Individu yang berani mengambil risiko dalam berfesyen atau penampilan sememangnya wajar mendapat pujian. Terbaharu, tindakan seorang pemuda yang melakukan transformasi warna rambutnya turut menjadi perhatian netizen di aplikasi TikTok.
Menerusi video yang dikongsi, pemuda itu dilihat berada di sebuah salun rambut sebelum dia menyuarakan hasratnya untuk mendapatkan rambut berwarna blonde. "Saya nak buat warna blonde. Nak warna ni, boleh ke? Saya nak buat rambut dengan kening sekali. Boleh?" ujar pemuda itu sambil menunjukkan gambar contoh kepada seorang penggaya rambut. Video berdurasi lebih seminit itu memaparkan proses mewarnakan rambut pemuda berkenaan, malah bahagian bulu keningnya turut disapu dengan bahan pewarna. Pada penghujung video, penggaya rambut itu akhirnya mendedahkan hasil transformasi yang dibuat ke atas pemuda berkenaan.
"Light blonde hair colour. Tapi kali ni kita punya model bukan biasa-biasa geng. Dia punya kening pun tukar warna sekali. Ada lawan ke?" tulis pengendali akaun TikTok salun itu. Video itu sehingga kini menerima lebih setengah juta tontonan selepas ia tular dalam kalangan warga TikTok. Namun apabila menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat menyindir penampilan terbaharu pemuda itu yang dianggap tidak bersesuaian. Lebih melucukan, beberapa netizen turut menyamakan warna rambut pemuda itu seperti watak fiksyen monyet Wukong dari negara China. "Mula-mula baca komen, apa yang Wukong? Sekali end result, eh ye la memang Wukong la. "Terpaling confident. Senak perut tahan gelak. "Keluar je part warna tu, tersembur aku. "Nampak muka tuan badan macam menyesal bila rambut siap. "Wow ada Wukong Melayu ek?" tulis beberapa pelayar TikTok. Tidak terhenti di aplikasi TikTok, video itu turut disebarkan oleh seorang individu ke laman X sehingga ia menerima lebih 200,000 tontonan. Malah, ramai pelayar X turut menyuarakan hal sama dan menganggap wajah pemuda itu tidak sesuai dengan gaya rambut blonde. "Pada pendapat aku, Asia tak kisahlah muka Nusantara tau Pan-Asia ke, tak kena dengan rambut blonde. "Kalau muka Nusantara tu, tak payahlah beria nak buat rambut blonde. Tak kena bang. "Muka desa nan permai tak sesuai rambut blonde macam ni," tulis netizen lagi. Sumber: mStar
|
BoongaKertas replied at 5-1-2024 11:47 AM
frasa "bermuka desa" mmg tgh trend ke skrg? hahaha! sbb kejam tp kelakar plak.
BoongaKertas: frasa "bermuka desa" mmg tgh trend ke skrg? hahaha! sbb kejam tp kelakar plak.
Carcosa replied at 5-1-2024 12:03 PM
Sekadar mengeruhkan keadaan
Disclaimer : Dkt TikKetok dah bersepah ok video ni. So jgn henca ...
ifanonline: yg ni pun hauk juga <a href="https://4.bp.blogspot.com/-MlWmMTUBaEU/W-qYY-f__lI/AAAAAAACI1k/OmDP48Yulfcg9VlRufYP9W4G8wiCm2QQACLcBGAs/s1600/Image_1.jpg" target="_blank">https://4.bp.blogspot.com/-MlWmMTUBaEU/W-qYY-f__lI/AAAAAAACI1k/OmDP48Yulfcg9VlRufYP9W4G8wiCm2QQACLcBGAs/s1600/Image_1.jpg</a>
BoongaKertas replied at 5-1-2024 11:47 AM
frasa "bermuka desa" mmg tgh trend ke skrg? hahaha! sbb kejam tp kelakar plak.
Carcosa replied at 5-1-2024 12:03 PM
Sekadar mengeruhkan keadaan
Disclaimer : Dkt TikKetok dah bersepah ok video ni. So jgn henca ...
ADVERTISEMENT