CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Wanita Simpan Gambar Pasport Aziz Harun, Siap Dituduh 'Buaya'

4-1-2024 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11336| Komen: 12

Tindakan beberapa individu memuat naik foto berukuran pasport mirip penyanyi Aziz Harun yang disimpan dalam dompet mengundang perbalahan dalam kalangan netizen di media sosial.

Beberapa wanita tampil mendedahkan mempunyai foto sama yang disimpan dalam dompet mereka selain menegaskan lelaki dalam gambar tersebut merupakan teman lelaki mereka.


Foto: X

Aziz turut menerima kecaman apabila dianggap sebagai buaya kerana cuba mempermainkan hati kaum wanita.

Aziz atau Abdul Aziz Harun, 26, menjelaskan foto yang tular itu adalah dia namun perdebatan yang berlaku di media sosial sekadar guruan dalam kalangan peminat.

"Saya sebenarnya terharu apabila mereka kongsi gambar itu dan anggap saya sebagai teman lelaki sebab saya tahu itu sekadar gurauan.

"Pada saya perkara biasa kalau orang simpan gambar dalam dompet... Saya percaya dengan peminat saya kerana kami memang rapat tapi tentulah ada batasnya," katanya ketika dihubungi mStar.


Dalam pada itu, Aziz menjelaskan foto pasport itu diedarkan ketika majlis ulang tahunnya yang dianjurkan sendiri peminat pada 2 Disember 2023.

Pada acara itu, penganjur memberikan cenderamata kepada tetamu termasuk gambarnya yang dicetak sendiri.

"Masa ulang tahun kelahiran saya baru-baru ini peminat adakan sebuah majlis tapi mereka tidak menjemput saya sebab nak sambut di antara mereka sahaja.

"Tapi pada hari kejadian saya datang juga untuk buat kejutan kepada peminat.

"Penganjur ada beri freebies seperti keychain dan foto berukuran pasport yang mereka cetak sendiri dan edar kepada yang hadir. Sebab itulah mereka ada gambar yang sama," katanya.

Penyanyi kelahiran Brunei ini bagaimanapun tidak menyangka perkongsian peminat disalah anggap sesetengah pihak sehingga ada menuduh mereka sebagai gatal.

Bagaimanapun kata Aziz, bagi menghargai peminat dia akan melakukan sesuatu istimewa buat mereka tidak lama lagi.

"Saya rasa kasihan dan bersalah dengan peminat sebab ada yang gelar mereka dengan panggilan kurang enak dan saya akan buat sesuatu bagi merawat kesedihan mereka," katanya.

Aziz turut menyangkal penularan foto berkenaan sebagai salah satu teknik pemasaran bagi mempromosikan lagu terbaharunya.

"Ini bukan marketing lagu baru tapi semua ini berlaku secara tidak sengaja dan ia agak kelakar sebenarnya.

"Tapi saya anggap perkara ini sebagai rezeki (pemasaran) pada masa yang tepat," ujarnya.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pembacagosip 4-1-2024 02:26 PM
ewuuwww
Quote prince_marhaen 4-1-2024 02:26 PM
bodohnya cikki-cikki tersebut.. sendiri simpan, sendiri berair, sendiri sentap ada org lain simpan... kau pun dapat gmbr tu drpd fan club...bukan dak ajis sendiri yang bagi.. pastu feelingggggggggggg cikpek kauuuu!
Quote Burong_Hantuk 4-1-2024 02:35 PM
  
Quote bulalof 6-1-2024 08:47 AM
kasihan. delusional much.
Quote Buritan 6-1-2024 08:52 AM
prince_marhaen replied at 4-1-2024 02:26 PM
bodohnya cikki-cikki tersebut.. sendiri simpan, sendiri berair, sendiri sentap ada org lain simpan.. ...

Tepat padu jituu.. hahahaha..pompuan mmg mengong
Quote hzln 6-1-2024 12:01 PM
Ensem ker gini?
Cuma muka laki datin itik yg nerd tu jer

-hakak yg obses berair layan drama turki
Quote DeLuna85 7-1-2024 10:15 PM
Alahai kesiannya para gadis itewww. Btw tak sangka dia retis
Quote debab_78 7-1-2024 10:36 PM
Teringat pulak dia tarik diri masa first week Big Stage. Nak sambung belajar katanyehhhh
Quote nanasno 8-1-2024 09:59 AM
sape pulak aziz harun ni langsung tak knai . aron ajis kenal laaa
Quote MadameOnion 8-1-2024 10:26 AM
wehhh kesiannya.. cikki muda tapi muka tua badan gundu kepam simpan gambo retis pastu mengaku bf
Quote Lorra2411 8-1-2024 12:09 PM
alahai cikki cikki ni,,, tak payah lha nak beriaaa...
Quote A-Are 8-1-2024 01:09 PM
xpernah plak masa muda2 dulu simpan gambar lelaki dlm purse...da kawen je baru simpan tu pon sbb sng bila nk buat resume i olls bg gamba passport...xpyh buat baru sbb lupa letak smpn kat mana...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.238275 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top