in pkol 12 boleh je...lepas tu pkol 2 ... ...
BeskotCekelat replied at 8-1-2024 10:37 AM
Last2 Check in pukul 6 petang.
Aku pernah kena sidai check in sampai pukul 4.30, katanya bilik ...
BeskotCekelat replied at 8-1-2024 10:37 AM
Last2 Check in pukul 6 petang.
Aku pernah kena sidai check in sampai pukul 4.30, katanya bilik ...
A-Are replied at 8-1-2024 10:19 AM
saperla yg memulakan checkin pkol 3 ni....dulu2 rasa check in pkol 12 boleh je...lepas tu pkol 2 ... ...
Gianna111 replied at 8-1-2024 10:42 AM
sekarang banyak hotel dh guna check ut pkl 11 pagi...naik darah eh..
A-Are replied at 8-1-2024 10:19 AM
saperla yg memulakan checkin pkol 3 ni....dulu2 rasa check in pkol 12 boleh je...lepas tu pkol 2 ... ...
She-Ra replied at 8-1-2024 11:11 AM
yeeeeeeee.. dr jam 12 ke 2 dan sekarang 3
tp ada je hotel bg checkin awal kalau bilik dh ready
ADVERTISEMENT