CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azizulhasni Dapat Hadiah Birthday Paling Bermakna, Kongsi Tarikh Lahir Dengan Anak Keempat

5-1-2024 01:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17187| Komen: 20

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang berkongsi berita gembira mengumumkan isterinya, Athiah Ilyana Abd Samat selamat melahirkan anak keempat mereka pada Jumaat.

Lebih membuatkan Azizulhasni teruja apabila tarikh kelahiran anaknya itu sama dengan hari jadinya iaitu pada tanggal 5 Januari.


Foto: mStar

"Alhamdulillah. Syukur isteri yang tersayang Tya memberikan hadiah hari lahir yang sangat bermakna.

"Hadiah yang tidak disangka ini hadir beberapa minggu awal dan memberi kejutan besar buat kami sekeluarga," tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Jumaat.

Menurut Azizulhasni, dia pada mulanya hanya menemani isteri untuk membuat pemeriksaan berkala seperti biasa.

"Bermula dengan menemani isteri untuk pemeriksaan mingguan dan diikuti dengan doktor memberitahu yang baby sudah tidak sabar untuk keluar.

"Maka berakhirlah kami berdua di bilik bedah hanya beberapa jam selepas itu. Alhamdulillah syukur isteri dan bayi sihat walafiat dan dilindungi oleh Allah SWT," katanya yang kini berada di Melbourne, Australia.

Dalam hantaran sama, Azizulhasni turut menyatakan penghargaan kepada isterinya atas pengorbanan dan berjuang untuk melahirkan anak mereka.

"Sekarang saya adalah ayah kepada empat orang anak. Semoga Allah memberikan balasan syurga kepada isteri yang banyak berkorban. Saya sayangkan awak sangat sayang," tulisnya lagi.

Setakat ini masih tiada lagi pendedahan mengenai nama, wajah dan jantina bayi yang dibuat oleh Azizulhasni.

Hantaran ini turut mendapat perhatian beberapa atlet negara lain serta netizen yang mengucapkan tahniah atas kelahiran tersebut.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompro 5-1-2024 03:14 PM
Tahniah hensem
Quote Cassieopeia 5-1-2024 03:21 PM
eh mcm br je baca dia dpt baby.. rapatla baby kali ni. tahniah utk baby baru. hebat isteri dia..
Quote supernaturalee 5-1-2024 03:39 PM

jijo ke

mmg ensem pun

4 you

kaki kayuh kn
nk buat caner


Quote edayildiz 5-1-2024 03:41 PM
dia hnsem jgk ngn ank 4 tu
Quote prince_marhaen 5-1-2024 06:47 PM
tok jijul ni mmg hemsem betul depan2...badan solid molid kecik molek je..
stamina power ni... tahniah tokkk!!
Quote Decaffeinated 5-1-2024 06:55 PM
masih tiada lagi pendedahan mengenai nama, wajah dan jantina bayi yang dibuat oleh Azizulhasni

ada cara lain kan nak tulis ayat ni. Kesian cikgu bahasa ko dek.
Quote Decaffeinated 5-1-2024 06:57 PM
Lupa nak tanya memang dah plan tempat lahir dalam surat beranak 'Melbourne, Australia' ka?
Quote nazzse 6-1-2024 10:27 AM
Decaffeinated: Lupa nak tanya memang dah plan ...


Bukan dah pindah balik Malaysia ke? Ada isu kan dgn KBS taknak continue dah latihan dekat sana
Quote Decaffeinated 6-1-2024 06:23 PM
nazzse replied at 6-1-2024 10:27 AM
Bukan dah pindah balik Malaysia ke? Ada isu kan dgn KBS taknak continue dah latihan dekat sana

based on ayat ini

"Maka berakhirlah kami berdua di bilik bedah hanya beberapa jam selepas itu. Alhamdulillah syukur isteri dan bayi sihat walafiat dan dilindungi oleh Allah SWT," katanya yang kini berada di Melbourne, Australia.


Quote shida81 6-1-2024 10:28 PM
Branak ramai boleh bang.. Make sure blh tanggung jgn nnti kang masuk  paper masuk cari forum....
Quote newyork 6-1-2024 10:32 PM
Ah takpe beranak ramai pun dia ni balik malaysia nnt kalau tak kayuh gerek dah ada universiti sukan nak amik jd lecturerkan..
Quote dagusengett 7-1-2024 12:17 AM
shida81 replied at 6-1-2024 10:28 PM
Branak ramai boleh bang.. Make sure blh tanggung jgn nnti kang masuk  paper masuk cari forum....

Family bini kaya okay tu
Quote dagusengett 7-1-2024 12:18 AM
Apasal taknak announce  boy ke girl
Baby dah lahir pun kan Lol
Quote MissYouSayang 7-1-2024 12:59 AM
X sangke gayah ngetaste body cm jijo tu
Quote mejaputih 7-1-2024 09:27 AM
shida81 replied at 6-1-2024 10:28 PM
Branak ramai boleh bang.. Make sure blh tanggung jgn nnti kang masuk  paper masuk cari forum....

Dia dh terjamin masa depan, insyaAllah..kalau pencen dpt jd jurulatih pula di malaysia. Pastu tak silap dia dpt tajaan dari nike dibyr USD30 juta setahun spjg hayat x silap iols. Tatau kot iols salah baca.
Quote shida81 7-1-2024 11:13 AM
dagusengett replied at 7-1-2024 12:17 AM
Family bini kaya okay tu

Bini kaya pun klu laki sok x de Job susah gak.. Mcm yg dulu main bola tu yg kawen ngn ank arwah politician port klang
Quote shida81 7-1-2024 11:14 AM
mejaputih replied at 7-1-2024 09:27 AM
Dia dh terjamin masa depan, insyaAllah..kalau pencen dpt jd jurulatih pula di malaysia. Pastu tak  ...

Klu betul x per... Byk dha dgr kisah atlit2 yg x de Job hidup susah


Quote A-Are 8-1-2024 10:28 AM
shida81 replied at 7-1-2024 11:14 AM
Klu betul x per... Byk dha dgr kisah atlit2 yg x de Job hidup susah

memang banyak atlit xda job, tp obviously bkn top atlit mcm dia dgn lee chong wei...ni smeua tlet yg byk sponsor dan byk pingat world championship...melainkan he olls join MLM or business xmenjadi logikla xda duit...kalau maintain mcm biasa ckop rasanya menjelang 50tahun lg pon...
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:51 PM

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.059748 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top