CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Ibu Bapa Termasuk Golongan T20 Suka Hantar Anak Ke Pasti

4-1-2024 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12238| Komen: 40

PETALING JAYA – Kebanyakan ibu bapa memilih menghantar anak-anak mereka ke Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) disebabkan kualiti pembelajaran dan pengajaran (PdP) di tadika tersebut yang memberi impak positif terhadap perkembangan ilmu kanak-kanak.


Seorang guru, Mohd. Fadli Salleh berkongsi pandangan beliau mengenai kelebihan menghantar anak-anak ke Pasti.

Katanya, Pasti menjadi pilihan utama ibu bapa bukan semata-mata kerana yurannya murah, namun mempunyai kualiti silibus yang baik.


Foto: Kosmo

Beliau menambah, sebahagian besar ibu bapa daripada golongan T20 juga memilih menghantar anak-anak ke Pasti meskipun mereka mampu berbelanja lebih untuk persekolahan di tadika swasta yang lain.

“Selain kualiti silibus yang diajar di Pasti, barisan pendidik di sana juga berdedikasi selian penerapan ilmu Islam yang kuat untuk anak-anak.

“Saya ayah kepada lima anak. Empat anak-anak saya semua masuk Pasti seawal usia empat tahun, yang bongsu pun insya-Allah akan daftar di Pasti terdekat juga.


“Pasti memang pilihan teratas dalam list (senarai) pra sekolah untuk anak-anak saya,” kongsinya dalam hantaran di Facebook malam tadi.

Dalam pada itu, Mohd. Fadli turut menyarankan kepada pihak berwajib agar menyemak semula keperluan kenaikan elaun guru-guru Pasti.

Tambah beliau, ramai dalam kalangan guru Pasti mengeluh dengan kadar bayaran elaun yang rendah diterima mereka sekitar RM20 hingga RM30 sehari.

“Tanpa niat untuk memperlekehkan pihak pengurusan Pasti dan jawatankuasa yang terlibat, saya rasa sangat perlu elaun guru-guru Pasti diteliti dengan cermat dan cuba cari jalan untuk naikkan gaji para guru Pasti yang saya sangat hormati sekalian.

“Mungkin wajar kenaikan yuran yang tak membebankan sesuai dengan kos sara hidup semasa. Jika yuran Pasti dinaikkan sekitar RM10 hingga RM20 lagi, rasanya tak membebankan sangat para ibu bapa.

“Jika pun pengurusan Pasti tetap tak mahu naikkan yuran, cuba cari jalan lain agar elaun guru-guru dapat dinaikkan sedikit. Sekurang-kurangnya naik RM50 pun pasti menggembirakan guru-guru,” cadangnya. 

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 4-1-2024 02:03 PM
Betul setuju
aku recommend masukkan anak ke PASTI
sbb di sana diorg ajar mengenal Al-Quran dulu
PASTI anak aku dulu siap dgn transit smpai petang
Ibu Ani yg jaga anak2 tu
siap suap makan bersih kan kencing berak
We owe you forever Ibu Ani
Beberapa hari pertama aku ada teman anak hampir sejam mcm tu kat PASTI
masa tu diorg siap solat dhuha, zikir & baca doa untuk Palestin
Quote isseliparjepun 4-1-2024 06:29 PM
Antara sebab lain ialah bukan sebab yurannya murah ke? Ada jugak tadika lain yang ajar kenal AlQuran macam islamic montessori. APC, BB, LC..
Quote lostnfaun 4-1-2024 07:33 PM
isseliparjepun: Antara sebab lain ialah bukan  ...


Murah sikit dari tadika swasta lain. Tp rsnya yg paling org minat hantar tue bila tgk anak cepat belajar hal² berkait agama mcm surah, doa dan lain².
Quote naina 4-1-2024 10:07 PM
Anak aku 3 orang pasti
Betoolla doa2 hadis semua dia hafal
Solat plak dah pandai yg basic
Tinggal nak betolkan sebutan je dan istiqamah je
Akedemik ok jela sesuai untuk umur 4,5,6 tahun..
Aktiviti pun banyak..
LC dengar kata nak buat majlis graduasi je pun dekat rm500 macam2 kena bayar
Jiran2 aku tak larat nak follow
Terus hantar pasti lagi sorang pra sekolah terus dapat.
Quote shernazz 4-1-2024 10:12 PM
Tempt iols takde pasti..
Ada taski je
Sini tak.ramai sgt htr taski padahal bg iols okay je sebab dah lama.kan..
Adek iols pung masuk taski..
Anak iols no 2 masuk taski...

Dolu iols igt taski n.pasti Ni Sama je
Quote Lampuled 4-1-2024 10:18 PM
Pasti tu kalau uniform dia especially tudung girls design pkai tudung sarung biasa nmpak presentable sikit budaknye. Ntah nape tudung design budak2 Indonesia.
Quote syamzana 4-1-2024 10:24 PM
kindy lain pun lbh krg je, ajar jugak solat dhuha, zohor, asar, mengaji, doa2 tak kira la palestin ke apa semua tu unless chuols anto kindy yg bkn seangkatan.
beza yg plg ketara adalah yuran!!! tu je. bab bljr akademik/kerohanian sama je (hasil pemerhatian kindy anak2 iols&anak2 sedara - pasti, bb, lc, smart reader islamic approach)
so mana2 bljr pun sama je kalau dpt cikgu2 yg bagus la.
Quote akies 4-1-2024 10:27 PM
Iols dulu survey gak tadika pasti kt area rumah.
Tp habis lambat ler pulak sampai pukul 1 lebih.
Tadika lain pukul 12 lebih dh tamat sesi.

Tak silap iols masa nak isi borang ada ruang
utk isi no keahlian PAS

Pastu daftar anak ke LC.
Mak aih kerek betul owner kt situ.
Hantar anak ke naik atas(level 1), balik pun sama
kena jemput naik atas.
Cikgu tkde nak tunggu kt tingkat bawah.
So kenala parking kete, lari2 tingkat atas
pastu amik anak.
Tadika swasta lain rileks je cikgu tunggu kt bawah.

6y, tukar masuk tadika cina.

Anak iols yang no 3 ni dulu hantar CIC..
manjang tgk tv..buku aktiviti semua banyak tk siap.
Hangin iols


Quote fcl29 4-1-2024 10:50 PM
akies replied at 4-1-2024 10:27 PM
Iols dulu survey gak tadika pasti kt area rumah.
Tp habis lambat ler pulak sampai pukul 1 lebih.
Tad ...

aku notice mostly taska/tadika swasta kat kl/sel yg byr mahal2 ni, jenis shoplot duk tgkat atas kan?
aku nasib baik dah pindah ipoh.. taska/tadika swasta sini mostly premise persendirian.. banglo mewah.. br rs berbaloi bayar mahal2..
Quote akies 4-1-2024 11:12 PM
fcl29 replied at 4-1-2024 10:50 PM
aku notice mostly taska/tadika swasta kat kl/sel yg byr mahal2 ni, jenis shoplot duk tgkat atas ka ...

Ye betul.
Kebanyakan tadika swasta kt area sini semua shoplot.
Tingkat 1.

Quote jagung5 7-1-2024 06:11 AM
I dulu hantar anak ke Taski Abim...best ..program  akademik best dan mcm2...yuran pun tak mahal sgt dan pengajar dan ahli2 pengerusi,ajk semua byk yg high education baik dari segi agama mau pun dari segi akademik
Quote mejaputih 7-1-2024 09:14 AM
Kalau berkualiti why not?
Quote stingergrumpy 7-1-2024 09:20 AM
PASTI..

[youtube]_a1CCRq1tVU?si=Yz6Mmd5ytzvyPNcy[/youtube]

Sore kaset woooooo.... legend....


Quote Samerosie 7-1-2024 09:22 AM
Edited by Samerosie at 7-1-2024 09:26 AM

Yang PASTI, yg belakang rumah immediately ni dah lah pengotor, dah jadi mcm HQ PAS, budak2 mcm dr b40 menjerit sana sini hempas pintu walaupun yg hantar keta kemain t20.  Cikgu pun terjerit2. Jiran2 kena tanggung everyday bising satu jem kami nak kuar rumah sebab parents parked indiscriminately.  Bila complain PASTI buat x pandang muka kita. Bendera malaysia selangor PAS sampai tinggal batang pun x pernah nak kemas buang ujung2 carik2 reput gitu tahun depan pasang lain.  Ada sekali tiang bendera reput jatuh keluar rumah dia buat sekolah tu, jiran kutip2 campak balik dlm kawasan dia if not sampai kiamat pun camtu je la. Belum lagi bab buang sampah lambak je depan tu anjing2 liar punggah pulak.
Quote Decaffeinated 7-1-2024 07:03 PM
Langkah awal ke arah melahirkan generasi yang inward looking. Bila terjun ke alam realiti dan melihat dunia sebenarnya berbeza terus kena kejutan silap2 hanyut.
Quote zuriey 7-1-2024 08:16 PM
Walau pasti depan rumah je aku tak kan hantar ank2 aku ke pasti.
Quote razzia 7-1-2024 08:23 PM
naina replied at 4-1-2024 10:07 PM
Anak aku 3 orang pasti
Betoolla doa2 hadis semua dia hafal
Solat plak dah pandai yg basic

betul u all sewa jubah semua tu beratus2 belum caj kerusi parents yg datang
Quote AnnaSendin 7-1-2024 09:45 PM
Samerosie replied at 7-1-2024 09:22 AM
Yang PASTI, yg belakang rumah immediately ni dah lah pengotor, dah jadi mcm HQ PAS, budak2 mcm dr b4 ...

Kawan iols pernah pergi iv PASTI area n9. Dah lah gaji ciput, tak sampai 500 hengget, pastu kena jadi ahli pas. Setiap kali ada program pas kena involve like pegang sepanduk, jadi ajk. Motip? Tuew citer 4 taon lepas, tataulah kot dah berubah.
Quote marion24 7-1-2024 10:59 PM
Ni.betul...siap kena angkat sumpah..gaji mmg sikit sangat..elaun guru bergantung jumlah murid kelas dia..basic tgkla..400/800..silibus mmg bagus sgt..cuma guru susah nak kekal..penat sbb kena terbabit dlm politik..mereka yg mengajar tu..bukam digelar guru..tp sukarelawan ye...

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.162679 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top