CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hamdan Senario Meninggal Dunia

5-1-2024 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22163| Komen: 90

Description: Hamdan Senario atau Ahmad Hamdan Mohamed Ramli dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, kira-kira pukul 12.50 tengah hari, JumaatBerita sedih pemergian pelawak berusia 54 t ...
Hamdan Senario atau Ahmad Hamdan Mohamed Ramli dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, kira-kira pukul 12.50 tengah hari, Jumaat

Berita sedih pemergian pelawak berusia 54 tahun itu disahkan oleh ahli kumpulan Senario iaitu Azlee.



Foto: mStar

"Hamdan sudah meninggal dunia. Dia baru sahaja meniggal dunia pada 12.50 tengah hari tadi," katanya ketika dihubungi mStar.

Kata Azlee lagi, keadaan jantung Hamdan terlalu lemah sejak ditidurkan beberapa hari lalu dan hanya bergantung alat bantuan pernafasan.

"Dia tidak sedarkan diri, ditidurkan. Jantung tidak boleh sokong dengan bantuan pernafasan. Jantung lemah 30 peratus," ujarnya.

Dalam pada itu, Azlee memaklumkan jenazah Hamdan akan dibawa ke Ipoh, Perak pada pukul 3 petang untuk dikebumikan.

"Jenazah hantar terus pegi Ipoh. Kebumi disana di kampung halaman," ujarnya.


Pada Isnin lalu, Hamdan terpaksa ditidurkan selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah.

Anak bongsunya iaitu Nur Natasya Umairah, 20, berkata bapanya dibawa ke hospital kerana mengalami cirit-birit.

Hamdan berada di Johor Bahru, Johor bersama anggota Senario lain untuk menjayakan acara Wonderful Night with Senariounion sempena ambang tahun baharu 2024.

Akibat masalah kesihatan menimpa menyebabkan acara berkenaan diteruskan tanpa Hamdan.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 5-1-2024 01:41 PM
Takziah utk family
Quote cap_ayam 5-1-2024 01:47 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat keluarga.
Quote lilacomot 5-1-2024 01:58 PM
Innalillahi wa inna ilahi rojiun. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Quote shailyvelera 5-1-2024 02:05 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun, salam takziah
Quote nuralisa 5-1-2024 02:10 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah
Quote winky1 5-1-2024 02:13 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Takziah kepada kaum keluarga dan sahabat handai.
Quote fatimahmarkonah 5-1-2024 02:14 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Quote Kancilkering 5-1-2024 02:14 PM
kejap je dia sakit…innalillah
Quote penjarasgbuloh 5-1-2024 02:22 PM
Takziah kepada ahli keluarga
Quote mamapea 5-1-2024 02:23 PM
Salam takziah buat ahli keluarga
Quote 3chanceno 5-1-2024 02:26 PM
Innallillah...takziah buat famili.
Quote cik_ingeniare 5-1-2024 02:36 PM
salam takziah buat seluruh ahli keluarga
Quote beatgirlX 5-1-2024 02:37 PM
Salam takziah
Quote Cassieopeia 5-1-2024 02:39 PM
innalillahiwainnailaihirojiun.. baru pg td hot fm call yasin tanya perkembangan
Quote deebiz14 5-1-2024 02:40 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun. Semoga Allah mengampuni segala dosanya dalam keadaan husnul khotimah dan memberikan Jannatul Firdausi. Amin. Salam takziah buat keluarga.
Quote afie_m 5-1-2024 02:43 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat keluarga.
Quote I.K.A888990 5-1-2024 02:45 PM
salam takziah buat keluarga
Quote August 5-1-2024 02:45 PM
Innalillah. Al fatihah
Quote annabellaruz2 5-1-2024 02:46 PM
Innalillahi wa inna ilahi rojiun.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.
Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Aamiin...

Salam takziah buat ahli keluarga dan rakan2 allahyarham...

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.049347 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top