CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9955|Reply: 4

Ingatkan Sampah, Cucu Buang Barang Kemas Nenek Bernilai RM270,475

[Copy link]
Post time 4-1-2024 01:19 PM | Show all posts |Read mode
BANGKOK – Seorang wanita berusia 60 tahun cemas selepas barang  kemas miliknya yang  berharga lebih 2 juta baht (RM270,475) hilang, lapor laman berita Thaiger semalam.


Barang kemas itu dibuang oleh cucunya yang menyangka ia adalah sampah.


Foto: Thaiger




Wanita bernama Wandee itu bagaimanapun menarik nafas lega apabila koleksi barang berharga tersebut dijumpai  oleh seorang pengutip sampah yang menyangka ia adalah emas palsu.


Dalam kejadian kelmarin, Wandee berkata, dia meletakkan barang  kemas itu di dalam dua beg yang kemudiannya dibuang oleh cucunya.


Koleksi tersebut terdiri daripada enam jongkong emas mini, enam rantai leher, lima gelang tangan, lima tangkal Buddha, tiga cincin berlian, sebentuk cincin kerongsang berlian, lapan cincin emas, sepasang anting-anting emas, dua pasang anting-anting berlian dan gelang berlian.


Seorang pengutip sampah berusia 46 tahun menemui beg mengandungi barangan kemas itu sebelum membawanya pulang ke rumah untuk ditunjukkan kepada suaminya kerana menyangka ia adalah palsu.


Selepas menerima  laporan mengenai kehilangan barang kemas  tersebut, polis menjejaki pengutip sampah terbabit berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV).


Barang berharga itu dipulangkan ke  balai polis sebelum ia diserahkan kepada Wandee.


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2024 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalu kat sini usah mimpi la boleh dapat balik.Barang kemas tiruan beli shopee pun yang terjumpa terus mimpi dapat harta karun.Gigeh bawak pajak gadai
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 11:14 AM | Show all posts
syukur area situ ada CCTV...dpt la detect.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.061562 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list