CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sophia Albarakbah Cool Kena Kecam "Biar Dia Tanggung Dosa"

5-1-2024 09:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12062| Komen: 36

Tahun lalu nama Sophia Albarakbah menjadi perhatian bukan disebabkan hal berkaitan karier seni namun kontroversi menghimpit sehingga menjejaskan reputasinya sebagai seorang pelakon.

Pun begitu, kecaman dan kritikan pedas melampau terimanya daripada pelbagai pihak tidak mudah membuatkan Sophia, 31, cepat melenting.


Ini kerana dia berpegang prinsip tidak melawan setiap tindakan termasuk kata-kata dilontarkan kepadanya kerana percaya si pelaku akan menanggung akibatnya suatu hari nanti.

"Saya hidup dengan prinsip apa sahaja perkara buruk yang mereka kata, fikir atau lakukan kepada saya, itu atas mereka.

"Biarkan mereka tanggung dosa dan hadap akibatnya. Saya tidak perlu balas.

"Mereka tidak mengenali saya atau kisah saya tetapi pilih untuk bertindak seperti (membenci) saya," katanya.

Sophia memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran di Instastory miliknya melalui soal jawab bersama peminat pada Rabu.

Dalam pada itu, pelakon itu juga percaya dengan kuasa Allah SWT yang sentiasa berpihak kepada pihak benar.

"saya percaya kepada kuasa yang lebih tinggi iaitu Allah. Jadi selagi saya menjaga hubungan saya dengan Tuhan, bercakap dengan-Nya, Dia akan membantu saya.


"Tuhan lebih mengenali saya lebih daripada sesiapa pun," ujarnya.


Foto: IG

Sebelum ini, nama Sophia panas apabila dikatakan bermain cinta dengan pelakon yang juga suami orang iaitu Aliff Aziz ketika mereka menjalani penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Perkara tersebut didedahkan sendiri isteri Aliff iaitu Bella Astillah apabila mengetahui Sophia menghubungi suaminya setiap hari.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 5-1-2024 07:37 PM
Amoi jinjang kesayangan aciks porem [em:14:]
Quote stingergrumpy 5-1-2024 07:42 PM
Dap dapnyeeeerrrr
Quote Pak.dolla 5-1-2024 07:59 PM
.
.
bukan muda lagi dah 31 thn....remaja lanjut usia dah ni
Quote Lily_Elizabeth_ 5-1-2024 08:13 PM
Lawanya dia ni; muka modern look; tak awam; sekali tengok cam nak tengok lagi; ewah.
Quote TomyamPuteh 6-1-2024 10:31 AM
Dia sorg je yg suci. Org lain semua berdozza.
Quote aina_shaira 6-1-2024 11:01 AM
Kena panggil @ifanonline memberi sepatah dua kata
Quote anakkerengga 6-1-2024 11:01 AM
Sofea ni mmg cantik… body letop, kulit putih, kurus… mmg idaman lelaki malaya stok2 mcm ni… kalau mat saeh minat yg tan kulit muka eksotik
Quote kaedahnya 6-1-2024 01:22 PM
dulu aku rasa dia ni biasa je sebab ramai je pelakon pompuan chinese look kan. rupanya lawa cukup pakej la jugak i.e rupa ada body pun lawa. aku tak follow IG dia.
Quote afidahoney27 6-1-2024 02:01 PM
Iolss memuja kecantikan sheolss
Lakonan sheolss je tak pernah tengok
Quote noor2 6-1-2024 02:01 PM
Badan dia x kurus x gemok..aummmm
Quote Pak.dolla 6-1-2024 02:11 PM
afidahoney27 replied at 6-1-2024 06:01 AM
Iolss memuja kecantikan sheolss
Lakonan sheolss je tak pernah tengok

.
.
dia blakon terpaling kayu...tp xda siapa pun kutuk...sbb dia ssjkp jg...gang benak ramai yg memoja dia nih....benak kan suka retis sskjp...mcm lembaga ...
Quote codenamedream 6-1-2024 02:32 PM
Pakai tudung lagi cantik sebab rambut Peah kering sangat tu. Moga Peah ada masa pergi buat hair treatment
Quote rosevelvet 6-1-2024 02:45 PM
kaedahnya replied at 6-1-2024 01:22 PM
dulu aku rasa dia ni biasa je sebab ramai je pelakon pompuan chinese look kan. rupanya lawa cukup pa ...

Dia nmg cantik lain. Bukan standard domestik. Kpd piah, ko flip kopek je lah
Quote cahaya_almas 6-1-2024 04:20 PM
Dia cantik
Quote Pak.dolla 6-1-2024 04:33 PM
codenamedream replied at 6-1-2024 06:32 AM
Pakai tudung lagi cantik sebab rambut Peah kering sangat tu. Moga Peah ada masa pergi buat hair trea ...

.

hahahahaha....rambut kering pakai la minyak kelapa atau minyak zam-zam kan?
Quote kaedahnya 6-1-2024 06:05 PM
rosevelvet replied at 6-1-2024 02:45 PM
Dia nmg cantik lain. Bukan standard domestik. Kpd piah, ko flip kopek je lah

tapi kalu dia berlakon aku rasa macam nak tutup TV hahahha sorry peah.
Quote amyza 6-1-2024 06:28 PM
Memang cantik. Untung org muka runcing.
Quote codenamedream 6-1-2024 07:42 PM
Pak.dolla replied at 6-1-2024 04:33 PM
.

hahahahaha....rambut kering pakai la minyak kelapa atau minyak zam-zam kan?

Minyak cap kapak pun boleh.
Quote LadyCarefree 6-1-2024 07:51 PM
kaedahnya replied at 6-1-2024 12:22 PM
dulu aku rasa dia ni biasa je sebab ramai je pelakon pompuan chinese look kan. rupanya lawa cukup pa ...

Dia pun ada degree.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.107098 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top