CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hantar Anak Ke Pasti Naik Honda, Tapi Yuran Tak Bayar

5-1-2024 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14579| Komen: 25

PETALING JAYA – Ada sesetengah ibu bapa dan penjaga mengambil remeh isu yuran pengajian anak mereka di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) sehingga menjejaskan pengurusan premis itu.

Mendedahkan perkara itu, seorang individu dikenali sebagai Mukminin Taslam berkata, sebuah Pasti di kawasannya terpaksa menanggung hutang sebanyak RM15,000 gara-gara ada ibu bapa yang tidak melunaskan bayaran yuran.



Foto: Kosmo

“Pasti tempat saya, ibu bapa tak bayar yuran. Tunggakan sampai RM15k (RM15,000). Saya sebagai bapa anak Pasti kesian pada mualim dan mualimah,” tulisnya.

Pendedahan individu itu dibuat menerusi satu hantaran di laman Facebook cikgu Mohd. Fadli Salleh semalam.

Sementara itu, Mohd. Fadli mengakui rata-rata Pasti mempunyai masalah tunggakan dan pendedahan sebelum ini menunjukkan ibu bapa yang tidak menjelaskan yuran itu bukan dari golongan miskin, tapi agak berada.




“Kemain hantar anak ke sekolah naik Honda, rupanya yuran anak-anak tak bayar. ‘Naya’ kat pengurusan nak bayar sewa, utiliti dan elaun guru-guru semua.

“Kalau kat tadika swasta, sebulan tak bayar pun dah kecoh pihak tadika minta. Bahkan anak disekat dah ke tadika selagi yuran tertunggak belum dilangsaikan. Silap-silap sampai surat saman terus.

“Ni mentang-mentang pengurusan Pasti berlembut, ada yang ambil kesempatan pula,” katanya.

Justeru Mohd. Fadli menyeru agar mereka yang menghantar anak ke Pasti menjelaskan hutang tersebut supaya ilmu yang diajar kepada anak mereka berkat.

“Kawan-kawan. Hantar anak ke Pasti agar mereka dapat asas agama kuat sejak kecil. Tapi bila tak bayar hutang ni, berkat ke ilmu anak kita? Fikir-fikirkan dan bayarlah tunggakan yuran,” tegasnya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 5-1-2024 01:20 PM
Macam mana rakyat nak membiak? Rezeki anak anak takde
Quote Skuau 5-1-2024 01:23 PM
sb tu pakai honda...duit yuran tu dia pakai bayor honda....
Quote Thunderclouds 5-1-2024 01:34 PM
Biar pape asei bgaye gittewww..
Komen lebih² kang ada yg semtap
Quote syamzana 5-1-2024 01:35 PM
knp sampai berbelas K baru nak merempan??
sendiri cari penyakit. cukup 3bulan tak bayar terminate terus.
yuran dah murah pun taknak bayar jugak
Quote green~tea 5-1-2024 01:39 PM
Tak sangka golongan mengaku orka pun liat bayar yuran....

Semoga hidup kau makin sangkak sbb menyusahkan orang lain..
Quote vespa_oren 5-1-2024 01:55 PM
nasiblah aku hantar naik motor jer
tapi tempat aku PASTI memg family berkemampuan
setakat birthday parti kfc, mcd tu perkara biasa, anak bekalan pun guna tupperware
bila hntr anak aku ke prasekolah, balik rumah anak aku ambil botol coke tu, dia ckp nk letak air masak bwa gie sekolah
Quote naina 5-1-2024 05:14 PM
Woo bayarlah wei. Kesianla pengurusan sekolah
Mentang2 la tadika agama..so ingat dorang boleh bertolak ansur kira kebajikan ke apa..
Quote akies 5-1-2024 05:30 PM
Kenapa tak minta dari parents tu yuran dari semasa ke semasa?
Kalau tk bayar, anak dilarang masuk ke premis tadika.
Mcm tadika swasta buat
Quote acikhan 5-1-2024 05:44 PM
jgn kan pasti tadika kemas ank haku yuran bulanan rm25 pun Ade yg 2@3 bulan x bayo2 lg... masuk je pintu Pagar tadika isi nama ank2 cikgu da tulis sape2 ank2 yg x bayo lg... aigooo.. tgk keta haaa kemain kaw
Quote sukacactus 5-1-2024 06:19 PM
Bajet dah ke honda
Ujung2 kering kontang
Quote Decaffeinated 5-1-2024 07:58 PM
Siapalah yang mula2 kaitkan honda dengan status berduit ni. Kan makin ramai yang tak berapa mampu pun gigih nak pakai honda biar nampak berduit. Jangan lepas ni owner yang legit berduit pun akan dipandang serong.
Quote isseliparjepun 5-1-2024 09:14 PM
Err dah 15k kot. Sebelum ni masa parents2 masih berhutang bawak 2k patutnya dah kena tegas. Mesti bukan sorang dua punya hutang ni, tu jadi tertangguh. Sampainya hati tak nak bayar. Cadangnya PASTI Azzahra ni minta ibu bapa letak deposit je lah. Then boleh la start bertegas, mak ayah tak bayar lebih 2 bulan, kunci gate jangan bagi anak diorang masuk.
Quote bebulu 5-1-2024 09:26 PM
Tebal betul kulit muka yang culas bayar tu. Hari2 hantar anak pergi mengaji, dijaga guru yang mengajar tak rasa bersalah ke guna khidmat orang secara percuma.
Quote Mary_jane 7-1-2024 01:14 PM
Masuk pasti yuran berapa? Mahal sangat ke sampai tak mampu bayar.
Quote She-Ra 7-1-2024 02:48 PM
Thunderclouds replied at 5-1-2024 01:34 PM
Biar pape asei bgaye gittewww..
Komen lebih² kang ada yg semtap

ramai yg begini
sanggup buat loan demi nak beli kereta berjemana mampu tarik perhatian aweks/pakwes
cuba tgk khairul aming tuu, lek  je pakai bezza.. duit kepuk kepuk..
bkn dia tak mampu nk beli yg lebih wow tp dia beringat.. menyimpan utk hari tua kekdahnya
Quote Perwira2022 7-1-2024 03:02 PM
B40 berhonda memang macam tu la... Hidup nak nampak bergaya walau atas penderitaan orang lain
Quote adm7 7-1-2024 03:13 PM
Itu biasa.
Untuk benda-benda bodoh dan tak berfaedah tu ada je duit tapi utk benda wajib dan keperluan boleh memekik-mekik salahkan kerajaan. Cuma skrg ni kurang sikitla sebab macai bodoh pakatan/walanon dah confuse nak hasut maki bn ke nak hasut maki pakatan
Quote adm7 7-1-2024 03:15 PM
Ok la kang ada pulak macai pakatan ckp org pas je hantar ke PASTI
Quote Suchi 7-1-2024 05:53 PM
Mary_jane replied at 7-1-2024 01:14 PM
Masuk pasti yuran berapa? Mahal sangat ke sampai tak mampu bayar.

Ikut tempat katanya rasanya la ni dah cecah seratus lebih kot sblm ni mcm rm50-80 camtu.

PAS ni ada buat sek rendah gak SRTI kot nama sek tu, hat tu bulanan dekat 500.
Taktaula kalau tu kira murah ke mahal maklumla iols anto anak sek keb je sbb sek keb dekat je ngn umah.
Sek swasta bagai jauh kena kuar dr kwsn taman dah tu kebanyakkan sek swasta ni duk kat shop lot so iols tak minat nk nganto sek yg takda padang sekolah bagai ni.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.057871 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top