CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bergaduh Dengan Abang Kembar Sebab Berebut Awek

4-1-2024 01:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10388| Komen: 22

PETALING JAYA – Seorang lelaki mengakui sudah hampir seminggu tidak bertegur dengan abang kembarnya gara-gara berebut kekasih.

Dia yang menggunakan akaun Facebook, Syukri Noah memaklumkan pergaduhan itu bermula sejak minggu lalu apabila kedua-duanya bercerita tentang perasaan masing-masing yang sedang ‘angau’ terhadap seorang gadis kacukan Malaysia-Australia.


Menurut Syukri, gadis tersebut merupakan kenalan kolej mereka dan dia bersama abang kembarnya sudah mula berkenan dengan ‘minah saleh’ itu sejak minggu orentasi lagi pada dua bulan lalu.


Gambar Hiasan

“Minggu lepas duduk sembang dengan abang kembar aku, saja borak soal perasaan masing-masing, mana tahu ada yang dah mula bercinta.

“Aku yang mulakan topik ini, aku minta abang kembar aku tunjuk gambar gadis yang dia minat dan aku pun buat perkara sama. Tak sangka pula dua-dua sedang berkenalan dengan gadis sama. Hancur hati aku, kalau fikir abang, rasa nak beralah sahaja, tapi aku pun dah mula rapat dengan dia (gadis kacukan).


“Entahlah, seminggu dah aku tak cakap dengan abang kembar aku, kalau tegur mesti naik suara. Sekarang pergi kolej pun asing, kalau dulu naik kereta sekali, sekarang aku pilih naik motor (motosikal) ke kolej,” kongsinya dalam satu hantaran baru-baru ini.

Pada masa sama, Syukri sempat bertanya kepada pengikutnya adakah mereka pernah melalui situasi yang sama sepertinya dan meminta pandangan untuk menyelesaikan perkara tersebut.

“Ada sesiapa pernah jadi perkara sama? Tak kisah la adik-beradik kah, kawan-kawan kah, tetapi suka pada gadis yang sama? Apa korang (anda) buat? Beralah untuk kawan anda atau berjuang sebab hati dah mula suka gadis tersebut?

“Ya, dengar macam benda bod**, tetapi soal perasaan ini tak boleh buat main, aku yang hadap, aku yang buntu,” luahnya.

Di ruangan komen, ada pengguna lain yang menitipkan pesanan kepada pasangan kembar tesebut agar tidak terus bermusuh disebabkan berebut perempuan kerana ia dilihat sebagai tindakan sia-sia.

“Tak ada guna adik-beradik bergaduh sebab perempuan, baru kalian berdua suka, belum tentu perempuan itu suka kalian semula. Baik teruskan berkawan sahaja, dan pulihkan hubungan adik beradik semula. Lagi berfaedah,” pesan Noor.

“Alamak, penangan ‘minah saleh’ sampai angau kembar dua ini. Kalau kau jadi kau, aku terus tanya perempuan itu, suka aku atau suka kembar aku, senang cerita, kalau simpan perasaan lama-lama, tapi orang itu tak suka lagi sakit…” komen Ajzali. 

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 4-1-2024 02:14 PM
Give up that girl dan hasut sekali jangan suka abang ko juga. I'm sure she'll have no problem doing that.
Quote bunga_durian9 4-1-2024 02:34 PM
Masalahnya sekarang ni... Budak perempuan tu minat ke kat lelaki ni.. tah2 anggap kawan biasa je
Quote mejaputih 4-1-2024 02:44 PM
bunga_durian9 replied at 4-1-2024 02:34 PM
Masalahnya sekarang ni... Budak perempuan tu minat ke kat lelaki ni.. tah2 anggap kawan biasa je

masing2 perasan gamaknya...
Quote Samerosie 4-1-2024 03:39 PM
Ujung2 dua2 masuk angin keluar asap, budak perempaun tu shiok dgn parjo, best friend derang.
Quote ezacbee 4-1-2024 03:45 PM
Dah cam cite labu labi.

Ada sesapa tau link kembar ni? Nak tengok hensem ke x

Selera kemain, klo level t20 boleh la dapat minah kacuk ni..
Quote supernaturalee 4-1-2024 03:52 PM
alaaaa...awek aku



madu tiga


Quote eyansss 4-1-2024 04:05 PM
kembar muka sama ke?  so, si perempuan tu tau la dia tengah menggeletis dengan kembar kan...  apoooo...  untuk kembar tu pulak, bodo la gaduh dengan adikberadik sebab perempuan yang ntah akan jadi isteri ke tak...
Quote edayildiz 4-1-2024 04:15 PM
i pun gaduh ngn kembar i..bkn bckp sgt sbb dia cari i bila lapar craving nk mkn nasi..
ayah i pulak asal call tnya your sister vuat apa..dh mkn ke tidak..kalau i jwb xtau terus kena bebel pdhl sheols yg xnk bercampur lepak ngn i kat ruang tamu..i jenis mmg dk kt ruang tamu...main ngn kucing..she pulak kul 5 am dh g ofis..kdg xmasuk ofis lepak kt kedai kopi online dr kedai je.
saja nk lps gewam
xguna gaduh sbb perempuan je..
tp taste mmg sama k sbb kembar..
mcm kitorg kdg xjanji pun nk pakai baju sekian sekian..bila keluar eh sama..
bila dh baju sama gitu..i akan tkr beg utk nampak lain
Quote zuuu 4-1-2024 05:08 PM
Yg pentingnya pompuan tu suka sapa???clarify yg tu dulu,kalo dia suka abang,si adik kena mngalah la,sama gak kalo dia suka adik si abang kena mngalah,baru couple je kan,bukannya confirm pon jadi sampai kahwin,silap haribulan pompuan tu suka kat laki lain n bukannya korg dua beradik,boleh la sama2 frust n move on,leh jadi cerita untuk anak cucu di masa depan
Quote otai_g 4-1-2024 05:10 PM
Nak ke kokesen aus mix Malaya dgn muka jawa or budu ni?
Quote Thunderclouds 4-1-2024 05:10 PM
Kalo hot sgt minah ni sampai kembar pon bcukau percaya la minah xhadap pon sesama stodent jadik boipren dia.
Get real.
Quote Skuau 4-1-2024 05:13 PM
My life with the walter boys...versi Msia...pulok.
Quote grouper 4-1-2024 05:20 PM
Hasanah jantan pun ada ingat pompuan je
Quote LadyCarefree 4-1-2024 05:28 PM
Agree to 3sum. Settle. Tp lelaki biasanya nak ffm bukan mmf. Common fantasy lelaki ialah ffm dgn girls kembar. LOL
Quote ninja boy 4-1-2024 09:02 PM
P ramlee punya cerita
Quote haruslah 4-1-2024 09:15 PM
Novel ke tu
Quote _kelly 4-1-2024 11:36 PM
isu semasa ke
Quote xtravaganza 5-1-2024 12:04 PM
Trigt wktu sek menengah dlu ada adik bradik minat kwn aku ni. Tp beza diorg bkn kembar..

Utk x OT, aku rs minah tu blm tentu suka kat mamat kembar ni. Baikla confirm kan dlu. Ni x, bermasam muka tp nth2 dua2 pon xde dlm senarai

[em:3:]
Quote Yoonggi 5-1-2024 02:32 PM
x baloi putus sedara sbb sorg awek. awek tu pun lom tentu nk kt dorg

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.053220 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top