CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingatkan Sampah, Cucu Buang Barang Kemas Nenek Bernilai RM270,475

4-1-2024 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9875| Komen: 5

BANGKOK – Seorang wanita berusia 60 tahun cemas selepas barang  kemas miliknya yang  berharga lebih 2 juta baht (RM270,475) hilang, lapor laman berita Thaiger semalam.

Barang kemas itu dibuang oleh cucunya yang menyangka ia adalah sampah.


Foto: Thaiger

Wanita bernama Wandee itu bagaimanapun menarik nafas lega apabila koleksi barang berharga tersebut dijumpai  oleh seorang pengutip sampah yang menyangka ia adalah emas palsu.

Dalam kejadian kelmarin, Wandee berkata, dia meletakkan barang  kemas itu di dalam dua beg yang kemudiannya dibuang oleh cucunya.

Koleksi tersebut terdiri daripada enam jongkong emas mini, enam rantai leher, lima gelang tangan, lima tangkal Buddha, tiga cincin berlian, sebentuk cincin kerongsang berlian, lapan cincin emas, sepasang anting-anting emas, dua pasang anting-anting berlian dan gelang berlian.

Seorang pengutip sampah berusia 46 tahun menemui beg mengandungi barangan kemas itu sebelum membawanya pulang ke rumah untuk ditunjukkan kepada suaminya kerana menyangka ia adalah palsu.

Selepas menerima  laporan mengenai kehilangan barang kemas  tersebut, polis menjejaki pengutip sampah terbabit berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

Barang berharga itu dipulangkan ke  balai polis sebelum ia diserahkan kepada Wandee. 

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akusukaq 5-1-2024 11:10 AM
Kalu kat sini usah mimpi la boleh dapat balik.Barang kemas tiruan beli shopee pun yang terjumpa terus mimpi dapat harta karun.Gigeh bawak pajak gadai
Quote mejaputih 5-1-2024 11:14 AM
syukur area situ ada CCTV...dpt la detect.
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:57 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:57 PM

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.026790 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top