CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Zoo Melaka Binatangnya Nampak Tak Cukup Zat, Tiket Kemain Mahal,”- Pengunjung Kecewa Bayar Tiket RM400

8-1-2024 08:23 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31211| Komen: 36



MELAKA – Pengunjung Zoo Melaka meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa seekor Harimau Putih Bengal dilihat terlalu kurus, malah satu klip video memaparkan keadaan haiwan itu turut tular di media sosial sejak Sabtu lalu.

Klip video berdurasi 0.22 saat itu dikongsikan di platform TikTok oleh pengguna dengan nama Nurul Z yang meminta agar haiwan itu dipulangkan ke habitat asal.

Hantaran itu menerima lebih 500 komen dengan rata-rata mengecam tahap penjagaan terhadap haiwan tersebut dan meminta pihak pengurusan lain termasuk Zoo Negara mengambil tindakan sepatutnya.

Salah seorang pengguna yang meninggalkan komen memberitahu, dia turut membawa keluarganya ke zoo berkenaan dan telah membelanjakan kira-kira RM400 bagi pembelian tiket, namun pulang dengan perasaan sedih apabila melihat keadaan haiwan itu.


“Makin teruk dah dia, saya habis RM400 lebih bawa family masuk tapi malangnya sangat menyedihkan hati anak-anak bila tengok keadaan binatang-binatang kat situ kesepian,” tulisnya.

“Zoo Melaka binatang nya memang nampak tak cukup zat, tiket kemain mahal,”tulis pengguna D.Lin Aamina.

“Aku harap korang panjangkan isu ni terus kepada Zoo Negara, sebab mereka berhak dapatkan haiwan-haiwan terbiar dari mana-mana zoo negeri,” kata None_of_me_1001.



Sumber -KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manjahati 8-1-2024 12:03 AM
Kesian rimau ni… kurus kering dh ni
Quote B40tastePosh 8-1-2024 12:14 AM
Kononnye bagi makan daging terpilih je...tapi kurus macam kurang zat.

Entah² pengurusan zoo ni yang melahap duit beli daging untuk harimau tu.

Harap SPRM siasat.
Quote Tinot7 8-1-2024 07:03 AM
UEL tanak derma daging buah bagai ka mcm dia buat utk zoo negara masa pandemik aritu?

Zoo melaka ni ada adoption programme dak?
Quote shernazz 8-1-2024 07:09 AM
Kesian nya..
Ala..rimau kat hutan pung slim juga cuma otot depa kuat sebab Cari Makan sundiri...
Kat zoo nak Cari Makan mcmana...terkurung je..huhu
Quote manop 8-1-2024 07:46 AM
Tu la rimau..ko tak makan rasuah..kalau tak mesti dah gemuk cam geng politaik Msia!
Quote stingergrumpy 8-1-2024 08:04 AM
Berapa ramai yg pergi sampai having to fork out more than RM400 for entrance fees?

I thought per pax plus nite safari.....with my card.  About RM40 for adult and kids 4-12 yrs old dlm RM30 ? Anak anak team bola keww ramainyer?
Quote justchu 8-1-2024 08:17 AM
ni mmg betul2 kurus
hi metabolic ke ni rimau?
Quote CARI-HBZ 8-1-2024 08:23 AM





MELAKA – Pengunjung Zoo Melaka meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa seekor Harimau Putih Bengal dilihat terlalu kurus, malah satu klip video memaparkan keadaan haiwan itu turut tular di media sosial sejak Sabtu lalu.


Klip video berdurasi 0.22 saat itu dikongsikan di platform TikTok oleh pengguna dengan nama Nurul Z yang meminta agar haiwan itu dipulangkan ke habitat asal.


Hantaran itu menerima lebih 500 komen dengan rata-rata mengecam tahap penjagaan terhadap haiwan tersebut dan meminta pihak pengurusan lain termasuk Zoo Negara mengambil tindakan sepatutnya.


Salah seorang pengguna yang meninggalkan komen memberitahu, dia turut membawa keluarganya ke zoo berkenaan dan telah membelanjakan kira-kira RM400 bagi pembelian tiket, namun pulang dengan perasaan sedih apabila melihat keadaan haiwan itu.


[tiktok]7320924892063386881[/tiktok]



“Makin teruk dah dia, saya habis RM400 lebih bawa family masuk tapi malangnya sangat menyedihkan hati anak-anak bila tengok keadaan binatang-binatang kat situ kesepian,” tulisnya.


“Zoo Melaka binatang nya memang nampak tak cukup zat, tiket kemain mahal,”tulis pengguna D.Lin Aamina.


“Aku harap korang panjangkan isu ni terus kepada Zoo Negara, sebab mereka berhak dapatkan haiwan-haiwan terbiar dari mana-mana zoo negeri,” kata None_of_me_1001.






Sumber -KOSMO! ONLINE
Quote imransulaiman 8-1-2024 08:28 AM
Muzik sangat memainkan peranan.. Sedih pula nampak rimau tu kurus dan lonely...
Quote batmana 8-1-2024 08:31 AM
Dulu pi zoo negara pun cmni..jap kurus jap gemuk
Quote AbukRokok 8-1-2024 08:35 AM
bagi makan staff dulu...
haiwan hanya hamba abdi
nyawa yang takde value
Quote AbukRokok 8-1-2024 08:36 AM
gaji minimum naik kne cut makan haiwan
klu xnaikkan lagi harga tiket sapa nak masuk
Quote meah_kelabu 8-1-2024 09:45 AM
g zoo melaka tgk robot dinosor je la
Quote Zazama 8-1-2024 10:38 AM
Janganlah abaikan pemakanan dia. Kasihan..
Quote kucingitam 8-1-2024 10:48 AM
stingergrumpy replied at 8-1-2024 08:04 AM
Berapa ramai yg pergi sampai having to fork out more than RM400 for entrance fees?

I thought per pa ...

mungkin dgn anak sedara, adik beradik, semua sekali la tu..bukan family dia dgn anak2 dia je..
Quote lilacomot 8-1-2024 11:01 AM
zoo tepen pun sedeh...xbyk hewan dh tp murah la xsemahal zoo melaka
Quote syamzana 8-1-2024 11:04 AM
kesiannya kurus kering rimau...kalau lama sgt dlm zoo camni dah terbiasa diberi makan agaknya reti lagi tak ye cari mkn sendiri?
dulu pernah tgk white bengal tiger kat zoo bogor takde kurus macam ni mmg gagah perkasa nmpk cukup makan.
Quote stingergrumpy 8-1-2024 11:15 AM
kucingitam replied at 8-1-2024 10:48 AM
mungkin dgn anak sedara, adik beradik, semua sekali la tu..bukan family dia dgn anak2 dia je..


Tak baik ler kalo macam itewww kalo betul dah nak ajak anak anak buah... ko cakap macam iteww konon kecewa bayar harga2 sedemikian dihidangkheun dgn rimau tak cukup bitamin dan zat...kecik hati anak anak buah kheunz kalo mereka dengar?

Bagi aku..jika budak budak dapat bonding dgn cousins nyer sambil beriadah dan be happy just dapat being together macam iteww ok ler
.
Kheunz?

Tak pamham ler aku org2 kita ni...m
Quote stingergrumpy 8-1-2024 11:17 AM
syamzana replied at 8-1-2024 11:04 AM
kesiannya kurus kering rimau...kalau lama sgt dlm zoo camni dah terbiasa diberi makan agaknya reti l ...

Ini musti kena paksa posa senin khamis kheunz rimau ni?

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.167030 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top