CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Perempuan Tingkatan 2 Dan Tingkatan 5 Buang Bayi Bertali Pusat Di Maahad Tahfiz Ditahan Polis!

8-1-2024 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9306| Komen: 31


SEORANG remaja lelaki dan perempuan yang masing-masing berusia 17 dan 14 tahun ditahan polis kerana disyaki membuang bayi di Pusat Pengajian Islam Nur As-Salam, Kampung Bukit, Sungai Nor, Rantau Panjang di Selama, Perak pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Selama Supt Sarudin Samah berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki bahawa dia menemukan seorang bayi perempuan di dalam kotak, yang diletakkan di pusat pengajian Islam itu kira-kira pukul 7.28 pagi Ahad.

Bayi dipercayai baru dilahirkan itu ditemukan dalam keadaan masih bersama uri dan tali pusat yang kemudiannya dibawa ke Hospital Selama oleh pengadu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Hasil siasatan, pihak polis berjaya membuat tangkapan terhadap suspek seorang lelaki berumur 17 tahun yang dipercayai terlibat membuang bayi berkenaan, serta perempuan berumur 14 tahun yang masih dalam rawatan pihak hospital.

“Kedua-duanya merupakan pelajar sekolah. Kes telah selesai dengan tangkapan kedua-dua suspek tersebut,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad malam.



Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 8-1-2024 09:06 AM
bila masa la bebudak ni menyempat nak kongkhek ye dalam pada busy belajar quran tu...
Quote otai_g 8-1-2024 09:08 AM
Ini membuktikan kajian sains lg muda usia perempuan tu lg tinggi kebarangkalian utk hamil.

Pnh dgr cerita kan org yg nak dpt anak x dpt tp org yg x nak anak sng2 je dpt. Cuba buat kajian brp sesaran umur utk 2 kategori ni.
Quote justchu 8-1-2024 09:09 AM
prince_marhaen replied at 8-1-2024 09:06 AM
bila masa la bebudak ni menyempat nak kongkhek ye dalam pada busy belajar quran tu...

benda2 mcm ni tak payah ajar
tau2 dah beranak

cuba suruh belajar jadi pandai
mcm nak suruh pegi mati

biasa yg masuk maahad tahfiz ni
akademik kelaut
Quote manehnya 8-1-2024 09:13 AM
prince_marhaen replied at 8-1-2024 09:06 AM
bila masa la bebudak ni menyempat nak kongkhek ye dalam pada busy belajar quran tu...

mgkin bkn tahfez n tahfezah, mgkin pelajar sek lain letak kt situ

diletakkan di pusat pengajian Islam itu kira-kira pukul 7.28 pagi Ahad.


Quote akies 8-1-2024 09:19 AM
Mungkin ada cctv kt situ. Dn dpt detect no plat kenderaan?
Quote Gianna111 8-1-2024 10:00 AM
justchu replied at 8-1-2024 09:09 AM
benda2 mcm ni tak payah ajar
tau2 dah beranak

dan rehab center untuk mak pak yang tak dapat handle anak-anak.
Quote justchu 8-1-2024 10:01 AM
Gianna111 replied at 8-1-2024 10:00 AM
dan rehab center untuk mak pak yang tak dapat handle anak-anak.

iya, anak degil dan malas belajar campak p sana
mana bohsia2 bohjan2 kumpul situ

dia igt masuk maahad terus bole basuh kepala otak budak2 tu
Quote aHoi83 8-1-2024 10:11 AM
Dlm article tak kata pun mak bapak bayi tu pelajar sekolah tahfiz tu
Quote A-Are 8-1-2024 10:24 AM
otai_g replied at 8-1-2024 09:08 AM
Ini membuktikan kajian sains lg muda usia perempuan tu lg tinggi kebarangkalian utk hamil.

Pnh dgr  ...

ntahla...i olls xrasa faktor usia main peranan sgt sbb keliling i olls yg TTC kebanyakan nya kahwin muda...obviously faktor kesuburan,..rmi je yg 28 above baru kahwin & terus mengandung kalau jenis subur dan xda masalah kecelaruan period...
Quote syamzana 8-1-2024 10:28 AM
elok plak makpak baby ni bekerjasama membuang ye?
Quote rosevelvet 8-1-2024 10:29 AM
prince_marhaen replied at 8-1-2024 09:06 AM
bila masa la bebudak ni menyempat nak kongkhek ye dalam pada busy belajar quran tu...

Masa proses check tajwid mungkin
Quote Gianna111 8-1-2024 10:33 AM
justchu replied at 8-1-2024 10:01 AM
iya, anak degil dan malas belajar campak p sana
mana bohsia2 bohjan2 kumpul situ

terus insaf....terus jadi halim hulamak.ibu bapa yang malas nk didik dan jaga anak-anak cmapak je situ.ibu bapa yang bercerai tak nak jaga anak tak da masa jaga anak campak situ.
Quote Thunderclouds 8-1-2024 11:12 AM
Baca le bebetul.
Celah mana stodent mengongkek tu budak2 tahfiz cheqqq... Tadak tulih dlm tered poonnnnn.
Quote Tinot7 8-1-2024 11:20 AM
Pusat Pengajian Islam Nur As-Salam ni maahad tahfiz ka?
Quote copy_paste 8-1-2024 11:42 AM
ok la diorg tinggalkan kat situ,kalau tinggalkan tempat terpencil lg kesian bayi tu,
itu pasal ada yg tinggalkan tempat yg x spatutnya sbb takut jd mcm ni la kena tangkap
Quote Decaffeinated 8-1-2024 12:57 PM
copy_paste replied at 8-1-2024 11:42 AM
ok la diorg tinggalkan kat situ,kalau tinggalkan tempat terpencil lg kesian bayi tu,
itu pasal ada y ...

silap dia tinggalkan kat maahad tahfiz

Quote A-Are 8-1-2024 01:15 PM
kesian la plak memikirkan budak2 ni sakit beranak sensorang....aduhhh
Quote Kitty_catz 8-1-2024 01:47 PM
tibhhhh citer leona anak beha mcm terwangi dr citer2 gini



Quote copy_paste 8-1-2024 03:57 PM
Decaffeinated replied at 8-1-2024 12:57 PM
silap dia tinggalkan kat maahad tahfiz

kalau dia tinggalkan kat dlm hutan,kat rumah kosong,kawasan jauh dari manusia mesti xkena cekup kan...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.066876 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top